Doktor Maklumkan Keadaan Siti Sarah Sangat Tidak Baik, Oksigen Siti Sarah tinggal 40 peratus, Shuib Mohon Doa Orang Ramai




Kuala Lumpur: “Saya baru dimaklumkan oleh doktor yang keadaan Sarah tidak okey,” kata pelawak Shuib mengenai keadaan terkini isterinya, Siti Sarah yang berada di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini.

Shuib berkata, tahap oksigen Siti Sarah kini menurun kepada 40 peratus.

“Sebelum saya masuk sesi siaran langsung ini, doktor baru saja menghubungi saya memaklumkan keadaan Sarah sangat tidak baik.

“Dia punya oksigen tinggal 40 peratus. Doktor sedang berusaha sebaik mungkin,” katanya ketika sesi siaran langsung bacaan Yasin dan doa untuk penyanyi itu.

Shuib dilihat gagal menahan air mata daripada terus mengalir dan meminta agar majlis bacaan Yassin dimulakan dengan segera supaya dapat mendoakan isteri tercintanya.

Bacaan Yassin dan doa itu diketuai oleh Uztaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Keadaan Siti Sarah sangat tak baik sekarang' - Kosmo Digital

Lebih 900 orang menyertai bacaan Yassin berkenaan yang sedang berlangsung secara maya ketika ini.

Semalam, Shuib memberitahu keadaan Siti Sarah yang ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama.

Katanya, sama-sama kita doakan semoga Siti Sarah berada dalam keadaan normal dan diberikan kesembuhan secepat mungkin.

Terdahulu,

Tular Mesej Audio Siti Sarah Tiada Harapan, Shuib Dedah Cerita Sebenar Dan Siapa Cakap Sarah Tiada Harapan Lagi

Pelawak Shuib memohon orang ramai agar berhenti daripada menularkan satu rakaman suara dalam WhatsApp yang menyatakan keadaan isterinya, Siti Sarah sudah tiada harapan untuk hidup.

Rakaman suara berkenaan dipercayai milik ibu Shuib, bercakap tentang keadaan k.ritikal Siti Sarah yang tiada harapan untuk hidup tular sejak pagi tadi.

Bekas penyampai radio itu memaklumkan, keadaan terkini isterinya masih ditidurkan.

“Saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan kesembuhan kembali. Saya juga mendoakan kepada semua dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah SWT,” tulisnya.

Terdahulu, sudah 48 jam, penyanyi lagu Semakin itu belum sedarkan diri dan bert.arung n.yawa a.kibat C0VID 19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), H.ospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan anak keempat, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus pada malam Jumaat, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, semalam.

Sehingga kini, paras oksigen stabil, namun tidak menunjukkan apa-apa peningkatan. Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif C0VID 19.

Shuib menerusi InstaStorynya menjelaskan, rakaman suara berkenaan sebenarnya menceritakan tentang keadaan isterinya pada Jumaat lalu, bukannya s.ituasi hari ini.

“Berkenaan rakaman suara yang v.iral tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat, 6 Ogos. Jadi saya mohon, tolong hentikan kongsi atau p.adam hantaran tersebut dalam mana-mana platform media sosial.

“Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan. Saya mohon terus mendoakan Sarah diberikan kekuatan dan kesembuhan. Saya juga mendoakan kepada semua agar dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya.

Setakat ini, Sarah masih belum sedarkan diri selepas ditidurkan dan menjalani pemb.edahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun semalam, Shuib percaya, doa-doa, bacaan Yassin dan solat hajat tidak henti-henti daripada semua orang, sama ada dikenali atau tidak telah menjadi antara asbab berlakunya keajaiban Tuhan terhadap perubahan kondisi kesmihatan isterinya yang sedang kri.tikal dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Per.ubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*