Shuib Mohon Padam Gambar, Video Arwah Isteri Tak Tutup Aurat, Jgn Berlebihan Kongsi Kebaikan Arwah

Kuala Lumpur: Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu memohon jasa baik orang ramai untuk tidak memuat naik foto atau video berkaitan Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang tidak menutup aurat di media sosial.

Menerusi hantaran terkini dimuat naik di Instagramnya, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad turut meminta kerjasama daripada semua agar tidak lagi berkongsi hal kebaikan yang pernah dilakukan arwah isteri kesayangannya secara berlebih-lebihan.

“Assalammualaikum semua, saya ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang mendoakan Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, bidadari syurga saya.

“Tapi saya ada permintaan, di mana saya mohon pada semua untuk tidak mengeluarkan lagi gambar atau video arwah yang tidak menutup auratnya dengan sempurna.

“Saya juga mohon pada yang termuat naik di media sosial untuk keluarkan kembali video atau gambar tersebut. Dan saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarhamah secara berlebih lebihan,” tulisnya.

SHUIB

Foto kenangan Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah dan tiga anak mereka.

Pada masa sama, bapa kepada empat cahaya mata ini turut berkongsi adalah lebih baik untuk bersederhana dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. InsyaAllah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah SWT,” tulisnya lagi.

Pada 9 Ogos lalu, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, akibat Covid-19.

Jenazah Siti Sarah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Pasangan Shuib dan Siti Sarah bernikah pada Februari 2011 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu secara pembedahan.

“Kematian Tak Mengakhiri Cinta” – Shuib Kongsi Video Nyanyian Terakhir Siti Sarah, Lirik Lagu Agnes Monica Seolah-Olah Bagi ‘Hint’

MASIH bersedih dan rasa kehilangan, pelawak Shuib Sepahtu memuat naik sebuah video nyanyian terakhir isterinya Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di saluran YouTube awal pagi Jumaat.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu, arwah sambil bertelekung menyanyikan lagu berjudul Tanpa Kekasihku yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

Seperti biasa, Allahyarham menyanyikan lagu berkenaan dengan penuh emosi.

“Lagu terakhir nyanyian bidadari ku, 28 Julai 2021,” tulis Shuib mengiringi perkongsian berkenaan.

Sehingga kini video yang dimuat naik kira-kira pukul 2 pagi Jumaat itu menerima lebih 100,000 tontonan dan 1,000 komen.

Rata-rata netizen turut tersentuh dengan nyanyian arwah apabila lirik lagu tersebut seolah-olah ditujukan buat suaminya.

“Biar semua tahu kematian tak mengakhiri cinta”

“Apalah erti hidup tanpa kekasihku. Percuma ku ada di sini”

“Pukul 2 pagi abang Shuib post video ni. Walaupun tak berada di tempat abang Shuib tapi saya faham jauh di sudut hatinya sakit.

“Semoga abang Shuib dan keluarga diberikan ketabahan untuk menghadapi ujian ini. Sesungguhnya… Allah rindu,” ujar seorang netizen.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Lagu terakhir nyanyian bidadari ku, 28 Julai 2021

Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu iaitu hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.
Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada pukul 5 petang.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Mahu berehat pada Ogos petanda Siti Sarah ‘berehat’ selama-lamanya

“Pada hari dia dibawa ke hospital, arwah minta saya pindahkan semua wang dalam akaun peribadinya ke akaun bank saya,” kata ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34.

Siti Fatimah atau mesra disapa Makde berkata, Allahyarham memberi bayangan akan meninggalkan keluarga buat selama-lamanya, namun ia hanya disedari selepas pemergiannya, Isnin lalu.

Siti Fatimah berkata, pada awalnya dia tertanya-tanya mengapa Siti Sarah memintanya berbuat demikian.

“Ketika menunggu ketibaan ambulans datang ke rumah untuk membawanya ke hospital, dia hantar mesej kepada saya dan minta saya berbuat demikian.

“Saya tanya untuk apa transaksi ini, dia maklumkan dia akan ke hospital untuk menerima rawatan. Namun, ketika sedang sakit dan sebelum ditidurkan, dia minta saya untuk sedekahkan wang RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu.

“Dia juga bertanya adakah jumlah itu mencukupi, kemudian saya beritahu terpulang. Alhamdulillah saya sudah tunaikan amanah yang dia beri untuk saya sedekah kepada insan yang memerlukan,” katanya.

Menurut Siti Fatimah, Siti Sarah juga pernah memberitahunya dia mahu berehat pada bulan Ogos.

“Arwah juga ada beritahu mahu mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu. Ini kerana dia mahu berehat pada Ogos. Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat.

“Tak sangka ‘rehat’ yang dimaksudkan membawa petanda arwah berehat selama-lamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Fatimah yang juga rakan kongsi perniagaan menerusi syarikat Ratasya Empire Sdn Bhd yang beroperasi di Puchong, Selangor berkata, dia terkejut dengan sambutan luar biasa dan peningkatan jualan perniagaan diusahakan sejak beberapa hari ini.

“Alhamdulillah peningkatan jualan sangat mengejutkan saya dan kakitangan. Bayangkan, ada ejen tidak aktif kembali rancak menambah produk selepas mendapat permintaan tinggi.

“Paling laris ialah jubah yang dipakai arwah. Kami ada menambah keluaran pada Aidiladha lalu dan permintaan sangat menakjubkan.

“Ada juga ejen memaklumkan yang mereka mahu membeli jubah kerana mahu dijadikan kenangan dan mengikut jejak arwah suka bersedekah,” katanya.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.

Sumber Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*