Pernah Disangka Peminta Sedekah, Bapa 2 Anak Ini Tak Malu Jaja Kuih Dari Rumah Ke Rumah

HENDAK seribu daya, tak nak seribu dalih.

Demi mencari rezeki halal, seorang lelaki sanggup menjual kuih dari rumah ke rumah biarpun terpaksa berpanas di bawah cahaya matahari.

Menerusi perkongsian bebenang yang dibuat oleh Mohd Ikmal Shah Fazli, 30, di Twitter, yang menganggap rakannya itu seorang yang tidak pernah berputus asa dalam pekerjaan kerana telah melakukan pelbagai kerja termasuk tenaga pengajar program motivasi hingga aktiviti perniagaan pelbagai peringkat (MLM).

Perkongsian itu meraih hampir 3,000 ulang kicau di platfom tersebut.

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Amirul Fatin Abd Razak, 30, mula menjual kuih sejak di bangku sekolah lagi.

Dia kemudiannya mula menjaja dari rumah ke rumah pada tahun 2018 dan seterusnya dibantu oleh adik dan beberapa rakannya.

“Saya jual kuih sejak di sekolah menengah lagi, waktu tu rasanya dalam tingkatan empat atau lima. Ikut orang pergi berniaga kuih dari rumah ke rumah di beberapa kawasan seperti Shah Alam dan Bangi.

“Saya pilih untuk jual kuih ni sebab semua orang makan dan ia membantu untuk dapat fast cash. Kita pun memudahkan orang sebab mereka tak perlu keluar ke kedai, tinggal goreng dan hidang je.

IMG_6535

Amirul mula menjual kuih dari rumah ke rumah sejak tahun 2018.

“Pada tahun 2018 dulu saya seorang je yang jual dari rumah ke rumah, lepas tu adik dan beberapa kawan dia pun turut serta. Kami akan menjual di setiap kawasan itu selama dua minggu hingga sebulan.

“Buat masa ni penjualan kuih dilakukan di beberapa kawasan perumahan yang terletak di Kuala Selangor, Puncak Alam, Rawang, Klang,” katanya yang menetap di Kuala Selangor, Selangor.
Menurut pemuda yang mesra disapa Amirul, dia menguruskan perniagaan ini sepenuh masa bersama isterinya Nabielah Ramlan, 30, yang membantu untuk mengambil pesanan di Facebook.

Kuih-muih yang enak itu dihasilkan oleh penduduk kampung di Sabak Bernam dan Aimirul membantu mereka memasarkannya.

“Kuih-kuih ni semua saya ambil daripada makcik-makcik di kawasan pedalaman di Sabak Bernam. Tapi pasaran mereka tak besar sebab kuih tersebut cuma dijual dalam kawasan berdekatan sahaja.

“Saya tolong mereka jual memandangkan kita yang muda ni masih ada kederat dan tahu cara nak pasarkan kuih ini kepada orang ramai. Jadi saya keluar menjual kuih, isteri pula tolong promote dan ambil pesanan di Facebook.

“Selain daripada jual dari rumah ke rumah, kalau ada sebarang event pun kami akan minta izin pihak penganjur untuk menjual di situ.

Lama-lama dah biasa dah, tak kisah pun orang nak kata apa.

“Antara kuih frozen yang saya jual ialah karipap, popiah otak-otak, cucur badak dan pelbagai lagi kuih Melayu,” ujarnya yang merupakan anak sulung daripada enam beradik.
Bapa kepada dua cahaya mata ini sudah lali dengan kerenah manusia apabila dia menjual kuih dari rumah ke rumah.

Namun satu peristiwa yang tidak dapat dilupakannya apabila ada yang menganggap dia peminta sedekah.

“Sekarang ni nak mintak kerja pun susah. Kalau saya duduk sahaja dan tak buat apa-apa pun duit tak akan datang bergolek.

“Paling saya ingat sekali ialah pernah waktu tu beri salam di sebuah rumah anak tuan rumah cakap ‘mak,ada orang datang minta sedekah’.

“Waktu tu rasa agak down lah, tapi saya cakap dalam hati ‘suatu hari nanti aku akan jadi lebih berjaya’ dan terus tinggalkan rumah tu.

IMG_6455

Antara kuih yang di jual ialah karipap, popiah otak-otak, cucur badak dan pelbagai lagi kuih Melayu

“Pernah juga saya beri salam tetapi anjing yang jawab. Kadang-kadang kita pun tak tahu siapa yang duduk di dalam rumah tu sama ada Islam atau tidak.
“Macam-macam benda saya lalui sepanjang menjual kuih dari rumah ke rumah. Lama-lama dah biasa dah, tak kisah pun orang nak kata apa,” katanya.

Amirul turut berpesan kepada orang ramai agar sentiasa berusaha untuk mencapai impian, tak kiralah kalau kena berpanas sekali pun, kerana setiap usaha yang dilakukan itu pasti akan mendatangkan hasil yang berbaloi.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Pernah Disangka Peminta Sedekah, Bapa 2 Anak Ini Tak Malu Jaja Kuih Dari Rumah Ke Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*