Akhirnya yang dinanti, PM beri berita gembira untuk yang lengkap dua dos vaksin

Kelonggaran dan kemudahan yang akan diberikan kepada penerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 akan diumum sehari dua lagi, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menimbang dan mengkaji kelonggaran dan kemudahan berkenaan beserta prosedur operasi standard (SOP).

“Esok atau lusa saya akan buat pengumuman yang ditunggu-tunggu orang ramai yang sudah mendapat dua dos.

“Kelonggaran dan kemudahan seperti contohnya rentas negeri, rentas daerah, nak jumpa ibu bapa atau pasangan suami isteri yang terpisah, itu kita akan putuskan,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak Felda Lenga, Pagoh di sini, hari ini.

Beliau berkata pengumuman itu juga akan melibatkan sektor sosial seperti “dine in” atau makan di dalam premis makanan serta aktiviti riadah dan sukan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya mematuhi SOP meskipun kerajaan mengumumkan kelonggaran berkenaan.

“Kita belum sampai ke nilai ambang atau herd immunity (imuniti kelompok) dan kalau ada keterbukaan, kita belum lagi berada dalam situasi di mana warga kita divaksinasi 100 peratus.

“Apa pun saya akan umumkan dengan SOP yang kita akan tetapkan dan dengan itu saya harap adalah sedikit rasa selesa untuk riadah, bersukan seperti main badminton, golf atau pergi gim dan sebagainya. Ini yang ditimbang MKN cuma belum diumumkan,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin memberi jaminan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus melaksanakan usaha membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19 antaranya menerusi Bantuan Prihatin Nasional.

“Masih ramai orang yang tidak bekerja, tidak mempunyai pendapatan. Jadi ini komitmen kita kerana saya nak menentukan setiap penduduk Malaysia mendapat makanan di atas meja,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan sumbangan makanan basah kepada masyarakat Felda Moakil yang diwakili Pengarah Felda Wilayah Segamat Mohd Nizam Abdul Ghani

Lengkap 2 dos vaksin boleh rentas negeri, makan di kedai?

Putrajaya: Mereka yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 dijangka menerima berita baik tidak lama lagi.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi mereka dalam beberapa hari lagi.

“Kita akan muktamadkan perkara ini dan saya akan umumkannya sebagai satu pakej penuh, termasuk dalam aspek sosial, sukan dan aktiviti makan di restoran. Perincian ini akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya dalam temu ramah khas dengan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara kelonggaran yang diberikan termasuk SOP bagi pergerakan dalam negara, perjalanan rentas sempadan terutama membabitkan suami atau isteri yang tinggal berjauhan.

“Saya benar-benar berharap langkah ini akan memberikan sedikit ruang, keselesaan bagi orang ramai untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik,” katanya.

Pada 17 Julai lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kelonggaran bagi individu yang melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan diputuskan di mesyuarat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam minggu ini.

Beliau dilaporkan berkata ia selaras dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi apabila negeri beralih ke Fasa Dua PPN, terutama membabitkan kawasan Lembah Klang.

PPN dijadualkan untuk dibentangkan oleh Perdana Menteri dalam Sidang Khas Parlimen bermula Isnin ini.

Merujuk kepada persidangan Parlimen, Muhyiddin berkata, walaupun sesi itu akan dibuka untuk perbahasan, kerajaan tegas dengan keputusan untuk meneruskan PPN sehingga keadaan negara pulih.

Sumber: BERNAMA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Akhirnya yang dinanti, PM beri berita gembira untuk yang lengkap dua dos vaksin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*