Allahuakbar, Shuib Beritahu Sesuatu Terjadi Pada Siti Sarah Masa Ditidurkan

TAHAP oksigen dalam badan penyanyi Siti Sarah ada peningkatan biarpun masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan pada petang Jumaat.

Suaminya, Shuib Sepahtu memaklumkan Sarah masih memerlukan alat bantuan pernafasan dan keadaan oksigennya membimbangkan pada tengah malam Jumaat.

“Setakat pagi ini Sarah masih belum sedar. Masih perlu bantuan oksigen, cuma Alhamdulillah ada peningkatan.

“Cuma pukul 11 malam oksigen drop sampai 40. Tapi pukul 2 pagi Alhamdulillah oksigen naik 77 dan baru tadi doktor beritahu oksigen Sarah 80,” ujarnya.

Untuk makluman, kadar ideal oksigen di dalam badan manusia adalah melebihi 95 peratus.

shuib

Perkongsian Shuib di Instagram.

Dalam pada itu Shuib memohon orang ramai terus mendoakan isterinya kuat menempuhi keadaan yang sukar itu.

“Saya harap semua yang melihat post ini terus mendoakan dia dan anak ya.

“Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia dan akhirat,” tambahnya.

Setakat pagi ini Sarah masih belum sedar. Masih perlu bantuan oksigen, cuma Alhamdulillah ada peningkatan.

Sarah menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan kira-kira pukul 4 petang Jumaat.

Pembedahan berlangsung selama tiga jam iaitu selepas beberapa jam dia ditidurkan.

Penyanyi itu dimasukan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Rabu lalu selepas mengalami batuk teruk dan oksigen dalam badan menurun akibat jangkitan Covid-19.

sarah1

Dia kemudian dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan pada pagi Jumaat dan ditidurkan.

Sarah, 37, dan Shuib sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011.

Siti Sarah pilih nama Ayash Affan, Shuib minta doakan bayi pramatang sihat – “Moga dia kuat bertahan dalam masa dua bulan ini”

TIADA apa yang diharapkan pelawak Shuib Sepahtu buat masa ini melainkan kesembuhan isteri, Siti Sarah dan kesihatan bayi mereka yang baharu dilahirkan.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia dan Siti Sarah bersetuju untuk menamakan cahaya mata keempat mereka itu dengan nama Ayash Affan.

“Sarah yang nak sangat beri nama Ayash Affan.

“Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh… doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini,” ujar Shuib pada Jumaat malam.

Shuib berkata demikian selepas majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti secara Sarah yang sedang bertarung nyawa melawan Covid-19.

siti

Shuib memohon agar semua mendoakan kesembuhan isterinya.

Pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki pramatang selepas menjalani pembedahan selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang.

Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Atas nasihat doktor, penyanyi berusia 37 tahun itu perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang kini mencecah lapan bulan.

Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh… doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini
Sementara itu Shuib berkata sejak berdepan ujian ini, dia hampir hilang pertimbangan kerana tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku.

Bagaimanapun setelah menerima nasihat daripada golongan agama, dia mula reda dengan apa yang berlaku.

“Tipu la kalau cakap saya ni ok (emosi stabil)… 10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya, dia banyak mendoakan saya.

“Kini saya sangat berlapang dada, tadi saya almost lost dan tercari-cari. Saya reda dengan ujian Allah ni, akan ada kebaikan nanti.

sarahh

Shuib bersama isterinya Sarah dan anak-anak

“Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni… walaupun benda itu tidak baik tapi itu adalah yang terbaik buat keluarga saya,” katanya penuh sebak.

Untuk rekod Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*