Perjalanan Terakhir Siti Sarah Buat Shuib ‘Cemburu’, Detik-Detik Terakhir Arwah Sebelum Dikebumikan

Kuala Lumpur: Pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia hari ini amat dicemburui apabila terlalu ramai insan dikenali mahupun tidak dikenali menitipkan doa buatnya.

Suaminya yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib berkata, dia juga tertanya-tanya apakah kebaikan Allahyarham ketika hayatnya.

“Bertalu-talu saya mendapat mesej dan video dari seluruh pelusuk negara yang menganjurkan bacaan Yassin dan doa selamat buat arwah. Tidak kurang juga menghantar gambar memaklumkan soal hajat dilakukan. Malah, ada sebahagiannya daripada nombor telefon yang tidak saya kenali.

“Apakah kebaikan arwah isteri hingga semua orang mahu mendoakan keajaiban dan kesembuhan buatnya? Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya dalam diri sendiri.

“Terlalu ramai ambil tahu mengenai perkembangan arwah. Benar, saya ‘cemburu’ dengan pemergiannya,” katanya.

Menurut Shuib, dia reda jika arwah dijemput Allah ketika berada dalam keadaan kritikal di hospital Jumaat lalu.

“Kami pernah bercakap soal kematian. Malah, arwah isteri pernah cakap kalau boleh mahu meninggal dunia pada hari Jumaat iaitu penghulu hari. Dia mahu mendapat ‘husnul khatimah’ dan lepas seksaan kubur.

“Jika ikutkan, saya reda seandainya Allah mencabut nyawanya ketika nazak dan paras bacaan oksigen menurun pada Jumaat lalu. Namun, Allah memberikan arwah sedikit masa lagi untuk hidup. Akhirnya, hari ini arwah pergi juga,” katanya.

Detik2 terakhir,

Air mata Siti Sarah tatapan terakhir Shuib dan anak-anak

SHUIB reda dengan pemergian Siti Sarah. Sempat buat panggilan video terakhir malam tadi.

“Malam tadi adalah detik terakhir saya dan anak-anak dapat menatap wajah arwah ketika masih bernyawa dengan bantuan jururawat dan doktor.”

Itu kata Shuib mengenai panggilan video dia bersama tiga anaknya dengan Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), malam tadi.

Shuib berkata, ketika panggilan video dibuat arwah kelihatan mengalirkan air mata seolah-olah memahami apa yang diungkapkan dia dan tiga cahaya mata mereka iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.

“Air matanya berlinangan seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengannya. Saya ada ke hospital selepas anak-anak tidur dan selesai majlis bacaan Yasin dan doa selamat tapi saya tidak dibenarkan bertemu arwah,” katanya.

Menurut Shuib, dia reda dengan pemergian isterinya pagi tadi kerana apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.

“Saya belum memaklumkan kepada anak-anak mengenai pemergian arwah ibunya kerana saya bergegas ke hospital pagi tadi.

“Ini adalah cabaran kepada saya untuk maklumkan berita ini nanti kerana anak-anak masih tidur ketika saya keluar rumah tadi,” katanya.

Siti Sarah mahu rahsiakan ibadah korban di Gaza

NAMA untuk tujuh bahagian lembu ibadah korban Siti Sarah di Gaza iaitu bapanya, Allahyarham ibunya, suaminya, tiga anak mereka serta Siti Sarah sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dihubungi penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin untuk menyertai ibadah korban di Gaza sempena sambutan Aidiladha, Julai lalu.

Nadir dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan dia terkejut apabila mendapat tahu Siti Sarah sudah meninggal dunia pagi hari ini menerusi Instagram suaminya, Shuib.

“Tersentap kejap bila baca berita daripada Shuib mengenai pemergian Siti Sarah. Saya baru dihubungi Siti Sarah sebelum raya Haji (Aidiladha) lepas untuk dia ikuti program korban kami di Gaza.

“Masa tu saya terkejut bila dia maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja. Ia seolah-olah dia sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir,” katanya.

Menurut Nadir, Siti Sarah juga kerap berhubung dengannya untuk mengetahui perkembangan saudara Islam di bumi Palestin.

“Selepas itu dia kerap berhubung dan bertanya mengenai keadaan saudara-saudara kita di Palestin.

“Rupa-rupanya Allah takdirkan nyawa dia diambil dalam keadaan dia memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini.

“Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada akhirat di bumi berkat. Semoga engkau tenang di sana, al-Fatihah,” tulisnya.

PERBUALAN Nadir dengan Siti Sarah melalui mesej peribadi di IG.

Dalam masa sama, Nadir turut berkongsikan perbualannya dengan Siti Sarah melalui mesej peribadi di Instagram pada 12 Jun lalu.

Antara perkara yang dikongsikan adalah mengenai urusan pembelian seekor lembu untuk tujuh bahagian korban. Ia membabitkan bapanya, Raissuddin Hamzah; Allahyarham ibunya, Nur Aini Mohamad; suaminya, Shuib dan tiga anak mereka.

Nadir juga sempat bertanya jika dia boleh berkongsi perkara itu kepada umum, namun Sarah seboleh-bolehnya mahu merahsiakannya.

Bagaimanapun Sarah mengizinkan Nadir untuk berkongsi perkara itu sekiranya ia memberi manfaat kepada umat Islam di negara ini.

Selain itu, Sarah juga mengambil peluang bertanyakan kepada Nadir mengenai keadaan semasa di Palestin yang kembali diserang Israel.

Terdahulu Harian Metro Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini.

Perkara itu dikongsi Shuib di akaun Instagram miliknya serta satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan pihak pengurusan penyanyi lagu Kesetiaan itu, Indigital Music.

Sumber Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*