Ismail Sabri Sempat Singgah Rumah Mantan PM, Ini Kata-Kata Muhyiddin Yassin Pada Ismail Sabri

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat s.umpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara sebentar tadi.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat S.umpah Jawatan dan Setia serta S.umpah Simpan R.ahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, pada jam 2.30 petang.

Ismail Sabri kemudian menandatangani dokumen-dokumen berkaitan sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebelum istiadat diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

Yang turut berangkat pada istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Antara pemimpin parti p.olitik yang hadir, bekas Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden U.MNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden P.AS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Selain itu, Presiden M.CA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Timbalan Presiden M.IC, Datuk Seri M Saravanan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden U.MNO memakai baju Melayu hitam lengkap bersamping hitam bersulam benang warna keemasan, diiringi isteri beliau, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin ke istiadat berkenaan.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia susulan peletakan jawatan Muhyiddin selepas Ahli P.arlimen Pagoh itu hilang majoriti sokongan Ahli P.arlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti p.olitik.

Pada 18 Ogos lalu, Istana Negara menerima pencalonan nama bakal Perdana Menteri daripada 220 Ahli Parlimen, masing-masing menerusi surat akuan (SD).

VIDEO

Mengikut SD berkenaan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat mencalonkan Ismail Sabri, sekali gus memperoleh jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk k.erajaan.

Susulan itu, Seri Paduka berkenan menerima menghadap 114 Ahli Parlimen kelmarin untuk mengesahkan kepercayaan mereka ke atas ahli Dewan Rakyat yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Ismail Sabri Singgah Rumah

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa beliau memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baharu dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, hari ini.

Sokongan itu dinyatakan Muhyiddin ketika menerima kunjungan Ismail Sabri di kediamannya, petang tadi.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri. Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya-Allah akan terus membantu K.erajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara.

“Saya mendoakan semoga YAB Datuk Seri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Sumber: BH | FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*