Siti Nordiana Pula Didakwa Buat Dakwaan Palsu, Peguam Defendan Tampil Dedahkan Apa Yang Terjadi




TINDAKAN saman penyanyi Siti Nordiana terhadap rakan-rakannya disifatkan sebagai satu bentuk ancaman dan ugutan undang-undang.

Menurut Peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili dua defendan iaitu Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Razidah Ahmad Senusi atau Aida G, segala dakwaan yang dibuat menerusi saman yang dikemukakan penyanyi tersebut adalah tidak tepat

“Kedua-dua anak guam menafikan segala dakwaan yang dikemukakan oleh pihak plaintif. Dakwaan yang diperihalkan oleh pihak plaintif adalah tidak tepat.

PEGUAM SAM 1

Hafidza mewakili Sam dan Aida G manakala Alan Razak peguam kepada Lan Solo serta isteri dan Syura.

“Anak guam berpendapat bahawa semua dakwaan yang telah dinyatakan adalah palsu dan percaya bahawa saman ini adalah satu bentuk ancaman dan ugutan undang-undang ke atas mereka,” katanya.

Nurul Hafidzah yang juga peguam utama bagi kes tersebut berkongsi perkara itu menerusi kenyataan rasmi yang diberikan kepada mStar pada Khamis.

Tambah Nurul Hafidzah, anak guamnya tidak membuat sebarang kenyataan atau percakapan dengan niat jahat terhadap Siti Nordiana dan beranggapan saman yang dibuat oleh plaintif tidak memenuhi standard undang-undang bagi kes saman fitnah.

“Anak-anak guam menyangkal dakwaan yang mereka memfitnah plaintif dan pihak plaintif tidak berhak menuntut sebarang pampasan atau ganti rugi ke atas mereka,” katanya.

Dakwaan yang diperihalkan oleh pihak plaintif adalah tidak tepat.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, pasukan pembelaan bagi kes saman fitnah yang difailkan Siti Nordiana berpendapat pihaknya mampu mengemukakan pernyataan pembelaan yang baik berhubung kes berkenaan.

Bagaimanapun menurut Nurul Hafidzah masih terlalu awal untuk pihaknya mengulas lanjut tentang hal berkenaan.

Tiga lagi defendan iaitu penyanyi Syura Badron, Lan Solo serta isterinya Sheila Hassim diwakili peguam Alan Razak dan Muhammad Hafiz Hood.

Semua defendan sudah memfailkan memorandum kehadiran di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa.

PEGUAM SAM 2

Persahabatan antara Lan, Nana dan Syura berakhir disebabkan kemelut yang berlaku.

Sebelum ini mStar melaporkan, kemungkinan kedua-dua pihak peguam akan berbincang untuk mengadakan mediasi di luar mahkamah selepas proses memfailkan kesemua penyataan.

Kelima-lima defendan terbabit dituntut membuat permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 setiap seorang.

Selain itu, Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi penyataan tuntutan tersebut.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Peguam Syura, Lan Solo & Isteri Mahu Bincang Selesai Luar Mahkamah Kes Saman Siti Nordiana

Minggu lalu kemelut antara Siti Nordiana bersama Lan Solo, Syura Badron serta tiga lagi individu memasuki episod baru apabila Nana menuntut permohonan maaf menerusi media serta membayar RM500,000 setiap seorang.

Terbaru, lima sekawan tersebut kini menggunakan khidmat guaman berbeza dimana Syura, Lan Solo dan isterinya, Sheila Hassim diwakili peguam sama iaitu Muhmmad Hafiz dan Alan Razak.

Sementara itu, dua lagi individu iaitu Aida G dan jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin, masih tidak diketahui siapa peguam yang akan mewakili mereka.

Menurut Hafiz, mereka sudah pun memfailakn memorandum kehadiran di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Isnin lalu dan dalam proses melengkapkan penyataan pembelaan terhadap tuntutan Siti Nordiana.

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu kemungkinan kedua-dua pihak peguam akan berbincang untuk mediasi di luar mahkamah selepas proses memfailkan kesemua penyataan.

“Buat masa sekarang, tiada perkembangan lain yang boleh dikongsikan. Bila kami dah selesai failkan penyataan pembelaan, barulah kami akan maklumkan apa intipati penyataan tersebut.

“Mungkin pihak kami dan peguam yang mewakili Nana akan berbincang mengenai kebarangkalian untuk mediasi di luar mahkamah selepas pihak Nana memberia jawapan kepada penyataan pembelaan,” katanya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*