Dekat 2 Jam Pujuk Suruh Ambil Vaksin. Disaat Nurse Nak Cucuk Vaksin Pada Asif, Ini Yang Berlaku (Video)

Ada yang berani dan yang tidak waktu nak kena cucuk vaksin.

Pada norma baru ini, vaksin adalah satu perkara yang boleh dikatakan wajib dan semua ini untuk mengurangkan risiko badan kita jadi lebih teruk sekiranya dijangk1ti v1rus Covid19.

Kerajaan Malaysia telah melancarkan program vaksin besar besaran dan sasaran mereka untuk mencapai ‘herd immunity’ supaya rakyat boleh menikmati kebebasan walaupun tidak penuh seperti dahulu.

Selalu kita dengar atau nampak dalam video di Facebook atau TikTok gelagat orang ketika pergi ke pusat vaks1n. Ada yang memakai pakaian pelik pelik, membuat video memori dan bermacam macam lagi.

Semua kena pegang Asif ..

Walau ada unsur lawak. Tapi ia sangat menyentuh hati, anak syurga.. ” | Berita Kopak Media

Hari ini Syahmi Sazli telah memuat naik 1 video dimana dia mengambil vaksin dan turut membawa Asif Suhaimi untuk dicucuk vaksin.

Menurut Syahmi, sebelum cucuk beliau terpaksa memujuk Asif dekat 2 jam baru Asif setuju untuk mengambil vaksin. Ini gara gara kerana Asif takut dengan jarum suntikan.

Didalam video yang dikongsikan oleh Syahmi kelihatan Asif pada mulanya tenang dan para jururawat yang berada disitu cuba mengalihkan perhatian Asif supaya mereka boleh lakukan proses vaksinasi.

Tetapi semua tak jadi apabila Asif bertindak cuba melepaskan diri sehingga beberapa orang terpaksa dipanggil untuk memegang Asif.

Semua berjalan lancar dan Asif sendiri mengaku tidak rasa sakit pun. Yang buat semua gelihati apabila selesai mereka divaksin.. Lihat video dibawah

Video:

 

Biodata Asif, Bintang Youtube Malaysia Popular

biodata asif

Jika anda penggemar laman Youtube, nama Asif pastinya tidak asing lagi di pendengaran.

Beliau merupakan bintang Youtube yang kerap beraksi di saluran Youtube milik sepupunya, Syahmi Sazli.

Telatah bersahajanya dalam slot ‘Drama Spontan’ berjaya menambat hati rakyat Malaysia hingga apa sahaja video yang membabitkannya pasti dengan mudah meraih jutaan tontonan.

Ditambah dengan kreativiti Syahmi dalam mengangkat isu semasa menerusi karyanya, umpamanya isu harta pusaka, hubungan suami isteri dan cinta monyet.

Syabas diucapkan kepada Asif termasuk juga Syahmi! Semoga terus sukses di masa hadapan.

Biodata

1. Pemilik nama penuh Mohd Asyiff Suhaimi.

2. Berasal dari Kelantan.

3. Berumur 17 tahun (2019).

4. Merupakan anak sulung yang mempunyai seorang adik lelaki bernama Asyraff yang berusia 16 tahun, hasil daripada perkahwinan keempat bapanya. Keseluruhannya, beliau mempunyai tujuh adik-beradik berlainan ibu.

5. Penghidap masalah mild autisme.

6. Kesempitan hidup memaksa Asif dan adiknya untuk menamatkan persekolahan lebih awal (berhenti sekolah). Kehidupan mereka sekeluarga pula hanya bergantung pada gaji harian ibunya yang juga merupakan sumber pendapatan utama mereka.

7. Bagaimanapun nasib Asif berubah apabila menempa populariti luar biasa sebagai pelakon dalam slot ‘Drama Spontan’ yang dihasilkan oleh sepupunya, Syahmi Sazli, 24, menerusi Youtube.8. Syahmi mula mendapat ilham menghasilkan video pendek selepas melihat reaksi bersahaja Asif apabila disakat.

9. Pembabitan Asif dalam video pendek itu telah mengubah perwatakannya yang asalnya seorang yang pemalu, gemar menyendiri dan tidak suka ke hadapan. Asif juga pada awalnya penakut dan gemar menyorok di belakang pintu apabila didekati seseorang. Namun, remaja istimewa itu suka bergaul dengan lelaki yang lebih berusia daripadanya.

10. Asif yang mempunyai masalah menghafal, hanya mengungkapkan dialognya dalam lakonan secara spontan, tanpa bantuan skrip. Syahmi sebagai pengarah bertindak memberi arahan secara lisan dan menyerahkan kepada kreativiti Asif untuk beraksi di hadapan kamera.

11. Daripada kesemua pelakon wanita yang pernah digandingkan dengannya, Asif mengatakan dia lebih selesa bersama Wanie Rohaimie meskipun sedia maklum yang wanita itu sudahpun mendirikan rumah tangga. Jika ditanya tentang teman wanita, nama Wanie pasti terpacul di bibirnya!

    Fakta Menarik

  • Terkenal dengan trademarknya yang berbunyi, “Tak gurau Mi”.
  • Hanya mengenali nilai wang kertas RM1.
  • Kebiasaannya tidur di siang hari.
  • Dibayar RM200 bagi setiap video lakonannya. Bagaimanapun Syahmi turut membantu beliau dalam menyediakan keperluan barang harian dan pakaian.
  • Akaun Instagram Asif yang menggunakan nama @asifsuhaimi02 kini di bawah seliaan kakaknya, Siti Nurul Atina Suhaimi.

Artikel : AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*