Ustaz Ebit Lew Dedah Amal Kebajikan Siti Sarah Ketika Masih Hidup

PETALING JAYA: Pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin bertemu Pencipta pagi tadi, turut mendapat reaksi daripada pendakwah bebas dan dermawan, Ustaz Ebit Lew.

Menerusi entri Instagram, Ebit menitipkan rasa sedihnya atas kehilangan tersebut dan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Siti Sarah atas pemergiannya.

Dalam memberitahu, penyanyi lagu Kesetiaan itu pernah menawarkan diri membantu membayar beberapa rumah sewa golongan miskin.

“Ya Allah sedihnya rasa. Insya-Allah, Shuib , Siti Sarah serta anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga Firdaus.

“Sarah banyak kali tanya kepada saya ingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan.

“Semoga Allah beri syurga Firdaus padanya. Sabar ya Shuib, Allah sayang. Insya-Allah,” coretnya menerusi Instastory.

Pagi tadi, berita duka itu dikongsi pelawak, Shuib yang kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhirnya pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Berita duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music. Siti Sarah meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Terdahulu, penyanyi itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

Nadir Al Nuri Dedah Apa Yang Arwah Siti Sarah Lakukan Semasa Raya Haji Lepas, Hingga Dia Pun Tak Sangka

Nadir Al Nuri menerusi perkongisan di laman Facebook beliau,

Allah.

Tersentap kejap bila baca berita daripada @shuibsepahtu tentang pemergian @sitisarahraissuddin

Saya baru dihubungi Siti Sarah sebelum raya haji lepas untuk beliau ikuti program korban di Gaza kami.

Masa tu saya terkejut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.

Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara kita di Palestin.

Rupanya Allah takdirkan, nyawa beliau diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini.

Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada’ akhirat di bumi berkat. Semoga engkau tenang di sana, al-fatihah.

May be an image of text that says 'sitisarahraissuddin.. Siti Sarah Raissuddin sitisarahraissuddin Instagram 2.5M followers 2.5K posts You follow each other on Instagram You both follow alifsatar and 17 others View Profile 12 Jun, 16:22 Salam En Nadir.. saya nak tanya kat Palestine ada buat korban tak? 13 Jun, 16:59 Waalaikumussalam. MashaAllah berbesar hati dihubungi orang-orang terkenal untuk korban kali ini. Ya ada alhamdulillah Saya beri infonya ya'

 

May be an image of text that says 'sitisarahraissuddin... i Ni Sis Siti Sarah je admin *ke Korban di sini kosnya mahal sebab lembu baka paling baik dan berat 550-600kg, satu ekor manfaat untuk 1500 orang. Ni saya sarah.. Saya nak tanya kambing ada juga ke? Atau lembu sahaja Tu lah saya tengok besar betul... Kambing ada juga, harga sama juga RM1900 seekor. Tapi kami fokus lembu sebab orang tempatan lebih suka lembu. Kalau macam tu fokus pada lembu lah. Insyaallah besok saya bank in kan'

 

May be an image of text that says 'sitisarahraissuddin... i 13 Jun, 19:18 InshaAllah Nak tempah 1 bahagian ya? 13 Jun, 20:29 Insyaallah sekor.. 14 Jun, 06:43 Seekor lembu? RM1900 x bahagian ya? Ye betul 14 Jun, 16:49 Alhamdulillah dah sattle'

 

May be an image of text

 

May be an image of text that says 'sitisarahraissuddin... i Alhamdulillah. Terima kasih banyak ya. Moga bila orang ramai ikut korban juga, awak akan dapat pahala juga kerana galakkan kebaikan. Doakan kami selalu 15 Jun, 08:55 Amin amin amin ya robbal alamin.... 16 Jun, 12:51 salam.. macam macam mana keadaan disana sekarang dengarnya kene serang balik ya? 17 Jun, 15:29 Waalaikumussalam. Ha ah tapi serangan biasa2 saja, semua baik alhamdulillah Moga Allah permudahkan'

 

No photo description available.

Sedikit trivia arwah Siti Sarah,

Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah “Artis Baru Terbaik”, “Album Pop Terbaik” dan “Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)”.

Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan satu lagi pengiktirafan untuk “Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)”, iaitu dalam kategori “Artis Baru Wanita Terbaik”. Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.

Bapanya, Raisuddin Hamzah juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau memasuki pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu.

Siti Sarah menyertai pertandingan realiti musim kedua One in a Million yang menyaksikan artis rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000 sebagai pembiayaan kerjaya muzik. Beliau mendapat tempat ketiga. Persembahan beliau setiap minggu cukup bertenaga dan membanggakan.

Pada tahun 2009 Siti Sarah pernah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts ( WCOPA ) degan mnyumbang 3 emas kepada Malaysia .. Selain artist ketika itu Bob AF jugamenyumbang 5 emas buat negara.

Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shahmira Muhamad (Shuib) dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Pada tahun 2016, nama Siti Sarah Raissuddin mula meniti kembali di bibir peminat apabila menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3. Siti Sarah menjadi juara pada minggu Pertama menerusi lagu hitnya, Jangan kau Mimpi dengan persembahan vokal dan tarian yang cukup bertenaga. Siti Sarah Raissuddin juga kekal sebagai TOP 2 pada 2 minggu selepasnya menerusi lagu Teratai layu di tasik Madu (Fauziah Latif) dan Joget Sayang-menyayang (Anita Sarawak). Diakhir pertandingan tersebut, Sarah dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza musim ketiga.

Pada Mei 2018 Beliau bertudung sepenuhnya.

Sumber FB Nadir Al Nuri/WOW/UTUSAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*