Luahan Dafi Setelah Bapa Beliau Dilantik Jadi PM Ke 9




Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.

Penyanyi dan pelakon Dafi melahirkan rasa syukur dan bangga dengan pelantikan bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Pedana Menteri kesembilan hari ini.

Menurut Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail, 33, dia percaya bahawa bapanya mampu melunaskan tanggungjawab untuk tanah air tercinta yang telah diamanahkan.

“Sebagai anak, sudah pastinya saya tumpang gembira dengan pelantikan papa (panggilan untuk Ismail). Kami sekeluarga sangat bangga dengan pencapaiannya.

“Jawatan ini bileh dikirakan sebagai kemuncak kerjayanya. Perdana Menteri merupakan tanggungjawab yang besar dan saya percaya dia mampu melakukannya dengan baik,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu juga berharap bapanya akan terus kuat dalam menghadapi segala onak duri yang bakal dilalui sepanjang bergelar Perdana Menteri.

“Saya doakan papa terus kuat. Kecaman mahupun kata-kata negatif merupakan asam garam kerjayanya terutama dalam bidang politik.

“Insya-Allah saya yakin dia akan lakukan terbaik untuk negara dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang telah diberikan,” ujarnya. – K! ONLINE

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Semalam nama Dafi mencatat sohot kini dalam Twitter apabila nama Ismail Sabrie disebut sebagai Perdana Menteri susukan mendapat undian majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

Selain nama Dafi, gelaran ‘Bapak Dafi’ yang diberikan kepada Ismail juga antara perkataan yang banyak diciap oleh pengguna Twltter.

‘Ismail Sabri perlu elak ‘copy paste’

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengelak ‘copy and paste’ (salin dan tampal) dasar kerajaan lama, sebaliknya melakukan perubahan sekiranya dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata jika bekas Timbalan Perdana Menteri itu masih mengekalkan pendekatan kerajaan Perikatan Nasional (PN), maka tidak perlulah gesaan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan Perdana Menteri.

Beliau berkata Ismail Sabri perlu menunjukkan beliau mempunyai kewibawaan dan kepakaran menterjemahkan sesuatu yang baharu menerusi Jemaah Menteri yang akan dipimpinnya nanti.

“Ismail Sabri harus mengambil pendekatan luar kotak dan tidak akan ‘copy and paste’, sebaliknya kena ada perubahan yang beliau sendiri lakukan. Perdana Menteri dan Kabinet baharu kena ada perubahan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong mengenai Akuan Bersumpah di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. - NSTP/Aizuddin Saad

“Kalau dulu beliau ada perkara tak boleh buat untuk seimbangkan antara ekonomi dan kesihatan kerana pernah cuba untuk tutup pintu depan tetapi ada pihak cuba membuka pintu belakang.

“Perdana Menteri baharu mesti tangani isu sekarang lebih baik daripada kerajaan dahulu. Selain kesihatan, isu ekonomi yang mana pelabur dari negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang ada banyak kilang di sini risau dengan ketidaktentuan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) serta pendekatan tangani COVID-19,” katanya kepada BH hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Atory yang juga bekas Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), berharap Ismail Sabri tidak dibayangi kepemimpinan terdahulu atau perlu mengelak dijadikan ‘boneka’ kepemimpinan tertinggi parti supaya dapat menonjolkan kredibiliti demi meraih kepercayaan rakyat.

Mengakui pendekatan Ismail Sabri kemungkinan sedikit sebanyak akan dipengaruhi ‘warlord’ dalam parti, Ahmad Atory menyifatkan ia perkara yang tidak dapat dielakkan bagi orang politik.

“Pemimpin politik dari bawah sampai atas ada ‘tauke’ kerana mereka ini berada di bawah naungan politik atau patron. Saya nampak perkara itu tidak dapat kita elakkan. Ia umpama semacam fitrah pemimpin itu yang kebanyakan memang dipengaruhi oleh ‘tauke’ masing-masing. Bukan UMNO sahaja malah DAP serta semua parti.

“Apa boleh Ismail Sabri buat adalah beliau kena pandai menepis seolah-olah tengah bersilat pulut. Nak elak 100 peratus tak boleh. Beliau kena pintar dalam bermain persilatan politik,” katanya.

Mengenai Kabinet baharu, Ahmad Atory berpendapat tidak perlu lagi jawatan Menteri Kanan, memadai dengan Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, keutamaan harus diberikan kepada pelantikan menteri penting bagi membantu urusan kerajaan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

“Untuk membabitkan pembangkang atau bekas Perdana Menteri, mungkin boleh lantik mereka untuk menganggotai Majlis Penasihat Kerajaan untuk membantu memulihkan negara.

“Tidak perlu lagi melantik Menteri Mentor bertaraf Menteri Kanan atau melantik beberapa Menteri Kanan, cukup dengan jawatan penting dulu,” katanya.

Sumber Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*