Walaupun Pingat Perak Tapi Ada Satu Berita Sgt Menggembirakan Beliau Sampai Terus Sujud Syukur

“Saya minta maaf, saya minta maaf,” luah Datuk Azizulhasni Awang yang sempat menangis dan mengaku dirinya kecewa kerana gagal membawa pulang kilauan emas seperti yang diharapkan dalam acara Keirin yang berlangsung di Velodrum Izu, Tokyo, Jepun sebentar tadi.

Namun Azizulhasni, jangan bersedih apa lagi meminta maaf kepada rakyat Malaysia. Kamu legenda dan terima kasih Datuk Azizulhasni Awang!

Membawa pulang pingat Perak dalam acara Keirin di temasya besar itu adalah ’emas’ buat Malaysia yang dihadiahkan beliau kepada Malaysia.

Biar ditinggal jauh oleh pelumba Great Britain, Jason Kenny, yang meraih emas, namun kemampuan Azizulhasni berkayuh sehingga membawa dirinya sebagai naib juara perlumbaan tersebut layak dibanggakan.

British cyclist Jason Kenny cycling with young son Albert and nearly dies when van drives at them | Daily Mail Online

Apa lagi, Azizulhasni merupakan satu satunya wakil Asia yang telah berentap tadi dan menukar kilauan gangsa yang diperoleh pada Olimpik Rio kepada perak.

Menerusi temubual yang dilakukan bersama Astro Arena usai dikalungkan pingat perak, atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu mengaku perasaannya bercampur baur.

“Perasaan saya bercampur, sedih juga sebab memang datang untuk menang emas. Saya jadi harapan terakhir untuk kontijen Malaysia.

“Tapi ini sukan, ada suka dan duka. Ada ups and down, kadang menang dan tak boleh kontrol.

OLIMPIK: Jadual perlumbaan Azizulhasni, Shah Firdaus

“Saya nak rakyat Malaysia tahu saya telah beri yang baik,” katanya sambil menangis.

Terdahulu, Azizulhasni menghabiskan saingan separuh akhir heat 2 dengan mudah apabila menamatkan perlumbaan di tempat pertama untuk melayakkannya ke pusingan akhir.

Malaysia menutup tirai Olimpik Tokyo dengan 1 perak selain 1 gangsa, yang diraih menerusi beregu lekaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Azizulhasni Sujud Syukur, Dapat Berita Isteri Mengandung Anak Ketiga

Jaguh trek Datuk Azizulhasni Awang, hari ini telah membawa khabar gembira kepada rakyat Malaysia apabila berjaya menghadiahkan perak untuk negara dalam acara keirin lelaki di Kejohanan Olimpik Tokyo 2020.

Bukan itu sahaja, malah satu khabar gembira turut ‘dihadiahkan’ kepada Azizulhasni apabila isterinya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat kini sedang mengandung anak ketiga mereka.

Video,

Sumber SK/Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*