Akhirnya Terjadi, Semua Anggota Kabinet Telah Menghantar Surat Peletakan Jawatan Kepada Yang Di-Pertuan Agong

‘Mesyuarat Kabinet terakhir PN selesai’

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd. Khairuddin Aman Razali dalam catatannya di Facebook menyebut mesyuarat kabinet terakhir kerajaan Perikatan Nasional selesai pagi ini.

“Alhamdulillah. Selesai mesyuarat kabinet terakhir kerajaan Perikatan Nasional pagi ini. YAB Perdana Menteri akan bergerak untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.

“ Tawakal kepada Allah selepas bertekad seusai mesyuarat,” tulisnya.

Khairuddin sahkan dua jam disoal siasat | Astro Awani

Muhyiddin tinggalkan istana selepas menghadap Agong kira-kira 40 minit.

Malaysian Prime Minister Muhyiddin Yassin set to resign after losing majority - ABC News

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa melalui catatan di Facebooknya memohon maaf atas segala kesilapan, kelemahan dan kekurangannya sepanjang berkhidmat.

“Kita kekal tenang dan berlapang dada. Semua keputusan secara bersama. Yang penting kita sentiasa menghormati dan mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara. Asas pertimbangan paling utama adalah kesejahteraan rakyat. Kepada rakyat kita berkhidmat hingga ke garis penamat.

“Saya insan biasa yang tentunya tidak sunyi dari kesilapan. Oleh itu saya memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan, kelemahan dan kekurangan saya selama berkhidmat,” katanya yang turut hadir dalam mesyuarat kabinet, hari ini.

‘Terima kasih atas khidmat anda’ – Wan Fayhsal

Anggota kabinet telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perkara itu diumumkan menteri Umno Khairy Jamaluddin di media sosial sebentar tadi.

On track to have 50% of adults vaccinated this month | Free Malaysia Today (FMT)

“Terima kasih atas peluang untuk, sekali lagi, berkhidmat untuk negara.

“Semoga Allah merahmati Malaysia,” tulis Khairy.

Bagaimanapun, setakat ini, masih belum ada sebarang makluman daripada Istana Negara atau ketua setiausaha kerajaan.

Terdahulu..

Pejabat TPM Ismail Sabri pula mulai kosong buat ramai tertanya-tanya

Beberapa pegawai menteri sudah mula mengemaskan barang-barang dan mengosongkan pejabat masing-masing pada Sabtu.

Difahamkan, ada yang sudah berbuat demikian sejak UMNO mengumumkan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Seorang pegawai menteri berkata, beliau sudah mengemas barang-barang sejak kemelut politik melanda negara beberapa minggu lalu.

“Sebelum UMNO tarik sokongan lagi saya sudah kemas barang-barang dan hanya tinggal sedikit di pejabat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Sementara itu, seorang lagi pegawai ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp berkata, beliau juga sedang mengemas pejabat, namun tidak mengulas lanjut.

Menurutnya, cadangan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik Covid-19 dengan sokongan bipartisan di Parlimen.

Pada masa sama, ia bagi mengelakkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik berterusan dan tidak diselesaikan segera.

Dalam pada yang sama, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia sekiranya ada kekurangan sepanjang berkhidmat sejak 10 Mac tahun lalu.

“Saya mengambil peluang di sini untuk memohon maaf kepada sesiapa yang ada pengalaman buruk dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dilancarkan kerajaan.

“Namun saya berjanji akan terus lagi belajar, menambah baik dan berjuang untuk keadaan lebih sempurna selepas ini,” kata Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi menerusi hantaran itu.

Nada agak sayu beliau yang juga Menteri Penyelaras PICK ketika berucap itu menimbulkan spekulasi adakah ini adalah hari terakhir Khairy, 45, bertugas secara rasmi sebagai menteri.

Sumber Mskini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Akhirnya Terjadi, Semua Anggota Kabinet Telah Menghantar Surat Peletakan Jawatan Kepada Yang Di-Pertuan Agong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*