2 Lelaki Pengsan Selepas Terima Vaksin, Tak Sangka Ini Sebab Boleh Pengsan




DUA lelaki yang rebah selepas mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Sandakan sebenarnya pengsan kerana kelaparan, bukan kerana kesan sampingan.

Menurut pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Dr Rose Nani Mudin, perkongsian di media sosial termasuklah dakwaan salah seorang daripada mereka meninggal dunia adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

“Kedua-dua lelaki itu pengsan selama beberapa minit tidak lama selepas suntikan masing-masing kerana lapar,” katanya pada Selasa.

Siasatan mendapati bahawa salah seorang lelaki tidak makan sejak malam sebelumnya sementara seorang lagi makan kali terakhir pada pagi temujanji itu.

Dr Rose Nani berkata, dia tidak pasti kenapa mereka tidak makan atau minum sebelum menerima vaksin.

Jelasnya, penerima vaksin harus makan dan minum sebelum menerima suntikan kerana waktu menunggu kadang-kala memakan masa hingga satu jam atau lebih, bergantung kepada kehadiran orang ramai.

Difahamkan, kedua-dua lelaki itu menjalani pemeriksaan perubatan setelah mereka kembali sedar dan dibenarkan pulang.

Kes Sebelum Ini

Seorang wanita dipercayai kakitangan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dilaporkan pengsan selepas melengkapkan suntikan dos kedua vaksin hari ini berpunca dari syncopal attack.

Ia disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

“Saya sahkan pekara ini berlaku syncopal attack. Beliau ada sejarah hypertension dan hyperlipidemia. Ada sejarah mendapat rawatan juga dan penyiasatan terhadap syncopal attack sebelum ini,” katanya.

MGF19032020_PC-ADHAM-BABA16

Syncopal attack ada kaitan deengan tekanan rendah dalam badan seseorang.

Sebelum itu, wanita terbabit dikatakan mengalami sakit dada sebelum pengsan dan dirawat di bahagian zon merah hospital berkenaan selepas menerima suntikan vaksin.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Aman Rabu yang dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat perkara tersebut secara terperinci sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya

Peringatan! Tak boleh lakukan senaman berat selepas vaksin Covid-19, ini sebabnya!

Tahukah anda, penerima vaksin Covid-19 tidak digalakkan untuk melakukan senaman berat selepas suntikan?

Ini kerana terdapatnya risiko untuk mengalami radang otot jantung atau miokarditis, salah satu kesan sampingan yang amat jarang berlaku kepada individu yang mengambil vaksin Covid-19 jenis MRNA.

Risiko ini juga lebih tinggi dalam kalangan orang muda yang berusia 30 tahun ke bawah.

Golongan ini juga tidak digalakkan untuk melakukan senaman berat seperti berenang, berbasikal, angkat berat dan sebagainya seminggu selepas menerima vaksinasi.

Tetapi, mengapa kita ditegah untuk melakukan senaman berat selepas mengambil vaksin? Mari ikuti kupasannya di bawah.

Mengapa tidak boleh bersenam selepas menerima suntikan?

Pada 3 Julai lalu, negara jiran kita, Singapura, digemparkan dengan berita kematian seorang remaja berusia 16 tahun hanya beberapa hari selepas menerima vaksin Pfizer-BioNtech.

Menurut laporan tersebut, jantung remaja berkenaan terhenti ketika sedang melakukan senaman mengangkat berat.

Kementerian Kesihatan Singapura masih menyiasat sama ada ia berlaku disebabkan miokarditis iaitu penyakit radang otot jantung. Namun, punca sebenar kejadian ini masih dalam siasatan.

Menurut CDC, sejak April 2021, banyak kesan sampingan vaksin yang telah dilaporkan.

Salah satunya ialah risiko untuk mengalami radang otot jantung (miokarditis dan perikarditis) setelah menerima vaksin Covid-19 seperti Pfizer-BioNTech dan Moderna.

Walau bagaimanapun, miokarditis dan perikarditis selepas suntikan Covid-19 amat jarang berlaku.

Setakat 12 Julai 2021, sebanyak 1,047 laporan miokarditis atau perikarditis dalam kalangan orang dewasa berusia 30 tahun ke bawah telah diterima.

Kebanyakan kes ini dilaporkan selepas pesakit menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis mRNA.

Setakat ini, CDC dan FDA telah mengesahkan 633 laporan miokarditis dan perikarditis selepas suntikan vaksin.

Namun, kaitan antara dua kondisi ini dengan vaksin Covid-19 masih berada dalam siasatan.

Kes radang otot jantung didapati lebih banyak berlaku kepada lelaki yang berusia 16 tahun ke atas. Selain itu, ia juga lebih kerap terjadi kepada mereka yang menerima dos kedua vaksin Covid-19.

Miokarditis atau perikarditis juga akan dikesan beberapa hari selepas pesakit menerima vaksin. Walau bagaimanapun, pesakit yang menerima rawatan akan sembuh dengan cepat selepas rehat yang mencukupi.

Malah, mereka juga boleh melakukan aktiviti harian dengan normal selepas simptom yang dialami berkurangan.

Apakah simptom radang otot jantung?

Jika anda risau mengenai miokarditis atau perikarditis, pastikan anda sentiasa berjaga-jaga dengan simptom seperti:

  1. Sakit dada
  2. Sesak nafas
  3. Degupan jantung yang kuat
  4. Rasa letih dan penat
  5. Rasa hendak pitam
  6. Bengkak pada kawasan tangan, kaki dan buku lali
  7. Pengsan
  8. Jika anda mengalami simptom di atas, jumpa doktor dengan kadar yang segera.

Miokarditis atau perikarditis merupakan satu kondisi yang sukar untuk dikesan kerana ketiadaan simptom.

Selalunya, simptom yang pesakit alami merupakan tanda penyakit lain seperti serangan jantung.

Di Malaysia, masih belum ada sebarang kes radang otot jantung selepas vaksinasi yang dicatatkan.

Malah, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan tiada kes miokarditis dan perikarditis yang diterima oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan melakukan senaman berat selepas menerima vaksinasi. Jika boleh, berehatlah sehingga anda benar-benar sihat.

Vaksin Covid-19 telah disahkan selamat dan efektif. Malah, jutaan manusia di seluruh dunia telah menerima vaksin ini tanpa sebarang kesan sampingan.

Semasa artikel ini ditulis, hampir 9,570,974 rakyat Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

Adakah saya masih perlu mengambil vaksin?

Jawapannya adalah ya. Vaksinasi merupakan satu komponen yang penting untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan, hospitalisasi dan kematian disebabkan wabak Covid-19.

Jika anda telah menerima vaksin dos pertama, anda perlu mengambil dos kedua kecuali mendapat arahan khas daripada doktor.

Untuk pengetahuan anda, vaksin mempunyai kebaikan yang lebih besar berbanding risikonya, termasuklah risiko radang otot jantung.

Malah, kesan sampingan vaksin bukanlah perkara baharu. Vaksin AstraZeneca juga dikatakan boleh menyebabkan pembentukan darah beku.

Namun, kesan sampingan ini juga amat jarang berlaku.

Ingatlah, jutaan vaksin yang telah diberikan kepada rakyat Malaysia terbukti berkesan dan boleh menyelamatkan nyawa.

Oleh sebab itu, jangan sesekali memilih vaksin dan ambil imunisasi secepat mungkin mengikut jadual yang ditetapkan.

Ubah rutin senaman selepas vaksinasi

Jika anda suka bersenam, cuba ubah rutin anda kepada senaman yang lebih ringan. Tunggu sekurang-kurangnya seminggu sebelum menyambung rutin seperti sediakala.

Walau bagaimanapun, jika anda alami kesan sampingan vaksinasi seperti demam, batuk, selesema dan sebagainya, rehatlah sebentar dan beri masa untuk badan anda pulih sepenuhnya.

Mungkin anda akan rasa sedih kerana terlepas sesi senaman anda setiap hari, namun tidak ada gunanya untuk terus memaksa diri ketika sakit.

Seperti ubat-ubatan yang lain, vaksin juga mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak mengambil vaksin.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita haruslah mengambil vaksinasi untuk melawan virus Covid-19. Jika bukan kita, siapa lagi?

Sumber Mstar/Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*