“Sebelum Ditidurkan, Arwh Sedekah Semua Produk Tudung Keluaran Syarikatnya Untuk Disumbangkan Pada Jururawat” – Nana

KUALA LUMPUR: Sikap pemurah dan suka bersedekah menjadi amalan penyanyi popular, Allahy4rhamah Siti Sarah Raissuddin hingga nafas terakhir.

Segala kebaikan dilakukan arwh Siti Sarah secara senyap mula terbongk4r satu persatu selepas mengh3mbuskan naf4s terakhir di Unit Rawatan Rapi (1CU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) akibat p4ndem1k C0V1D-19, semalam.

Pengurusnya, Nana Mohammad Rom berkata, arwh sentiasa berusaha membantu sesiapa sahaja dalam kesusahan dalam diam dan enggan dihebahkan.

Malah, Nana mended4hkan, isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu banyak menghulurkan bantuan kepada rakan industri, bekas wartawan dan pengikut dalam laman sosial.

“Arw4h dikenali sebagai insan paling suka bersedekah. Sangat pemurah dan banyak menderma. Arwh tidak pernah tolak sekiranya ada pengikut menghantar mesej langsung dalam Instagram (IG) memerlukan bantuan.

“Namun, arwh tidak suka orang tahu dan bercerita. Namun, pihak pengurusan, Indigital Music tahu mengenai perkara ini.

“Terbaharu, sebelum menaiki ambulans untuk ke hospital, arwh memindahkan wang kepada ibu tirinya minta dipanjangkan sedekahnya.

“Sebelum ditidurkan, arwh minta pembantu peribadi ambil semua produk tudung keluaran syarikatnya untuk disumbangkan kepada jururawat di hospital,” katanya ketika ditemui BH Online selepas pengebvm1an arwh di Tanah Perkubvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, semalam

Ditanya tahap kesihatan arwh, Nana berkata, arwh tidak memiliki sejarah penyakit kronik.

“Arwh tiada penyakit kronik. Arw4h sangat menjaga pemakanan, malah sering mendapatkan rujukan doktor peribadi ketika

semasa melakukan kuar4ntin kendiri di rumah.

“Saya menghubungi arwh setiap hari sepanjang menjalani kuarantin kendiri. Arwh kata keadaannya okay dan minta jangan risau.

“Namun, arwh memberitahu kena ke hospital selepas paras oksigen jatuh pada hari kelapan. Ketika itu, arwh mula batuk, namun memikirkannya hanya gejala biasa,” ujarnya.

Terdahulu, Allahy4rhamah Siti Sarah, 36, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) akibat c0v1d-19 pada jam 5.13 pagi, semalam.

Jen4zahnya selamat dikebvm1kan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Sungai Pusu, jam 1.20 tengah hari.

Beliau meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq m4tin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu.

Siti Sarah sedekah senyap-senyap, bantu bekas wartawan ‘sesak’ hilang kerja – “Dia masukkan ribuan ringgit… minta pengurus rahsiakan”

PEMERGIAN Siti Sarah Raisuddin membuka 1,001 kisah mengenai kebaikan Allahyarham yang selama ini mungkin tidak diketahui ramai.

Siti Sarah sebenarnya suka bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan. Ini terbukti selepas Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin, satu persatu kebaikan beliau dikongsi ramai.

Malah, amalan baik dilakukannya itu umpama tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui. Beliau enggan perbuatan itu diketahui oleh orang yang dibantunya. Itulah antara sikap baik Siti Sarah yang benar-benar membuatkan mereka yang pernah rapat dengannya rasa terharu.

Hal tersebut turut dialami oleh dua bekas wartawan, Utusan Karya Sdn. Bhd yang dihimpit kesusahan selepas syarikat mereka, Utusan Melayu (M) Berhad gulung tikar pada 2019 dan pampasan penuh yang dijanjikan tidak dibayar sehingga hari ini.

Rosli Manah, 53, bekas Pengarang URTV menceritakan dia terkejut apabila pada tahun lalu, mendapat panggilan telefon daripada syarikat artis itu bernaung, Indigital Music menyatakan seorang artis mahu menghulurkan bantuan.

Menurut Rosli, dia tertanya-tanya siapakah artis itu kerana pihak pengurusan syarikat berkenaan enggan mendedahkan individu yang ingin menghulurkan bantuan kewangan tersebut.

rosli1

Kebaikan Siti Sarah akan terus dikenang Rosli Manah.

“Saya tanya Nana (pihak pengurusan Indigital) siapa yang bantu? Nana kata, tak perlu tahu kerana artis berkenaan ikhlas menolong. Jumlah yang dibantunya itu, bagi saya agak banyak kerana ketika itu saya benar-benar dalam kesusahan kerana tiada pekerjaan,” ujar Rosli.

Tambah Rosli lagi, rahsia itu terbongkar selepas Nana tidak sengaja menulis nama Sarah sebagai rujukan resit bank ketika pemindahan wang dilakukan.

“Kemudian saya hubungi Nana dan bertanya mengenai nota kecil itu dan Nana mengaku dia tidak sengaja tertulis catatan berkenaan dan seterusnya mengaku, wang tersebut pemberian Siti Sarah dan mohon dirahsiakan.

“Arwah sangat pemurah… masa itu saya dah tak bekerja di Utusan. Saya dah tiada duit untuk bayar tunggakan kereta dan saya ada muat naik status itu di Facebook.

Saya tengok ada duit ribuan ringgit yang disumbangkan oleh arwah dimasukkan ke dalam akaun saya.

“Tak sangka Nana kemudian tanya nombor akaun saya, masa tu saya tak tahu fasal apa. Lepas itu saya tengok ada duit ribuan ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun saya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Rosli, sehingga kini dia tidak berpeluang berterima kasih kepada Siti Sarah kerana terpaksa berpura-pura tidak mengetahui tentang sumbangan tersebut.

Ditanya sejauh manakah rapatnya hubungan dia dengan Siti Sarah, ujar Rosli, pada awal kemunculan penyanyi itu, dia banyak memberi liputan terhadap Siti Sarah melalui majalah URTV pada usia belasan tahunnya.

johaa

Gambar kenangan Joha Ahmad ketika sihat.

Malah, Rosli juga berkawan baik dengan Pegawai Perhubungan Awam Siti Sarah ketika itu, Allahyarham Ruslan Agil dan mereka kerap keluar, makan bersama-sama yang turut disertai Siti Sarah.

“Saya dimaklumkan, bantuan yang diberikan Siti Sarah itu kerana dia terhutang budi saya pernah membantunya saat susahnya dia untuk menapak dalam dunia seni. Dia tak lupa jasa saya itu. Saya sangat-sangat terharu akan budi baiknya. Tak semua artis menghargai wartawan yang banyak membantu mereka saat dilanda kesusahan. Terima kasih Sarah… Allah saja yang membalas budi baik Sarah,” kata Rosli sebak.

Selain Rosli, Siti Sarah juga ada membuat sumbangan kepada seorang lagi bekas Pengarang Kanan, Utusan Karya Sdn. Bhd. iaitu Joha Ahmad, 55, yang kini menderita penyakit buah pinggang.

Menurut Joha, dia terkejut apabila menerima sumbangan daripada arwah kira-kira dua bulan lalu biarpun mereka sudah lama tidak berhubung.

“Saya terima sumbangan wang tunai daripada arwah Sarah dua bulan lepas… saya memang sangat terkejut sebab kami memang dah lama tidak berhubung.

“Saya cakap pada dia terima kasih sebab masih ingat saya… hubungan saya dengan arwah bukan macam wartawan dengan penyanyi, sebaliknya dah macam abang dengan adik.

“Arwah memang tahu saya sakit dan dia juga sempat berpesan pada saya agar selalu jaga diri,” katanya yang menyifatkan Allahyarham seorang yang merendah diri serta sentiasa mengingati wartawan-wartawan hiburan yang telah menaikkan namanya di persada seni.

siti sarah1

Siti Sarah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pusu, Gombak pada petang, Isnin.

Ujar Joha, hubungan baiknya bukan sahaja terhadap Siti Sarah malah termasuklah dengan ahli keluarga penyanyi itu.

Joha mengenali arwah apabila Siti Sarah menyertai pertandingan karaoke Bintang URTV pada 2000 yang menobatkan Siti Sarah sebagai juaranya. Ketika itu Joha ialah wartawan di majalah berkenaan.

“Daripada situlah kami mula rapat dan saya kerap memberi publisiti kepadanya sehinggalah dia dikenali. Saya bersama Siti Sarah, ibu dan bapanya pernah duduk makan bersila, sama-sama berebut nasi berlauk budu tak lama dulu. Kelakar kalau diingat semula kenangan lalu,” kata Joha.

Ujarnya, ketika dilanda masalah kesihatan, dia tidak menyangka Siti Sarah masih mengingati jasanya walaupun Joha tidak mengharapkan balasan kerana apa yang dilakukannya suatu ketika dahulu adalah sebagai menjalankan tugas sebagai wartawan untuk memberi publisiti kepada artis.

siti sarah

Siti Sarah meninggalkan empat orang cahaya mata.

Siti Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah Raisuddin, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu akibat serangan wabak Covid-19.

Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada usia kandungan lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor kira-kira pukul 1.20 petang, Isnin.

Siti Sarah meninggalkan suami, Shuib Sepahtu atau Shahmira Muhamad dan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih dalam pemantauan di PPUKM.

Siti Sarah juga disenangi oleh ramai wartawan dan saat dia terlantar sakit di hospital, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) turut menganjurkan majlis bacaan Yasin dengan mengamanahkan urusan berkenaan kepada ahli Masjid Abu Bakar, Temerloh, Pahang yang turut ditujukan juga kepada rakan-rakan artis lain dan petugas media yang turut dilanda musibah.

SUMBER MStar/Sapik Sohor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*