Siapa Sangka Gadis Comel Ini Yang Mempunyai 3.8 Juta Pengikut Rupanya Ada Sesuatu Yang Jadi Semasa Sekolah

MEMILIKI jumlah pengikut seramai 3.8 juta di aplikasi TikTok turut membawa cabaran tersendiri buat gadis ini.

Menurut Puteri Wannur Syawalyea Raja Sari Ramli, 20, dia bagaikan sudah lali menerima kecaman setiap kali berkongsi video baharu di platform itu.

Paling kecewa katanya, ada individu yang cuba mengungkit kisah lama sewaktu zaman dia masih belum memakai tudung.

“Saya pernah rasa nak berhenti buat TikTok. Saya perlahan-lahan baru pakai tudung sejak tahun lepas, tapi ada pula yang nak buka aib. Orang ungkit benda lama, dulu saya free hair.

“Kecaman saya tak kisah sangat, tapi bila mereka cakap mengenai perubahan saya, ia membuatkan saya down. Kecil hati sejujurnya. Memang terasa kadang-kadang.

“Tapi saya tak balas balik kalau ada orang maki, nanti saya sama je dengan mereka. Biasanya saya akan padam komen-komen sebegitu. Paling teruk ada yang minta report akaun TikTok saya,” ujarnya yang mesra disapa Puteri.

Video,

Di sebalik kecaman, dia yang turut memunyai lebih 370,000 pengikut di Instagram turut terharu dengan komen netizen yang tak putus-putus memberi sokongan.

puteri1

Puteri akui sering dikecam di media sosial.

Selain kata-kata semangat, ramai netizen yang turut memuji rupa paras Puteri yang mana dia sering disamakan dengan anak patung.

“Saya dah perasan lama komen-komen (pujian) itu. Memang selalu baca komen yang kata macam patung. Ada juga yang macam nak perli saya. Mereka kata cantik sebab mekap.

Saya bersyukur sangat. Doakan saya road to four millions followers pula.

“Tapi saya memang terharu dengan komen positif. Ada yang dah lama kenal saya, mereka juga sering bagi kata-kata semangat.

“Mereka nasihatkan agar saya tak mudah berputus asa. Banyak juga yang berikan sokongan,” ujar anak keenam daripada sembilan beradik yang menetap di Kuantan, Pahang itu.

Kata Puteri lagi, dia enggan terlalu lama bersedih, sebaliknya menjadikan semua kecaman sebagai pembakar semangat dalam misi menjadi usahawan berjaya suatu hari nanti.

Malah, dia yang baru memulakan bisnes jenama sendiri sejak empat bulan lalu mengakui kecaman yang diterima turut membuka pintu rezeki buat dirinya.

puteri3

Puteri memiliki 3.8 juta pengikut TikTok.

“Saya sebelum ini pernah berniaga bengkung. Kemudian saya keluarkan produk sendiri iaitu lip matte dan lip tint.

“Tapi kadang-kadang tak terjaga bisnes sendiri sebab sibuk buat reviu produk orang lain. Kadang-kadang rasa menyesal join bisnes, tapi bonda saya pesan agar jangan mengalah.

“Kecaman orang turut memberi rezeki buat saya. Alhamdulillah. Di sebalik kecaman, bisnes makin naik. Impian saya nak jadi orang dikenali dan dapat salur bantuan kepada orang yang susah,” ujarnya yang menjadikan Datuk Seri Vida (DSV) sebagai inspirasi.

Tambah Puteri lagi, dia mahu menjadi insan berjaya biarpun hanya bersekolah sehingga tingkatan empat sahaja.

puteri4

Puteri mahu menjadi usahawan berjaya suatu hari nanti.

Rupanya tidak habis sekolah

“Saya tak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya habis sekolah tingkatan empat. Saya berhenti kerana ada masalah sikit,” ujarnya ringkas.

Selain mahu menaikkan bisnes, Puteri juga komited dalam misi untuk menambah pengikutnya di TikTok sehingga mencecah 4 juta.

“Saya bersyukur sangat. Doakan saya road to four millions followers pula.

“Bukan sekadar Malaysia, video saya turut viral di luar negara, terutamanya Indonesia,” ujarnya lagi.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Siapa Sangka Gadis Comel Ini Yang Mempunyai 3.8 Juta Pengikut Rupanya Ada Sesuatu Yang Jadi Semasa Sekolah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*