Persoal Kesetiaan Lelaki Kelantan, Bekas Pramugari Tak Kisah Teruk Dihentam – “Saya Memang Berani, Hati Kering”

SEKADAR bertanya, namun lain pula reaksi yang diterima.

Begitulah yang dialami wanita ini apabila soalan mengenai ‘kesetiaan’ lelaki Kelantan menerusi video di TikTok miliknya mengundang kemarahan segelintir individu.

Menurut Nur Shaliza Baharuddin atau lebih senang disapa Anje, video itu tidak ditujukan kepada sesiapa, sebaliknya ia dibuat secara umum sahaja.

“Video saya tak ada kena mengena dengan orang yang dah meninggal atau masih hidup. Ia sekadar content, tapi saya terkejut dapat banyak komen.

“Bila cakap mengenai negeri Kelantan, ada yang boleh terima dan ada yang tak boleh terima. Memang banyak kecaman. Ramai yang marah dengan statement itu.

“Saya cuma tanya. Jadi anda kena jawab, betul atau tidak. Ada juga yang maki saya. Saya cuma nak selitkan mesej, tak kira lelaki dari negeri mana pun, kalau boleh jangan beri harapan palsu pada wanita.

“Kalau pasangan dah setia, pastikan anda balas balik kesetiaan itu,” ujar wanita berusia 28 tahun itu.

anje3

Wanita ini menerima kecaman selepas video miliknya tular di TikTok.

Menurut Anje, dia bagaimanapun sudah lali dengan kecaman dan tidak kisah dengan sebarang kata-kata yang dilontarkan kepadanya.

Jelas wanita dari Pahang itu, setiap individu berhak meninggalkan komen, namun sebaiknya ia ditulis dalam bahasa sopan agar tidak melukai hati orang lain.

Tolong jangan tinggalkan komen maki hamun dan menghina. Boleh saja pesan baik-baik.

Video

“Saya memang jenis berani, tak kisah orang cakap apa. Saya tak pandang kiri kanan. Memang hati kering.

“Kita tak kira bangsa apa, kaya miskin, handsome, lawa atau tak lawa… tolong jangan tinggalkan komen maki hamun dan menghina. Boleh saja pesan baik-baik, kita pun faham,” ujarnya lagi.

Dedah Anje, dia sebenarnya mempunyai darah kacukan Kelantan memandangkan bapanya berasal dari negeri itu.

Kata Anje yang turut berkebolehan bertutur dalam dialek Kelantan, dia juga suka makanan dari negeri itu dan sering berkunjung ke sana sebelum pandemik Covid-19 melanda.

anje2

Bekas pramugari itu kini menguruskan bisnes sendiri yang diusahakan sejak 2019.

Mengenai dirinya, Anje yang juga graduan bidang Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka pernah bekerja sebagai pegawai bank selama setahun.

Dia kemudiannya menyertai sebuah syarikat penerbangan dan bekerja sebagai pramugari selama dua tahun.

Jelas Anje, dia kemudiannya meninggalkan kerjaya di awan biru dan memulakan bisnes kecantikan dan kesihatan pada Oktober 2019.

Imbasnya, dia menerima banyak reaksi kurang senang dan dianggap rugi kerana sanggup meninggalkan kerjaya demi memulakan bisnes sendiri.

anje1

Anje menerima segala komen dengan hati yang terbuka.

“Saya memang suka berniaga sejak dulu. Kalau cuti semester, saya kerja dengan orang. Pada masa sama, jadi ejen dan dropship produk. Masa jadi pramugari pun saya masih jual produk.

“Kemudian saya berhenti untuk fokus bisnes. Ramai sangat bagi tanggapan negatif. Mereka kata sebelum ini saya kerja glamour, makan gaji sedap… kenapa nak penat-penat buat bisnes?

“Tapi saya tak kisah, saya nak cuba sesuatu yang baharu. Alhamdulillah, walaupun terkesan dengan pandemik, tapi ia tetap berjalan seperti biasa.

“Masa kerja bank dulu saya dah mula menabung sikit-sikit. Kemudian masa kerja pramugari pun saya simpan duit sehingalah mampu keluarkan produk sendiri,” ujarnya lagi.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*