
Assalamualaikum saya muallaf umur 25 tahun. Dah berkahwin dengan duda anak 1 (perempuan umur 9 tahun).
Saya seorang frontliner under kkm kerja dalam ward covid. So memang diwajibkan ambil v4ksin.
Pengurusan siap bagi tarikh awal untuk family frontliner yang jaga covid ambil v4ksin awal tapi suami refuse. Dia dah berkawan dengan kumpulan anti-v4ksin ni terus jadi macam tak betul.
Hari2 update k0nspirasi, fakta2 konon yang semua ni tipu. Semua ni mainan dunia. Siap perli saya cakap saya ni ikut saja ape orang suruh.
Percaya sangat kawan2 yang cuci otaknya kononnya v4ksin ni penipu ada cip kecil la ape la. Hari2 duk baca dan tengok video pasal v4ksin siap ada group lagi di whatsapp dan telegram.
Sekarang ni dah 4 bulan saya tak dapat nafkah batin. Tak tau la sebab saya dah v4ksin ke ape ke tapi suami tak nak sentuh pun.
Bukan tak cantik ke ape sebab ramai kenalan suami semua kata ‘untunglah dapat bini cantik’ ‘bini orang korea/ jepun ke?’
Tapi tu la suami pula sampai 4 bulan tak sentuh. Dah pernah saya terus terang ‘nak’ pun masih tak dilayan. Sebab hasutan kawan antiv4x dia ke ape ke tak tahu la.
Sekarang suami ada join business ni team punya la. So selalu meeting. ada seorang team dia ni dah v4ksin 2 dos. So dia orang pergi meeting dekat rumah sorang antiv4x ni.
Pastu selang beberapa hari kononnya bini antiv4x tu ada alergic kulit katanya punca dari yang v4ksin tu datang rumah.
Kononnya yang dah v4ksin ni jangkit virus dekat orang lain.
Laki ada suruh saya pergi tengok bini kawannya tu pergi lawat katanya, saya setepek cakap ‘tak payah la nanti ape2 jadi nanti saya disalahkan sebab saya dah v4ksin’. Lantak lahai.
Sekarang ni ada kawan2 antivax dia bagi air ape benda konon kalau minum fungsinya macam detox kuman semua. Disuruhnya saya minum sekali memang tak la. Air ape benda pun saya tak tau.
Sekarang ni memang 24 jam dia layan phone saja pasal v4ksin semua ni.
Saya bukan tak nak hormat suami tapi saya kerja hospital khas jaga pesakit covid. Saya tau la betapa bahaya virus ni. Saya medical staff kot. Takkan sewenang2 nak saya percaya k0nspirasi semua tu.
Kadang terpikir juga kenapa suami macam hilang n4fsu dekat saya. Mungkin ke sebab saya dah v4ksin? Sebab hasutan kawan antiv4x dia ke?
Bila tanya dia kata dia banyak berfikir bagi masa dekat dia sikit. Masalahnya dah 4 bulan kot.
Saya dah dapatkan tarikh v4ksin awal dah sebab pengurusan uruskan untuk family frontliner. Tapi tak dihargai langsung. Siap ikut cakap bulat2 kawan antiv4x dia.
– Mrs. (Bukan nama sebenar)
Kisah Kedua lagi mendebarkan apabila keluarga antivaksin
Hi semua, aku nak luah pasal parents and family aku yang antiv4ksin sebab aku dah penat dengan semua ni and aku tak ada sesiapa nak luah.
Macam dekat tajuk, parents aku antiv4ksin. Dulu diorang prov4ksin tapi sejak mummy aku kena side effect teruk dulu time dia ambik v4ksin untuk pergi mekah, parents aku terus jadi antivaks.
Plus, family aku ada history of allergies so lagi lah diorang menentang v4ksin ni.
Mula nya aku tak kesah sangat, tapi sejak covid 19 ni, makin risau aku. Aku faham diorang takut AEFI, aku faham kalau diorang kata sebab health concern. Tapi masalah sekarang, diaorang tak nak ambik v4ksin, lepas tu ditambah lagi dengan family side mummy yang suka percaya konspirasi teori, keadaan jadi makin teruk.
Hari hari diorang forward benda mengarut dalam group family. Wap cengkih la dajjal la illumin4ti la.Oh ya, family members side mummy ni semua belajar tinggi tinggi, study semua overseas. Universiti awam pandang sebelah mata saja.
Tapi tu la, b0d0h jugak. Kajian sains tak nak percaya, yang dipercaya nya “fakta” dari forwarded message kat Whatsapp yang entah siapa yang type dan entah berapa ribu kali dah diforward.
Berbeza ye dengan side daddy, semua orang kampung, belajar biasa biasa saja, kerja nelayan, kerja dekat kebun.Tapi semua ambik v4ksin, jaga sop, percaya covid ni penyakit betul. Dah 2 dose dah mostly. Okay saja semua tak ada side effects.
Bila aku suarakan kat parents aku pasal benda ni, aku kena maki. Katanya tengok la lagi beberapa tahun nanti mesti diorang mati. Siap kata covid ni tak wujud. Semua ni cuma penipuan.
“Kita ni duduk dekat red zone, daddy setiap minggu pergi hospital hantar opah pergi appointment, setiap minggu terdedah dengan orang ramai, tak pernah pun kena covid. Bohong saja semua ni.
Awak tak payah percaya sangat la Moon, banyak yang mati dekat Malaysia ni sebab v4ksin sebenarnya. Buka mata awak, tengok apa yang jadi bila v4ksin dicucuk dalam badan kita,”
Kalau ikut logik parents aku, makin banyak orang yang div4ksin = makin meningkat angka kematian. Bayangkan daddy aku siap bergaduh dengan adik beradik dia sebab semua ambik v4ksin, dia saja tak.
Lepastu mula la family side mummy aku masuk campur.
“Tengok la, v4ksin ni memecah belahkan umat Islam, tak apa kita kena percaya cuma Allah yang menyembuhkan. Cengkih jangan lupa amalkan, vitamin C 1000 mg tu kena ambik daily,”
Kau boleh imagine tak betapa serabut nya kepala otak aku???
Aku ni nak SPM tahun ni. Cuba kalau dia suruh bukak sekolah and semua pelajar WAJIB div4ksin?? Buat macam mana pun aku yakin parents aku mesti haramkan juga aku ambik v4ksin.
Lepastu mesti cikgu semua tahu dan mesti aku dipandang serong sebab parents antiv4ksin. Tambah pula sekarang ada varian delta lah apa lah, aku risau family aku dijangkiti.
Aku ada adik kecik, umur 4 tahun. Kalau aku kehilangan parents macam mana? Aku dah lah anak first. Kerja pun tak. Aku mana ada duit nak tanggung adik adik.
So, kalau korang baca ni, aku nak minta korang doa supaya Allah lembutkan hati parents aku untuk ambik v4ksin. Makcik makcik aku tu pergi mampus lah. Asalkan parents dan family aku selamat, aku dah cukup puas hati.
Lagi satu, akaun pengguna facebook a** h***** tu pun antara punca makcik makcik aku jadi antiv4ksin. Percaya sangat kat dia tu. Entah fitnah apa la yang dia sebarkan.
Bukannya dia doktor ke apa ke. Sesuka hati saja keluarkan fakta sendiri dan sebarkan benda b0d0h. Aku perhati saja kau ni a** h*****. Tak takut dosa agaknya.
Sorry kalau tak menarik. Aku nak luah saja. Kalau rasa bosan boleh la pergi baca confession lain abaikan jela confession aku ni, huhuhu.
Sumber IIUM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment