Baru tadi Muhyiddin Yassin umum letak jawatan, sekali Najib Razak up status ini raih 80k likes tak sampai sejam

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan Istana Negara, susulan peletakan jawatan ini, Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Katanya, ini selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Seri Paduka Baginda hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada Isnin.

Muhyiddin yang dilantik sebagai Perdana Menteri Caretaker oleh Yang di-Pertuan Agong berkata, beliau dan barisan menteri Kabinetnya telah cuba berusaha melakukan yang terbaik dalam usaha menyelamat dan melindungi nyawa rakyat berikutan jangkitan COVID-19.

Malaysia's Muhyiddin quits as PM, agrees to caretaker role

” Saya ingin ambil kesempatan ingin memohon keampunan daripada saudara saudari segala kekhilafan dan kelemahan saya sepanjang jadi Perdana Menteri.

” Saya dan rakan-rakan jemaah menteri telah cuba melakukan terbaik untuk mneyelamatkan nyawa dan melindungi saudara saudari sekelian dalam tempoh krisis masih kita hadapi pada masa ini.

” Namun, sebagai manusia seperti biasa pastinya ada salah silap di sana sini, jadi saya mohon ribuan ampun dan maaf,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di semua stesen televisyen hari ini.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengesahkan barisan Jemaah Kabinet telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Khairy memaklumkan perkara tersebut menerusi kemas kini di Instagram Story peribadinya sebentar tadi.

Beliau dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk berkhidmat kepada negara.

“Semoga Allah merahmati Malaysia,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Muhyiddin ucap terima kasih

Sementara itu,Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak sepanjang beliau mengemudi kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri berkata, ucapan jutaan terima kasih itu ditujukan kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus siang dan malam untuk memerangi pandemik COVID-19.

” Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua penjawat awam yang beri kerjasama sepenuhnya dalam melaksanakan dasar yang diputuskan kerajaan PN.

” Saya berharap segala dasar yang baik untuk rakyat dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung hari ini.

Najib muat naik status

Sementara itu, dalam perkembangan lain, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik satu status di Facebook beliau.

Meskipun tidak mengaitkan atau merujuk kepada perletakan Muhyiddin sebagai perdana menteri, namun status itu menarik perhatian luar biasa warganet.

Ini kerana dalam masa kurang satu jam, status itu meraih lebih 70k ‘like’, 20k komen dan 1k ‘shares’.

” Hujan mencurah ke bumi.
” Selepas hujan, pasti ada pelangi menanti.
” Selepas kegelapan, pasti ada sinar menerangi.
” Selepas derita, pasti ada kebahagiaan.
” Semoga Allah SWT merahmati Malaysia dan rakyat semua.

” InsyaAllah…” tulis Najib.

Status Najib itu mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Ada yang berharap Najib kembali sebagai PM interim, malah tidak kurang yang berharap sebaliknya.

” Yang pastinya Dato ibarat awan mendung berserta guruh dilangit. Bukan pelangi ye…” komen seorang individu yang seakan tidak berpihak kepada Najib.

” Kami mahu Bossku! DS Najib Razak menjadi Perdana Menteri Interim!! Sila pertimbangkan permohonan saya DS!! We Love U!!” komen seorang lagi sebagai tanda setuju Najib kembali menjadi PM.

Sumber:bharian, astr0 awani dan FB Najib via lawak siot

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*