Selepas Datin Eina Azman Dan Suami Positif Co-Vid, Sesuatu Terjadi Kepada Suaminya Dan Mohon Doakan

PARAS oksigen yang semakin menurun akibat Covid-19, suami kepada pelakon Datin Eina Azman iaitu Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Rabu.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 26, meminta orang ramai mendoakan kesihatan suaminya agar kembali pulih seperti sedia kala.

“Assalamualaikum semua… saya mohon semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suami saya, Kaiser Gurmeet Abdullah kembali seperti sedia kala.

Oksigen suami saya semakin menurun hingga perlu pakai bantuan oksigen.

“Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus Covid-19. Sebab oksigen suami saya semakin menurun hingga perlu pakai bantuan oksigen,” katanya.

Pelakon drama siri The Maid itu berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

Sebelum ini, Eina memaklumkan dia, suami dan dua lagi pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19 pada Selasa.

Manakala dua cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia lima tahun tidak dijangkiti virus berkenaan.

eina 2

Eina dan suami disahkan positif Covid-19 pada Selasa.

Dalam pada itu, Eina juga berharap suaminya akan kembali sihat dan pulang ke rumah mereka.

“Janji pada saya balik rumah cepat ya sayang. Sayang, I tahu you kuat. You kena cepat sihat dan tolong kembali kepada saya dan AubreyKarl.

“Saya sayang awak sangat. Kami tunggu di rumah,” tulis Eina.

Untuk rekod, Eina mendirikan rumah tangga dengan Kaiser pada 31 Ogos 2014.

Terdahulu,

Eina Azman diuji lagi, positif Covid-19 pada ulangtahun perkahwinan ke-7 – “Suami kurang okay, demam panas… oksigen turun naik”

SATU lagi ujian terpaksa dilalui oleh pelakon Datin Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden apabila disahkan positif Covid-19 pada Selesa.

Lebih memilukan, berita duka itu terjadi pada ulangtahun perkahwinan mereka yang ketujuh.

Eina, 26, yang baharu sahaja menjalani pembedahan di leher pada 17 Ogos lalu memberitahu dua lagi pembantu rumahnya turut dijangkiti virus berkenaan.

“Dukacita saya ingin maklumkan saya, suami dan dua bibik (pembantu) iaitu Bik Mega dan Bik Na didapati positif Covid-19… macam nak gugur jantung ni bila dapat keputusan sebab saya selalu buat ujian.

“Malah, minggu lepas saya dan suami baru saja buat ujian saringan sebelum pembedahan dan keputusannya negatif. Saya tak tahu macam mana dalam seminggu saya boleh kena.

“Sedih yang amat bila terpaksa tengok anak Aubrey Karl buat ujian saringan dengan menangis. Saya memang tak sampai hati tengok.

“Sementara tunggu keputusan hati ni risau sangat fikir apa jadi kalau kena dekat Aubrey dan bibik-bibik. Macam mana nak handle? Ya Allah tak tahu nak cakap macam mana,” katanya menerusi laman Instagram.

Sementara itu, Eina memberitahu dia mula mengalami gejala demam dan batuk manakala suami pula berdepan demam panas serta paras oksigen kurang baik.

Kalau sesiapa ada pengalaman dengan Covid-19 tolong kongsi apa-apa petua yang boleh kami amalkan.

“Sekarang saya dah mula demam panas dan batuk cuma keadaan suami saya kurang okay sebab demam terlalu panas dan oksigen turun naik. Setiap dua hari kami kena pergi hospital untuk jumpa doktor monitor dan X-ray.

“Hari ini pula ulang tahun kami jadi macam ini, Ya Allah memang hilang kata-kata. Apa-apa pun saya percaya ini semua ketentuan Allah dan kami terima dengan hati terbuka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Eina memohon orang ramai mendoakan agar dia sekeluarga diberikan kekuatan dan kesembuhan melawan virus berkenaan.

eina azman 1

Eina dan suami sudah lengkap dos vaksinasi.

Malah dia turut meminta mereka yang pernah berhubung dengannya secara langsung melakukan ujian saringan secepat mungkin.

“Saya minta tolong semua doakan untuk kami sekeluarga bersama bibik-bibik semua kembali sihat seperti biasa… kepada sesiapa yang close contact dengan kami kalau rasa tak sihat tolong pergi swab test ya.

“Kalau sesiapa ada pengalaman dengan Covid-19 tolong kongsi apa-apa petua yang boleh kami amalkan.

eina azman 2

Eina sambut ulang tahun ke-7 perkahwinan mereka.

“Anyway happy anniversary sayangku… tiada apa yang saya minta hanya doa nak awak sihat semula macam biasa. Stay strong we can do this together,” katanya.

Pada 17 Ogos lalu, Eina mengalami masalah kesihatan dan menjalani pembedahan di leher akibat penyakit yang dihidapi sejak empat tahun lalu.

Eina bergelar isteri kepada usahawan, Kaiser Gurmeet pada 31 Ogos 2014.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata kembar diberi nama Arianna Aubrey dan Karl Kareef

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Selepas Datin Eina Azman Dan Suami Positif Co-Vid, Sesuatu Terjadi Kepada Suaminya Dan Mohon Doakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*