Latihan ‘Tidak Masuk Akal’, Terjun Ke Laut Dalam Keadaan Kaki Dan Tangan Diikat Sebelum Menggunakan Kudrat Untuk Berenang Ke Pantai

Kuala Lumpur: Ujian wajib lulus apabila mereka perlu terjun ke laut dalam keadaan kaki dan tangan diikat sebelum menggunakan kudrat untuk berenang ke pantai. Malah, mereka perlu terjun ke laut lengkap memakai peralatan tempur beserta fin pada ketinggian lebih lima meter dari helikopter Super Lynx.

Semua ujian piawaian fizikal itu berjaya dilepasi 25 pelatih kursus asas Pasukan Khas Laut (Paskal) Siri 70/2021, baru-baru ini sebelum secara rasmi bergelar komando Paskal.

Walaupun sukar namun latihan ‘tidak masuk akal’ dan ekstrem selama lima bulan selain ujian ketahanan ‘minggu neraka’ (Hell Week) tanpa henti 72 jam berjaya dilepasi semua mereka sebelum disarungkan beret ungu Paskal.

Difahamkan kursus Paskal merangkumi beberapa peringkat di antaranya peringkat pemanasan, peringkat kem, peringkat hutan, peringkat paya, peringkat laut, peringkat pelarian dan pelolosan serta ujian ketahanan akhir mental dan fizikal.

Bagi peringkat pemanasan iaitu pemilihan awal, pelatih perlu berenang di kolam sejauh 500 meter dalam masa kurang 10 minit dan berlari sejauh 6.8 kilometer (km) dalam masa kurang 30 minit bagi melayakkan mereka ke peringkat seterusnya.

PESERTA Kursus Asas Paskal siri 70/2021 membaca ikrar Paskal dengan penuh semangat.

Latihan fizikal yang keras dan mencabar diutamakan supaya pelatih kursus berupaya melepasi cabaran dan rintangan seterusnya.

Antara ujian kecergasan perlu dilakukan sepanjang kursus adalah tekan tubi, bangkit tubi, mendagu, sit up, lompat setempat, latihan lapan serangkai dan pelbagai teknik yang perlu dipraktikkan.

Mereka kemudian perlu melepasi ujian peringkat kem, peringkat hutan, peringkat paya, peringkat laut, peringkat pelarian dan pelolosan serta ujian ketahanan akhir mental dan fizikal.

Setiap pelatih mestilah mempunyai semangat juang serta keyakinan dan sikap profesionalisme yang tinggi bagi menghadapi setiap latihan yang mencabar.

Turut menjadi cabaran terbesar apabila pelatih perlu melepasi latihan ketahanan ‘tawanan perang’ apabila setiap mereka didedahkan dengan keadaan dan situasi sebenar ditawan musuh.

Mereka akan merasai setiap penyeksaan dan penderitaan memeritkan sepanjang ditawan musuh yang berusaha mendapatkan maklumat serta rahsia pertahanan Negara.

Praktikal ‘tawanan perang’ itu menguji semangat pelatih supaya tidak sewenang-wenangnya menceritakan segala rahsia negara yang disimpan sebagaimana termaktub dalam ikrar kesatria yang kelima iaitu – Menyimpan Rahsia Negara Dengan Seketat-ketatnya.

MENDAYUNG adalah salah satu serangan taktikal bagi merapat ke pantai secara senyap dan pantas.

Kursus Asas Paskal Siri 70/2021 ini disertai seramai 97 pelatih membabitkan seorang pegawai dan 96 anggota lain-lain pangkat bermula 24 Mei hingga 27 Ogos lalu.

Bagaimanapun hanya 25 pelatih berjaya mengharungi cabaran itu dan dianugerahkan beret pada majlis penutup Kursus Asas Paskal Siri 70/21 di Pusat Latihan Kemahiran Air, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak.

Majlis itu turut disempurnakan Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany; Panglima Pasukan Khas Laut, Laksamana Pertama Mohd Redzuan Talib; Komander Pangkalan Lumut, Laksamana Muda Datuk Anuar Alias dan Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Abu Bakar Mohd Ajis.

Paskal selaku pasukan elit TLDM diakui antara unit komando terbaik dan disegani di negara ini dan di peringkat antarabangsa.

Persoalannya apakah yang membuatkan PASKAL ini digelar pasukan elit No.1 di Malaysia? Apakah pula latihan-latihan terpaksa dihadapi untuk menjadi anggota PASKAL?

Kami senaraikan latihan asas mereka dan anda jangan ingat latihannya biasa-biasa kerana dalam beratus yang cuba, mungkin hanya segelintir kecil yang mampu melepasi ujian ditetapkan. Latihan pula dibahagikan kepada beberapa fasa berikut:

  • Fasa 1 – Peringkat Kem
  • Fasa 2 – Peringkat Hutan
  • Fasa 3 – Peringkat Paya
  • Fasa 4 – Peringkat Laut
  • Fasa 5 – Peringkat Pelarian dan Pelolosan

Semasa di fasa 1 (selama 6 minggu) pelatih akan diajar dengan pelbagai skil tempur individu dan pembinaan fizikal yang mana setiap minggu pelatih akan diuji dengan Uji Cergas Fizikal Darat dan Air .

Mereka perlu lulus sebelum ke peringkat/fasa seterusnya:

UJI CERGAS FIZIKAL DARAT

Latihan bukan untuk orang biasa-biasa. Fizikal dan mental kena kuat.

Latihan bukan untuk orang biasa-biasa. Fizikal dan mental kena kuat.

#1  Lari sejauh 6.8 kilometer (km) dan masa untuk lulus pula di bawah 32 minit. Kurang daripada selamat tinggal lah!

#2 Tekan tubi hanya dalam masa 1 minit 30 saat. (Minimum 50 kali)

#3 Sit Up dalam masa 1 minit 30 saat – Lulus tidak kurang dari 41 kali

#4 Pull Up (tanpa henti) – Lulus tidak kurang dari 9 kali

#5  Flutter Kick (tanpa henti) – Lulus tidak kurang dari 100 kali

#6  Eight Count Body Builder (dalam masa 4 minit) – Ini antara latihan berat terpaksa dilalui pasukan tentera. (Lulus tidak kurang dari 26 kali)

#7  Panjat tali di ketinggian 7 meter tanpa menggunakan kaki!

#8 Panjat tali menggunakan Ascender di ketinggian 10 meter – Lulus dengan masa tidak melebihi 60 saat.

UJI CERGAS FIZIKAL AIR

PASKAL dan laut memang tidak boleh dipisahkan.

PASKAL dan laut memang tidak boleh dipisahkan.

Ini antara ujian penting untuk menjadi seorang PASKAL. Bak kata mantan Panglima PASKAL Laksamana Pertama Jamalludin Mohd Saman, anggota PASKAL yang dipilih perlu mempunyai naluri ‘waterborn’ (berasal dari air).

#1  Renang sejauh 3.2 km di laut (berpakaian renang tempur) – Masa lulus di bawah 64 minit.

#2 Renang di kolam:

  • Gaya Bebas 500 meter – Masa lulus di bawah 10 minit
  • Gaya Kuak Tepi 500 meter – Masa lulus di bawah 12 minit
  • Gaya Campuran 500 meter (200 meter kuak dada, 200 meter kuak tepi dan 100 meter Gaya Bebas) – Masa lulus di bawah 12 minit

Macam mana? Boleh bernafas dengan baik selepas melihat latihan-latihan PASKAL ini?

Hakikatnya ini hanya sebahagian daripada latihan peringkat awal. Ada lagi cabaran dan lihat lebih mencabar termasuklah Combat Drown Proofing.

IKAT TANGAN, IKAT KAKI, KEMUDIAN DICAMPAK KE DALAM AIR

PASKAL perlu mempunyai naluri ‘waterborn’.

PASKAL perlu mempunyai naluri ‘waterborn’.

Kalau nak tahu, Combat Drown Proofing adalah ujian air yang mana pelatih akan diikat kaki dan tangannya sebelum mereka dicampak ke dalam kolam renang.

Difahamkan ujian terbabit adalah persediaan sekiranya mereka dicampak musuh hidup-hidup ke dalam laut. Ujian ini melatih mereka untuk melepaskan diri.

Apapun hanya terbaik di antara terbaik saja yang akan berjaya menjadi anggota PASKAL.

Sumber Hmetro/RojakDaily

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*