(Video) Wartawan Tanya Soalan Tentang Kontena Jen4zah Kepada Menteri Besar Kedah, Apa Jawapan Mb Buat Ramai Tak Puas Hati




Viral di media sosial, sebuah video yang dirakam pada sidang media oleh Menteri Besar Negeri Kedah iaitu YB Muhammad Sanusi Md Nor menjawab soalan daripada pihak media berhubung jumlah peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Respon gurauan Menteri Besar Kedah itu dianggap keterlaluan ketika menjawab soalan berkaitan jumlah kontena jena.zah yang diperuntukkan di negeri Kedah.

Siapa nak masuk, bagi nama..

Memetik laporan Free Malaysia Today, Menteri Besar Kedah telah mengunjungi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Sport Arena Aman Jaya sebelum mengadakan sidang media.

Dia turut menasihati penduduk di Sungai Petani agar sentiasa mematuhi SOP supaya tidak dijangkiti wabak tersebut.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi Md Nor dikritik hebat oleh netizen dan ahli-ahli politik yang lain berhubung kenyataan dan gurauannya didakwa kurang sensitif ketika penularan Covid-19 sedang melanda negara.

“Ya sama, penuh. Jadi penduduk di Sungai Petani kena jaga. Jaga SOP jangan sampai masuk hospital. Hospital penuh. Kontena jena.zah mencukupi. Siapa nak masuk, bagi nama”

Apa masalah MB Kedah ni?

 

Sementara itu, ahli parlimen Muar iaitu Syed Saddiq menerusi posting di laman Twitter, telah respon terhadap video yang viral itu. Dia menyifatkan Muhammad Sanusi seorang menteri yang mempunyai masalah bercakap tanpa adab.

Antara komen-komen netizen

Walaupun Kita orang bijak pandai tapi kalau bercakap bodoh dgn bangga..orang Akan anggap kita memang Jenis bodoh bengong..ni satu contoh nya la

Selagi belum kena kpd ahli famili dia, Memang boleh dia cakap apa apa sahaja walau tanpa rasa nak guna otak or tanpa rasa simpati dan malu

Mcmane blh jadi MB org mcm nie…tk professional langsung..jenis sembang kari kt warung2 boleh lah..ada yg blh buat lawak..ada yg sensitif..itupun nk kena ajar..baik tk yah jadi MB

Suruh dia booking untuk nama dia sendiri dulu. Bos kena rasmikan dulu.

melawak ???? nak melawak bia kena pda wktu dan keadaan..baik jd pelawak dri jd MB…. jgn cetek sgt otak tu….melawak bab kematian ? psal kontena nak letak jenazah…. mne pegi akal …. dlm keadaan covid teruk mcm ni kau buat bahan melawak… hmmmmm nak mlwak sgt toksah jd MB…

Siapelah yg angkat die ni jd YB kedah…naseb hampa lah..dah hampa yg julang angkat mangkok ni mula2 dulu..tengok skrng mangkok ni dah jd king of kedah…

Jenaka yang tidak kena tempat…amat menyedihkan…apa perasaan keluarga mangsa,sudahlah kehilangan orang tersayang,pemergian mereka pula dijadikan bahan gurauan…

Byk sgt derma kontena sejok beku bererti Malaysia dlm kritikal, benda x lawak pun, kalo boleh elak kita elak, ckp itu satu doa, ckp yg baik supaya yg baik2 berbalik kepada diri kita sendiri

Ni je satu nak bgitau kontena tu tunggu hg masuk dlm tu..kita hidupni jgn nak berlagak sangat satu hari kena kt keluarga sendiri baru tau.ckp biar beradap..penyakit ni bukan kita yg cipta allah yg turunkan.bala ni klu kena semua orng kna x kira tua muda miskin kaya…

Sekurang kurang nya bacalah doa utk rakyat kedah. Yb dari parti pas parti org islam. Dap tak ada dlm parti pas. Sejuk sikit hati rakyat yg tengah panas ni dgn kerajaan yg kucat kacir ni. Semoga rakyat marhain dinegeri kedah ni buka mata luas luas adakah kita perlu tukar pemimpin yg lebih perihatin utk bela rakyat.

Rasanya YB boleh bagi nama sedara mara ..family ..rakan2 ataupun YB sendiri…sbb borang tu YB yg simpan…😠ingat YB bukan semua perkara boleh buat gurau…next election…Kedah dah boleh cari calon lain ..ramai lagi yg lebih layak😠

Sumber: Free Malaysia Today, Syed Saddiq via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*