Detik Detik Shah Firdaus Layak Ke Suku Akhir, Walaupun Kemalangan Dan Sakit Tapi Semangat Juang Memang Bukan Biasa2

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengesahkan aksi suku akhir keirin selepas berjaya melepasi saringan ketiga dengan mudah di Velodrom Izu di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Beliau berjaya mengatasi lima pelumba lain termasuk Nicholas Paul dan Patryk Rajkowski.

Dalam perlumbaan itu Azizulhasni menggunakan segala pengalaman untuk memintas Paul pada saat-saat akhir untuk menang selepas melakukan henjutan bertenaga bermula daripada pusingan ketiga.

Tokyo 2020: Azizulhasni, Shah Firdaus kerah keringat ke pusingan ketiga | Stadium Astro

Sementara itu, Shah Firdaus Sahrom berjaya melepasi pusingan repechages dan layak ke pusingan suku akhir.

KECEDERAAN yang dialami Muhammad Shah Firdaus Sahrom pada pusingan pertama tidak menghalangnya untuk mara ke peringkat suku akhir acara keirin di Velodrome Izu pada Sabtu.

Muhammad Shah Firdaus terpaksa beraksi di saingan repechage selepas menarik diri daripada perlumbaan pusingan pertama ekoran kecederaan selepas terlibat pelanggaran dengan pelumba Great Britain, Jack Carlin.

Bagaimanapun, beliau membuktikan kecederaan yang dialaminya bukan penghalang apabila menamatkan saingan repechage di kedudukan kedua dibelakang pelumba Trinidad & Tobago, Kwesi Browne.

Ia sekali gus menyaksikannya turut menempah tiket ke saingan suku akhir bersama Datuk Mohd Azizulhasni Awang pada Ahad.

 

Selepas daripada kemalangan tersebut, dimaklumkan pihak Institut Sukan Negara (ISN) tidak membenarkan Shah menyertai perlumbaan ulangan kerana khuatir dengan kecederaan yang dialaminya.

Bagaimanapun, menjelang perlumbaan repechage pusingan 1, ISN kembali memberikan lampu hijau kepada Shah untuk menyertai perlumbaan ini.

Dalam perlumbaan itu, dia sekali lagi hampir terjatuh kerana bergesel dengan pelumba lain tetapi berjaya menamatkan saingan di kedudukan kedua di belakang Kwesi Brown.

Ketika beraksi pada perlumbaan tersebut, Shah yang berada di kedudukan paling akhir menggunakan segala tenaga yang ada untuk memecut pada saat-saat akhir

Persembahan tanpa mengenal erti penah lelah menamatkan perlumbaan di tempat kedua sekaligus menempah tiket ke saingan suku akhir yang akan berlangsung pada pagi esok.

Sementara itu, jaguh basikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang mudah menamatkan perlumbaan pusingan pertama saringan ketiga dengan muncul sebagai juara.

Sumber Sukanz/Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Detik Detik Shah Firdaus Layak Ke Suku Akhir, Walaupun Kemalangan Dan Sakit Tapi Semangat Juang Memang Bukan Biasa2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*