Aku Antiv4ksin, Sampai Tahap Sanggup Balik Nak Halang Mak Abah Cucuk V4ksin. Masa Itu, Ibu Aku Ckp. Nanti Jgn Menyesal Klu Kami M4ti Sbb Cov1d. Tak Sangka Jadi Sesuatu

Foto sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Riz. Bekas pesakit C19. Saya tak ada kekuatan nak kongsi pengalaman di media social. Tapi apabila baca ada beratus guru yang enggan di v4ksin. Saya tergerak untuk kongsi pengalaman saya.

Pertama sekali saya tak kongsi di media social akaun saya sebab saya tak tahan dengan kritikan. Cukuplah saya di kritik dalam group whatsapp rakan rakan saya.

Saya tak salahkan mereka. Ini salah saya sendiri. Saya mohon maaf kepada petugas barisan hadapan iaitu KKM.

Dulu saya anti v4ksin. Segala info saya percaya. Sehinggakan rakan nasihat saya pun, saya tuduh mereka pengikut dajjal. Saya guna agama.

Apa sahaja mereka cakap dan bahas dengan saya, saya tak percaya. Saya percayakan doktor palsu yang tiada kelulusan kedoktoran pun. Bdohnya aku. Sangat bdoh.

Bukan itu sahaja, aku sendiri tak tahu macam mana aku terjebak percaya segala teori yang tak terbukti dari segi data dan sumber.

Lagi aku rasa bdoh, aku adalah seorang pekerja data analisis. Memang patut kawan aku kata ilmu aku tak berguna bila mana aku tak guna ilmu tersebut di tempat yang sepatutnya.

Data analisis boleh filtering info yang sahih dan tidak. Kenapa aku tak gunakan dahulu sebab aku percaya 100% dengan ketaksubkan anti v4ksin ni.

Aku kata v4ksin itu umpama suntikan haram. Kalah orang yang ahli dalam agama. Aku percaya golongan ini sehingga habis duit beli makanan sunnah.

Aku terlupa apa matlamat halal dan tohiyyiban. Aku lupa dalam tohiyyiban ada acara untuk makan dan kuantiti. Aku lupa redha Allah. Aku lupa maksud usaha dan tawakal pada Allah.

Aku tersasar jauh. Aku siap sebar lagi dakyah tak betul pasal C19 ni. Aku fitnah kakitangan KKM. Aku fitnah Mufti.

Aku fitnah orang terdekat aku yang ambil v4ksin, yang mengamalkan SOP dan sentiasa positif dengan saranan DG.

Paling teruk apa sahaja cakap ibu bapa aku berkenaan v4ksin dan C19, aku tak percaya. Umpama kena jampi, degil sehingga tertutup hati aku dengan bukti kebenaran.

Di pendekkan cerita, ibu bapa aku hubungi aku untuk hantar mereka ke pusat v4ksin. Aku marah mereka.

Aku mula jalankan operasi menyebaran v4ksin itu agenda yahudi. Aku siap ugut saudara aku yang nak bawa mereka ke pusat v4ksin.

Aku sanggup balik nak tahan mereka pergi. Sebelah taman sahaja antara rumah ibu bapa aku dan aku. Paling teruk isteri aku pun, aku tak kasi beliau v4ksin. Memandam rasa isteri aku tue.

Masa itu, ibu aku cakap. “Nanti jangan menyesal kalau kami mati sebab C19”. Masa itu kamu tahulah kebesaran Allah tue. Allah Maha Besar. Aku ego. Bdoh kan?

Muka aku masih tak malu, aku lawat mereka setiap minggu untuk pastikan mereka tidak keluar untuk curi curi cucuk v4ksin tue.

Tapi aku bekalkan mereka makanan sunnah habatusudda, madu dan kurma. Arghh bdoh. Ibu bapa aku tak sentuh pun.

Perasaan bersalah tak wujud dalam diri aku. Yang aku tahu anti v4ksin nie sentiasa betul. Pandangan ibu bapa aku salah.

Padahal mereka faham isi kandungan islam. Faham maksud kemasyarakatan. Faham maksud tanggungjawab dan diri sendiri. Faham maksud nyawa. Allah..Allah.. kenapa aku tak sedar masa ni.

Ye guys, tak sampai sebulan aku disahkan positif C19. Isteri aku pun turut positif. Allah aku bawa viirus nie pada ibu bapa aku dan saudara aku.

Saudara aku hanya gejala ringgan dan sembuh dengan sendiri. Ibu bapa aku di ICU dan meninggal dunia selang sehari. Aku masa tu stage 4. Isteri aku stage 2.

Isteri aku sebenarnya masa aku pergi melawat ibu bapa aku. Dia curi curi untuk v4ksin. Tak sangka. Walaupun mereka hanya satu dos tapi membantu juga untuk kurangkan risiko gejala C19 pada badan mereka. Itu semua Allah punya kerja.

Aku menyesal sangat. Aku ada terbaca satu komen.

Rakan beliau kehilangan kedua ibu bapa sebab dihalang untuk v4ksin dan beliau juga pembawa viirus tersebut. Akibatnya d3pression.

Pengalaman beliau tak jauh beza dengan aku. Sehingga ke hari ini aku memang menyesal.

Masa aku disahkan positif C19, yang bantu aku adalah rakan yang nasihatkan aku untuk v4ksin.

Tapi mana mereka yang beria dengan dakyah v4ksin agenda yahuudi ni. Diam saja. Mereka bye bye saja dekat aku.

Aku tak dapat cium ibu bapa aku. Aku tak dapat uruskan jnazah mereka. Sekarang aku pun terkandas di hospital ni. Aku perlukan bantuan 0ksigen. Tolonglah. Jangan jadi macam aku.

Reaksi Warganet

Masitah Mustapha –
Saya seorang guru KPLI yang berkelulusan dalam bidang Micr0bi0logy. Walaupun hanya mengajar sekolah rendah,bila tiba topik berkenaan Mikr0rganisma, saya selalu keluar tajuk.

Saya akan menasihati murid murid jangan jadi anti vksin kerana anda akan menyusahkan orang lain. Saya turut berkongsi berkenaan apa yang saya pelajari dulu agar sekurang kurangnyanya mereka memahami konsep asas vksin.

Sangat sedih bila orang orang yang jadi anti vksin ni menyebarkan dakyah dakyah songsang tentang vksin. Terlalu banyak ikut ikut orang secara melulu tanpa memahami apa yang terjadi dalam badan kita apabila mengambil vksin.

Harap harap dengan pemahaman awal tentang perkara ini membantu anak anak kita membuat pilihan yang tepat dimasa akan datang apabila diberi pilihan untuk mengambil vksin. Vksin adalah usaha kita yang diiringi dengan doa dan tawakal.

Tak salah pun makan makanan sunnah dan vit C kerana itu juga usaha untuk tingkatkan sistem immun kita.

Athyira Mohd –
Ambillah peluang kedua ini untuk berbakti kepada aruwah ibu dan bapa Tuan.

It takes their lives to proved that you’re wrong. Now you learned it in the hardest way.

Jangan putus asa, sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Tuan jadilah anak yang soleh agar jariah berpanjangan buat mereka.

Heads up! Allah tidak akan mensia siakan amalan hambanya. Pengakuan Tuan pada hari ini, jika membuka mata anti vksin diluar sana, maka pasti dapat menebus perbuatan Tuan yang dulu.

Norizan Mamat –
Salam,

Hmmm… Isteri kepada anak sedara makcik yang dulu anti vksin, sekarang bertarung nyawa di ICU. Anak 6 orang, kecil kecil. Yang bongsu tak sampai setahun.

Makcik tak tahu samada dia masih anti vksin atau dia menyesal dan sebagainya. Pada suatu masa dia sangat aktif sebarkan hal anti vksin dalam group wasap keluarga kami.

Kemudian dia diam tiada langsung msg forward dari dia hinggalah makcik dengar dia satu family termasuk anak anak dah demam.

Sehingga sekarang, dia tidak lagi msg apa apa dalam group. Mungkin bimbang orang akan kata “itulahhh”.

Sebenarnya, walau apa pendirian dia, kami tetap sayang dia. Dan mahu dia sembuh satu keluarga. Vksin adalah hal yang lain.

C19, kalau dah kena, jangan ambil ringan. Turunkan ego. Semoga kita semua dijauhi dari wabak ni secepat mungkin Sumber –

Riz (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*