Selepas beri keterangan, kenderaan polis dilihat masuk ke kediaman Ebit Lew

Setelah diminta hadir ke ibu pejabat Polis Bukit Aman hari ini, sebanyak 3 kenderaan polis dilihat memasuki kawasan kediaman pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Beberapa minit setelah kenderaan polis kelihatan pada jam 4.15 petang tadi, sebuah pacuan empat roda dengan logo badan kebajikan milik pendakwah tersebut dilihat memasuki kawasan perumahan yang sama.

Polis siasat kes gangguan seksual

Menjadi buah mulut netizen, kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit Lew menjadi punca siasatan tersebut dijalankan.

Kira-kira hampir sejam kemudian, kenderaan polis dilihat meninggalkan kawasan kediaman tersebut pada jam 5.13 petang.

Hari ini, Ustaz Ebit Lew telah dipanggil untuk membantu siasatan berkaitan kes gangguan seksual, namun setelah keterangan diberi, pendakwah tersebut menjelaskan dia dipanggil sebagai saksi untuk melancarkan siasatan berkaitan kes itu.

Tidak cepat melatah, dia bagaimanapun menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu fitnah yang kejam dan melampau kepada dirinya.

“Saya maafkan sesiapa saja yang menjadi fitnah”

Selepas keterangan diambil, Ebit Lew sempat menyatakan bahawa dia telah memaafkan individu yang cuba mendatangkan fitnah kepadanya.

Menurut pihak polis, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran yang boleh menganggu siasatan kes ini.

EBIT LEW RUPANYA PENDAKWAH TERKENAL YANG DIPANGGIL BUKIT AMAN. INI KATA KATA EBIT LEW SELEPAS SELESAI BERJUMPA POLIS

Pendakwah terkenal, Ebit Lew selesai memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan sek.sual di Bukit Aman di sini sebentar tadi.

Beliau dilihat keluar dari pintu utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu pada pukul 2 petang.

Menurut beliau, rakaman percakapan itu mengambil masa satu jam.

“Saya dipanggil untuk membantu siasatan dan menjadi saksi bagi pertuduhan yang dilemparkan terhadap saya.

“Saya serahkan kepada polis untuk siasatan. Ini satu fitnah yang sangat kejam dan melampau,” ujarnya kepada pemberita di lokasi sebentar tadi.

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jena.yah Sek.sual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berkenaan kes fitnah yang melampau terhadap dirinya.

“Saya hadir memberi kerjasama sebagai saksi kepada kes ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

“Fitnah yang saya terima ini begitu kej4m dan melampau namun saya maafkan mereka yang cuba menjatuhkan saya.

“Apa yang jadi tidak mematahkan semangat untuk teruskan usaha untuk membantu dan membuat kebaikan sampai bila-bila, sampai m44i,” katanya disini hari ini.

Ebit Lew dipanggil di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberi kerjasama sebagai saksi berkenaan dakwaan gangguan sek.sual.

Sumber: Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil/Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*