Aksi Pemanah Berkuda Wanita Melayu Ini Buktikan Jantina Bukan Penghalang, Dikenali Di Mata Dunia

BUKAN mudah bagi mana-mana pemanah untuk membidik anak panah ke sasaran sambil kuda yang ditunggangnya berlari dengan pantas?

Tapi tidak bagi seorang wanita yang memiliki kemahiran luar biasa ini, Erina Emelina Ismail yang turut mencipta kejutan dengan meraih pingat emas Kejohanan Memanah Berkuda Dunia Ke-15 di Chungju, Korea Selatan, pada bulan September tahun lalu.

Bertugas sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, Erina, 30, juga turut mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi pingat emas Kejuaraan Seni Bela Diri Dunia di kota sama, ketika itu.

Menurut sebuah laman Facebook, kejayaan beliau juga mengejutkan kerana dia muncul wanita pertama yang menjuarainya dengan menewaskan para pemanah berkuda lelaki.

MEMANAH berkuda, sukan yang menggabungkan kemahiran bersenjata dan menunggang kuda selain hubungan dengan haiwan. – Foto FB Team Malaysia.

“Tahun 2019 merupakan tahun cemerlang buat saya dengan pingat emas berganda memanah berkuda dan seni bela diri dalam acara aneka pukulan atau tembakan individu dan berpasukan.

“Bukan senang hendak mengalahkan atlet lain seperti dari Mongolia, Turki, Korea Selatan dan Eropah lain kerana mereka amat pakar dalam sukan ini,” katanya.

Namun Erina mengakui berdepan beberapa cabaran sebelum meraihnya seperti terpaksa berlatih sendiri setelah jurulatih mereka, seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia ke Belgium atas urusan tugas rasmi.

“Sukan ini juga masih baharu jadi tiada kemudahan gelanggang dan kuda sendiri untuk kami berlatih selain luangan masa yang terhad disebabkan setiap atletnya sudah bekerja tetap.

“Di Chungju, semua peserta diberi masa sehari sahaja untuk memilih kuda yang disediakan penganjur. Pastinya amat mencabar kami apabila cuba menyesuaikan diri dengan kuda ini,” katanya.

Setiap pemanah berkuda jelasnya, perlu memanah lima sasaran dalam 20 saat dengan kiraan markah berdasarkan jumlah mata sasaran dan mata pecutan.

“Matlamat saya selepas ini ialah belajar teknik dan sejarah memanah berkuda ini dari negara-negara lain sambil terus mewakili dan mencipta lebih banyak kejayaan buat Malaysia pada masa hadapan,” katanya.

Kisah Erina sebagai pemanah berkuda wanita Malaysia yang mula menceburinya pada 2011, turut pernah disiarkan dalam saluran dokumentari History Channel Asia.

Video,

Awal kemunculannya

MUKA BARU

Sebenarnya, Erina adalah muka baru dalam dunia memanah berkuda dengan hanya enam bulan latihan sebelum memasuki kejohanan ini.

“Saya hanya mula belajar seni memanah tradisional ini September tahun lepas, jadi pengalaman saya hanya setahun. Bagi memanah berkuda pula, saya hanya mula latihan April lepas”, katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pusat Ekuestrian dan Sukan Selangor Turf Club (STC), baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau mempelajari asas berkuda ketika di universiti.

Erina, berkelulusan kejuruteraan mekatronik di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor, juga adalah presiden Kelab Ekuin di universiti itu.

“Saya memang menggemari sukan ini tetapi terpaksa menangguhkannya setelah dua tahun berlatih untuk memberi tumpuan bagi peperiksaan akhir saya”, kata eksekutif Telekom Malaysia itu, yang menamatkan pengajian pada 2013.

Beliau mendapat tahu mengenai sukan memanah berkuda ketika di universiti namun tidak dapat menyertainya kerana kekangan logistik dan masa.

“Ketika itu kebanyakan kelas hanya diadakan di Lembah Klang. Jadi saya mengambil keputusan untuk menunggu sehingga tamat pengajian”, katanya.

 title=

PELAJAR BERDEDIKASI

Erina, yang tinggal di Shah Alam bersama keluarga, mula mencari kelas memanah tradisional setelah tamat pengajian.

Guru memanah pertama beliau ialah Mohd Azizul Idris, pengasas Pusat Sukan Memanah Tradisional Bow and Arrow di Sungai Buloh.

“Saya memang kerap ke kelas. Ada saja masa terluang, saya akan ke sana. Apabila guru memanah saya berkelapangan, saya akan mengambil peluang itu untuk belajar dengan beliau”, kata Erina.

Ketika dihubungi, Mohd Azizul berkata Erina sememangnya pemanah yang komited.

“Erina akan berusaha sedaya mungkin untuk menguasai dan memperkemas sesuatu teknik itu sehingga sempurna. Saya lihat dedikasi beliau memang tinggi berbanding ramai pelajar lain”, kata Mohd Azizul.

Sebulan selepas menjalani latihan memanah, Erina menyertai satu daripada pertandingan memanah bulanan yang dianjurkan pusat itu.

“Sungguh tidak disangka, saya memenangi tempat ketiga dalam kategori ‘moving target’ dalam pertandingan itu”, katanya.

Beliau menyertai beberapa pertandingan selepas itu untuk menambah pengalaman dan mengukur kemajuan diri.

KEMBALI BERLATIH

Selepas dua tahun ‘berehat’ Erina kembali belajar menunggang kuda bermula April tahun ini di Pangkalan Udara Sungai Besi, dengan tunjuk ajar daripada Sarjan Marshal Ajail, penunggang kuda tentera yang mahir.

“Mula-mula agak janggal memandangkan sudah lama tak menunggang kuda. Badan pun semua terasa sakit.

“Bagaimanapun, selepas beberapa kelas latihan, semuanya bertambah baik dan menjadi mudah untuk mengikuti latihan”, katanya.

Hanya selepas Marshal yakin dengan kemahiran Erina menunggang kuda, barulah beliau diperkenalkan dengan asas memanah berkuda.

“Selepas saya menunjukkan kemampuan mengimbang badan dengan baik sambil menunggang kuda, barulah beliau (Marshal) mula melatih saya cara-cara menggabungkan kemahiran memanah dengan menunggang kuda.

“Saya berlatih sekurang-kurangnya dua kali seminggu, dengan setiap sesi berlangsung kira-kira sejam”, katanya.

Selepas menimba kemahiran memanah, Erina berlatih sendiri di rumah sementara mengikuti kelas latihan menunggang kuda di pangkalan tentera udara itu.

“Saya berlatih memanah tiga hingga empat kali seminggu, dengan memberi tumpuan kepada ‘memanah pantas’ (teknik melepaskan beberapa anak panah secara berturut-turut) kerana kepantasan adalah perkara penting dalam memanah berkuda”, katanya.

Erina adalah wakil peserta wanita tunggal Malaysia pada kejohanan itu dan seorang daripada lapan peserta yang mewakili negara.

Marshal yang turut mengambil bahagian memuji persembahan cemerlang yang ditunjukkan oleh anak didiknya itu.

“Bagi seorang penunggang kuda yang baru menceburi bidang memanah berkuda, Erina menunjukkan persembahan yang amat baik yang boleh mencabar kemampuan peserta antarabangsa.

“Saya mengambil masa dua bulan untuk melatih Erina. Beliau ada kemahiran asas menunggang kuda dan ini menjadikan tugas saya lebih mudah”, katanya kepada Bernama.

SOKONGAN KELUARGA

Erina, anak sulung daripada empat beradik dan anak perempuan tunggal berkata beliau amat bertuah kerana keluarganya memberi banyak sokongan.

“Bila saya menyatakan hasrat untuk menceburi bidang memanah berkuda, ibu bapa saya memanglah berasa amat bimbang. Alhamdulillah, mereka sudah boleh menerimanya sekarang.

“Memandangkan saya pernah terlibat dalam sukan menunggang kuda, ibu bapa saya sudah tahu apa yang akan berlaku, malah mereka semakin berminat dengan bidang ini.

“Ayah saya, yang berusia 50 tahun, juga mula mengambil kelas memanah sejak bulan Januari tahun ini”, katanya.

PUTERI PAHLAWAN

Orang yang bertanggungjawab kepada penganjuran kejohanan ini di Malaysia, Sheikh Fuad Sheikh Mahmud bercakap dengan penuh bangga akan persembahan Erina pada kejohanan itu.

“Erina membuat persembahan yang hebat di sebalik hanya mempunyai setahun pengalaman dalam bidang memanah. Saya amat bangga dengan beliau dan mahu menobatkan beliau sebagai Adruja kami”, katanya.

Adruja Wijayamala Singa adalah puteri pahlawan Melayu yang hidup pada kurun ke-14. Puteri ini memimpin sepasukan pemanah lelaki dan wanita menentang tentera Siam.

Puteri ini juga dikenali sebagai Che Siti Wan Kembang yang pertama. Kisah puteri pahlawan ini ada disebut dalam catatan pengembaraan Ibnu Battuta.

Sheikh Fuad, yang turut berbakat dalam memanah berkuda, juga presiden Persatuan Memanah Berkuda Adruja dan pengasas program Learning Archery through Play (LEAP). LEAP adalah program memanah tradisional formal di Malaysia. Kedua-dua persatuan dan program itulah yang mempelopori usaha memperkasa memanah berkuda di Malaysia.

Sumber Bernama/Vocket/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Aksi Pemanah Berkuda Wanita Melayu Ini Buktikan Jantina Bukan Penghalang, Dikenali Di Mata Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*