Pergi Ke Negeri Abadi Tanpa Sempat Menatap Bayi Lelaki Dikandungnya Selama Lapan Bulan Yang Dikeluarkan Secara Pembedahan Bagi Menyelamatkan Nyawa

DUNIA hiburan pada Isnin bersedih selepas penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang bertarung nyawa akibat Covid-19 gagal diselamatkan lalu pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.13 pagi, Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas dia ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

Berita kematian Siti Sarah itu dimaklumkan sendiri oleh suaminya, Shuib Sepahtu menerusi Instagram.

“Bidadari syurga saya pergi buat selama-lamanya. Mohon sedekahkan Al-Fatihah,” katanya.

Jenazah Siti Sarah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Lebih menghibakan, Sarah, 37, pergi ke negeri abadi tanpa sempat menatap bayi lelaki dikandungnya selama lapan bulan yang dikeluarkan secara pembedahan bagi menyelamatkan nyawa. Bayi berkenaan diberi nama Ayash Affan, kini berada dalam keaadan stabil.

Siti Sarah, Shuib dan tiga anak mereka positif Covid-19 pada 25 Julai lalu.

Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi tersebut selama tiga jam bermula pukul 2 petang Jumaat, 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

Penyanyi lagu Semakin itu dimasukkan ke hospital pada pagi 4 Ogos lalu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan dijangkiti wabak itu sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011.

Dr Noor Hisham ucap takziah atas pemergian Siti Sarah

COVID-19: Dr Noor Hisham ucap takziah atas pemergian Siti Sarah

Pemergian penyanyi Siti Sarah Raissudin selepas bertarung dengan COVID-19 turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kemas kini di media sosial, berkongsi ucapan takziah buat keluarga Allahyarham, serta mereka yang lain yang turut kehilangan anggota keluarga akibat wabak itu.

“Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terkorban oleh COVID-19.

“Al-Fatihah,” tulis beliau.

Turut mengungkapkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham adalah beberapa doktor yang juga influencer di media sosial.

Terdahulu, Allahyarham pada Jumaat selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan anak keempatnya ketika menerima rawatan.

Siti Sarah dan Shuib sekeluarga positif COVID-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka dijangkiti wabak tersebut.

Allahyarham dimasukkan ke ICU selepas tahap oksigen semakin tidak stabil.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 2011 sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.

‘Pergilah Siti Sarah, kami menyusul nanti’ – Peminat, rakan artis ucap takziah

Bagi peminat, rasa tidak percaya masih menyelubungi biarpun selepas perkhabaran daripada suami Sarah, Shuib, semalam yang keadaan isterinya semakin kritikal.

Lebih sayu, pemergian Allahyarham meninggalkan empat anak yang masih kecil termasuk bayi yang baru dilahirkan.

Bukan sahaja kalangan peminat, malah ramai mengakui terkesan dengan pemergian bintang besar industri muzik tempatan itu.

 

Dalam kalangan rakan artis, tentunya pemergian Allahyarham memberi kesan mendalam terutama mereka yang pernah dan sering bekerjasama dengannya.

 

Mati syahid serta husnul khotimah (pengakhiran yang baik) itu impian dan cita2 setiap hamba Allah yang beriman dan bertaqwa kepada-NYA. Namun hanya yang benar2 dikasihi dan terpilih akan menikmatinya. Allahuakbar Allahuakbar. Allahu a’lam bissowaab.

Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama para syuhada, dikurniakan kesejahteraan mutlak dan syurga tertinggi Allah serta ditempatkan bersama hamba2-NYA yang soleh dan dikasihi Allah. Semoga disatukan semula dengan keluarga tercinta kelak. Amiin Amiin ya Rabbal ‘Aalamiin.

Untuk my brother @shuibsepahtu, Allah menguji hamba2-NYA mengikut kemampuan setiap hamba-NYA itu. Dan sesungguhnya setiap ujian itu tidaklah diberikan melainkan untuk mengangkat darjat hamba-NYA. Ujian hebat begini adalah untuk hamba2-NYA yang terpilih dan sangat DIA sayangi dan kasihi. Allah telah berjanji bahawa sesungguhnya dengan setiap kesusahan itu adalah berserta dengan kemudahan pada kemudiannya. Sesungguhnya Allah TIDAK PERNAH memungkiri janji dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Sumber AWANI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Pergi Ke Negeri Abadi Tanpa Sempat Menatap Bayi Lelaki Dikandungnya Selama Lapan Bulan Yang Dikeluarkan Secara Pembedahan Bagi Menyelamatkan Nyawa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*