Tahap Oksigen Tidak Stabil, Siti Sarah Masuk ICU, Doakan Kandungan Selamat – Shuib

Pelawak Shuib berkongsi keadaan isterinya juga penyanyi, Siti Sarah masih belum stabil selepas dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, semalam akibat tahap oksigen menurun.

Menerusi hantaran di Instagram, Shuib berkongsi tangkap layar panggilan video bersama Sarah dan menulis kata-kata semangat buat penyanyi lagu Kesetiaan itu.

“Alhamdulillah. Semoga ibu semakin sihat. Walaupun kadang-kadang oksigen masih tak stabil, tapi ibu kena kuat semangat, okay.

“Terima kasih kepada yang mendoakan. Semoga kita semua kuat dalam menempuh ujian Allah. Allah uji, Allah sayang,” katanya.

TANGKAP layar panggilan video Shuib bersama anak-anaknya dengan Siti Sarah. FOTO INSTAGRAM SHUIB

Sementara itu, Sarah menerusi hantaran di Instagram Story memuat naik gambar anak-anaknya dan meluahkan rasa rindu kepada mereka.

“Rindu anak-anak ibu. Ya Allah, lindungilah suamiku, anak-anakku dan keluargaku,” katanya.

DIfahamkan, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin, semalam, namun mengalami batuk sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans.

Terkini,

TANGKAP layar panggilan video Shuib bersama anak-anaknya dengan Siti Sarah. FOTO INSTAGRAM SHUIB

Penyanyi Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil, pada pagi, hari ini.

Suaminya juga pelawak Shuib berkata, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kandungan.

“Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.

“Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil tujuh bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin.

Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Oksigen menurun, doakanSiti Sarah, kandungan selamat

Keadaan Sarah sebelum dikejarkan ke HUKM.

Siti Sarah hamil anak keempat

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin berkongsi khabar gembira apabila dia disahkan hamil anak keempat.

Masih merahsiakan usia kandungannya, Sarah berkata dia bersyukur atas rezeki yang dikurniakan Allah selepas kali terakhir menimang cahaya mata sekitar enam tahun lalu.

“Alhamdulillah, permata nombor empat bakal menyusul tak lama lagi. Baby baru dalam ‘perjalanan’.

“Syukur Ya Allah atas rezeki yang Allah kurniakan ini untuk Sarah dan Shuib.

“Jujur Sarah tak sangka, selepas enam tahun Sarah melahirkan Matin, Sarah dapat lagi rezeki merasai detik kehamilan baru sekarang,” tulisnya dalam satu hantaran baharu di Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Sarah berkongsi reaksi Shuib sebaik penyanyi lagu Kesetiaan itu disahkan hamil ketika melakukan kit ujian kehamilan di rumah.

Menurut Sarah, dia tidak berani mengumumkan berita gembira itu terlalu awal meskipun ramai yang sudah dapat meneka dirinya sedang berbadan dua.

“Ramai tanya masa mula-mula dulu, tapi Sarah tak berani cakap lagi. Ini Sarah rasa kandungan dah kuat, baru berani nak beritahu.

“Minta maaf sebab tak beritahu awal sebab sebelum ni Sarah pernah ada ‘anxiety’, jadi Sarah sendiri tak nak tertekan masa awal kehamilan .

“Sarah nak mintak kalian semua doakan Sarah dan kandungan. Sarah doakan juga ibu di luar sana yang mahu merasai saat kehamilan, moga Allah murahkan rezeki kalian untuk hamil dan jadi ibu,” katanya.

Sumber Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Tahap Oksigen Tidak Stabil, Siti Sarah Masuk ICU, Doakan Kandungan Selamat – Shuib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*