
Pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin, 37, semalam, ternyata memberi impak besar bukan saja kepada ahli keluarganya, namun di kalangan peminat dan juga rakan artis yang bersama-sama dalam industri hiburan.
Antara rakan artis yang terkesan ialah bekas pengacara terkenal, Azwan Ali ataupun yang lebih mesra digelar Diva AA yang mengucapkan takziah kepada Shuib dan keluarga atas pemergian Siti Sarah.
Menurut Diva AA menerusi video TikTok, dia yang serba hitam di dalam video tersebut meluahkan rasa pilunya atas apa yang berlaku dan sempat ‘recap’ semula kenangannya bersama arwah.
“Minta maaf ada soalan dalam program Amboi, amboi, amboi dan Chit Chat”
Pernah bertanyakan soalan maut kepada Siti Sarah ketika mengacarakan beberapa program TV, Azwan Ali memohon maaf kepada arwah dan memuji sikap Sarah yang menjawab soalan yang diajukannya dengan tenang.
Diharap video ini sampai kepada tuan empunya badan, tak lain tak bukan to Shuib dari Sepahtu yang telah kehilangan isteri tersayang, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.
“Salam takziah, just move on dan jaga anak-anak baik-baik. Diva AA cuma nak recap sikit, kenangan banyak kali bekerja dengan arwah. Minta ampun sebab ada soalan maut dalam Amboi, Amboi, Amboi Astro atau chit chat zaman tu.
“Arwah sangat selamba menjawabnya, sangat vocal, dia tidak takut dengan soalan Diva AA. Diva AA minta diampunkan. Semoga tenanglah roh arwah di sana. Tak tahulah bila dapat berjumpa Shuib dan semua,”katanya.
Meskipun video tersebut telah ditutup ruang komen, ia telah mendapat lebih 21,000 likes dari pengguna TikTok.
Diharapkan mereka yang rapat dengan arwah tabah menerima pemergiaan Siti Sarah yang sangat mengejut ini. Al Fatihah.
Video,
Sedikit trivia arwah Siti Sarah,
Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah “Artis Baru Terbaik”, “Album Pop Terbaik” dan “Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)”.
Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan satu lagi pengiktirafan untuk “Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)”, iaitu dalam kategori “Artis Baru Wanita Terbaik”. Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.
Bapanya, Raisuddin Hamzah juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau memasuki pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu.
Siti Sarah menyertai pertandingan realiti musim kedua One in a Million yang menyaksikan artis rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000 sebagai pembiayaan kerjaya muzik. Beliau mendapat tempat ketiga. Persembahan beliau setiap minggu cukup bertenaga dan membanggakan.
Pada tahun 2009 Siti Sarah pernah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts ( WCOPA ) degan mnyumbang 3 emas kepada Malaysia .. Selain artist ketika itu Bob AF jugamenyumbang 5 emas buat negara.
Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shahmira Muhamad (Shuib) dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Pada tahun 2016, nama Siti Sarah Raissuddin mula meniti kembali di bibir peminat apabila menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3. Siti Sarah menjadi juara pada minggu Pertama menerusi lagu hitnya, Jangan kau Mimpi dengan persembahan vokal dan tarian yang cukup bertenaga. Siti Sarah Raissuddin juga kekal sebagai TOP 2 pada 2 minggu selepasnya menerusi lagu Teratai layu di tasik Madu (Fauziah Latif) dan Joget Sayang-menyayang (Anita Sarawak). Diakhir pertandingan tersebut, Sarah dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza musim ketiga.
Pada Mei 2018 Beliau bertudung sepenuhnya.
Sumber : Lobak Merah
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment