Tular 779 guru di negeri Johor tidak mahu ambil vaksin, rupanya ini alasan yang diberi selepas bertemu dengan TMJ

Seramai 396 daripada 779 guru di negeri Johor membuat keputusan untuk tidak mengambil vaksin COVID-19 disebabkan memiliki keraguan.

Sementara baki seramai 383 pula mengambil pendirian untuk menangguhkan pengambilan vaksinasi disebabkan menghadapi masalah alahan, hamil atau keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Menurut Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, alasan-alasan berkenaan dijelaskan oleh guru-guru berkenaan kepada baginda dalam pertemuan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini, pada Jumaat.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berjumpa dengan guru-guru yang belum menerima vaksinasi COVID-19. 

Tunku Ismail bertitah, sebilangan guru di negeri Johor juga telah bersetuju mendaftar untuk mengambil vaksin.

“Dalam perjumpaan ini juga, saya telah berkongsi info mengenai program vaksinasi di negeri Johor dan situasi terkini pandemik COVID-19 di negeri Johor.

“Saya berharap guru-guru ini sedar tanggungjawab mereka untuk sentiasa mengetengahkan pembangunan modal insan dengan menjadi teladan yang baik dan berharap mereka akan mengambil vaksin sebelum sekolah dibuka semula demi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat,” titah baginda dalam hantaran di akaun Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor.

Sebelum ini, pada hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, Mazlan Bujang berkata, seramai 779 guru di negeri ini enggan untuk menerima vaksin COVID-19.

Terdahulu..

779 guru di Johor rupanya menolak vaksin, sekali TMJ tampil dengan tindakan ini

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan kira-kira 779 guru yang menolak menerima vaksin C0vid.19, bagi mencari penyelesaian isu itu.

Tunku Ismail menerusi dua ciapan di akaun Twitter baginda hari ini bertitah, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

“Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Insya Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah,” titah baginda dalam ciapan berkenaan.

Tunku Mahkota Johor membuat ciapan berkenaan apabila seorang netizen berkongsi laporan berita Harian Metro berkenaan seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaksin C0vid.19.

Hari ini, Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang, ketika menjawab soalan tambahan pada Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14, dilaporkan memaklumkan kira-kira 779 guru di negeri ini menolak untuk menerima vaksin C0vid.19.

Mazlan dilaporkan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai kebaikan vaksin supaya golongan guru terbabit akan menerima vaksin.

779 guru di Johor tolak divaksin

Seramai 779 guru di negeri ini menolak untuk menerima vaksin C0vid.19. Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai kepentingan vaksin supaya golongan terbabit menerimanya.

“Kerajaan Johor akan memanggil 779 guru yang menolak vaksin itu secara individu untuk diberi penerangan supaya mereka faham kepentingan vaksin apatah lagi sesi persekolahan dijangka dibuka Oktober nanti.

“Sehingga 19 Ogos lalu, seramai 45,448 atau 96.26 peratus guru di Johor sudah menerima dos pertama vaksin C0vid.19.Berdasarkan statistik, seramai 23,746 guru sudah lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin.

“Bagi anggota kumpulan pelaksana (AKP) pula, seramai 6,539 atau 91.43 peratus sudah menerima dos pertama dan seramai 2,816 atau 39.37 peratus sudah lengkap kedua-dua dos.Bagi staf sokongan operasi pula, seramai 9,236 atau 71.49 peratus sudah menerima dos pertama dan seramai 7,030 atau 54.42 peratus lagi sudah lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Nor Hayati Bachok (Amanah- Maharani) berkenaan kadar vaksinasi guru di negeri ini pada Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14, hari ini.

Sementara itu, Mazlan berkata, JPNJ menyokong penuh kerjasama antara kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bagi memastikan program vaksinasi mencapai 100 peratus.Katanya, kerjasama itu membabitkan warga sekolah, ibu bapa dan penjaga ketika pembukaan sesi persekolahan nanti.

“Merujuk kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 15 Ogos 2021, sesi pembukaan sekolah secara berperingkat akan bermula pada 3 Oktober.Pemakluman awal akan dibuat sekiranya terdapat keperluan perubahan tarikh hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

 

Sumber: Astro Awani | HM online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tular 779 guru di negeri Johor tidak mahu ambil vaksin, rupanya ini alasan yang diberi selepas bertemu dengan TMJ"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*