Luahan Dato Aliff Syukri Selepas Mendapat Berita Adik Wani Sudah Tiada, Ini Yang Dato Aliff Minta




Wani Comel meninggal dunia di rumah akibat Covid-19

SELEPAS lima hari disahkan positif Covid-19, gadis obesiti yang dikenali sebagai Wani Comel meninggal dunia kira-kira pukul 9 malam, Rabu.

Lebih memilukan apabila Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira menghembuskan nafas terakhir selepas pemergian rakan baiknya iaitu Putri Nur Rabiatul Nabihah, juga akibat Covid-19.

Menurut penjaga kepada arwah Wani iaitu Muhammad Shah Rovinderjit, Wani dijangkiti wabak itu selepas sehari menerima suntikan vaksin dos kedua pada 13 Ogos lalu.

Manakala Nabihah pula disahkan positif selepas empat hari menerima suntikan vaksin dos kedua pada 8 Ogos lalu.

“Wani meninggal dunia di rumah sekitar pukul 9 malam, semalam (Rabu) manakala Bihah meninggal di Hospital Putrajaya pukul 4 petang hari yang sama.

Salam takziah. Kedua-dua arwah memang baik orangnya. Anju memang sayang dua insan ini, hormat orang dan berbudi bahasa. I love you both and will always pray for both of you my adik-adik.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan salam takziah buat keluarga Wani Comel dan Putri Rabiatul Nabiha.

Mereka mendoakan agar kedua-dua arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Reaksi Orang Ramai

Allahuakbar…lama sungguh x tgk perkembangan wani…tau2 pg ni ternampak post ni dah mening.gal sbb c0vid19.. innalillahiwainnalillahirojiun Al-Fatihah dan salam takziah… Allahuakbar.

Innalilahiwainnailahirojiun. Semoga Allah mengampunkan d.osanya, menerima semua amalannya & menempatkan beliau bersama org beriman.

Salam takziah..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh…Aamin.

Luahan Hati Datuk Aliff

“Semua kenangan sedih, cukuplah di situ sahaja. Saya maafkan dia.” – Aliff Syukri

Pernah berdepan d.akwaan memani.pulasi dan memperguna Allahyarham Wani Comel, usahawan dan selebriti media sosial, Datuk Aliff Syukri bagaimanapun memaafkan dan mahu i.nsiden s.alah faham antara dia serta Allahyarham tidak diungkit lagi.

Bercakap kepada media, Aliff juga dengan rasa rendah diri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang menghe.mbuskan n.afas terakhirnya semalam a.kibat C0vid 19.

“Saya maafkan segala yang berlaku. Mungkin ada hikmah di sebalik i.nsiden tersebut. Semoga Allahyarham di tempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

“Saya juga mohon, apa yang berlaku antara kami biarlah sampai di situ sahaja. Tidak ada yang mengungkit dan memperbesar i.su itu lagi,” katanya.

Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira menin.ggal dunia semalam ekoran ja.ngkitan C0vid 19.

Allahyarham sebelum ini pernah mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas i.su berat badannya yang mencecah 300 kilogram (kg) tular di media sosial.

Dia selepas itu tampil membuat pendedahan dirinya dia.niaya dan dima.nipulasi seorang usahawan terkenal.

Sebelum ini melaporkan seorang gadis yang pernah tular sebelum ini kerana mengalami masalah berat badan mencecah hampir 300 kilogram (kg) tampil membuat pendedahan dan tuntutan terhadap seorang jutawan kosmetik atas tuduhan teraniaya dan dimanipulasi.

Gadis itu, Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Wani Comel, 23, mendakwa dirinya seperti ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.

Menurut Wani, dia telah didatangi seorang usahawan kosmetik sekitar Ogos tahun lalu untuk melantik dirinya sebagai duta sebuah produk pelangsingan badan tetapi perlu menjalani pembedahan pada bahagian perut terlebih dahulu

Kredit : Utusan/OM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*