“Macam Kopek Nyior!” – Handal, Aksi ‘Jantan’ Che Ta Belah Buah Durian Curi Tumpuan

Pelakon Rozita Che Wan mencuri tumpuan ramai apabila handal mengopek buah durian dengan bersahaja dan tanpa menggunakan sebarang kain alas.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, dialah yang paling ‘jantan’ dalam hal mengopek buah durian berbanding kaum lelaki yang ada di dalam rumahnya.

Menerusi laman sosial Instagram, Che Ta berkongsi sebuah video yang menunjukkan aksinya mengopek buah durian dengan sangat mudah dan cepat.

“Siapa hantu durian macam kami? Pantang nampak terus nak rasa. Hampa jangan ingat kami tak reti kupas buah durian tau. Kat rumah ni kami paling jantan daripada jantan-jantan yang ada ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pada perkongsian berdurasi 21 saat itu, Che Ta mengopek sebuah durian kampung dengan mudah menggunakan sebilah pisau tanpa bantuan sarung tangan ataupun kain alas.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya kagum dan tidak menyangka cara Che Ta handal mengopek buah durian memandangkan dia sering memaparkan imej yang sentiasa elegan dan ayu.

Video,

“Dia pegang durian tu macam pegang rantai emas. Buat biasa je macam PRO,” komen seorang wargamaya.

“Che Ta belah durian macam kupas nyior ja haha,” kata seorang wargamaya.

“Sempoi Che Ta. Takdak terkemut-kemut nak bukak. Pegang durian pun tak pakai kain, memang sempoi,” puji seorang wargamaya.

“Serba boleh hampa. Pandai jahit, pandai masak, pandai OOTD, pandai kopek buah durian,” tulis seorang wargamaya.

“Masyallah boleh pulak bukak durian pakai parang macam tu je. Serba boleh noo, kalau mai kat cek, habis calaq sana sini,” ujar seorang wargamaya.

“Selalu tengok Che Ta mendiva ja. Sekarang baru tau Che Ta lagu mana. Terbaiklah Che Ta. Melawa pun melawa, tapi tang lain pun pro jugak,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 250,000 tontonan daripada wargamaya

Didakwa Di Ambang Perceraian, Ini Respon Che Ta

“Tak Kisah La, Janji Kami…”- Didakwa Di Ambang Perceraian, Ini Respon Che Ta

Pelakon Rozita Che Wan memberi respon ke atas satu tajuk artikel yang mendakwa rumah tangganya dengan Zain Saidin kini sedang di ambang perceraian.

Kata Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta cerita itu timbul selepas merasakan ada pihak yang tidak senang melihat kebahagiaan mereka.

“Ini lah orang-orang yang tak happy dengan rumah tangga kami!

“Tak kisah la wei , janji kami dan keluarga kami happy,” jawabnya.

Che Ta menjelaskan perkara tersebut di akaun Instagram mililknya.

Dalam entri yang sama Che Ta seolah-olah musykil siapa yang menyebarkan berita tidak benar itu.

“Dengar kata wartawan yang dok jaja citer ni kat wartawan jugak…” tekanya secara berseloroh.

Terdahulu, dalam satu kenyataan media, Che Ta turut menafikan rumah tangganya goyah dan pelik bagaimana cerita itu boleh tersebar.

Che Ta, 47, mendirikan rumah tangga dengan Zain, 37, pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya wanita, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia tujuh tahun.

Terdahulu, Rozita turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya.

Sumber Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "“Macam Kopek Nyior!” – Handal, Aksi ‘Jantan’ Che Ta Belah Buah Durian Curi Tumpuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*