Nourul Depp Terpaksa Buang Rahim, Rupanya Berpunca Daripada Ini

Perkongsian penyanyi popular Nourul Depp mengenai pembedahan pembuangan rahim di Instagramnya semalam adalah disebabkan rasa tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada umum betapa pentingnya pencegahan terhadap sebarang ketumbuhan pada organ dan tubuh badan.

Nourul berkata, dia berasa bersyukur kerana diberitakan tentang ketumbuhan di rahimnya lebih awal dan dapat mengambil langkah berjaga-jaga untuk menyelamatkan nyawanya.

“Hantaran di Instagram itu sebenarnya dibuat untuk memberi kesedaran kepada umum. Sudah 12 bulan berlalu. Tapi ada orang anggap benda itu hal yang baharu.

“Saya mahu memberitahu semua orang yang kalau ada benda yang perlu dibuang, buanglah. Jangan simpan. Benda ketumbuhan seperti itu akan membawa kepada yang tidak baik.

“Menerusi gambar organ (rahim) yang saya muat naik, ada beberapa nodul kelihatan. Selepas doktor periksa, tiada sebarang ketumbuhan yang boleh akibatkan kanser. Alhamdulillah, dapat kesan pada peringkat yang sangat awal. Apa pun kita kena jaga diri,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, menerusi ruangan kapsyen dan komen di Instagramnya, Nourul berpesan supaya berhati-hati dan sentiasa peka dengan kesihatan.

“Takut? Siapa tak takut nak bedah. Tapi lebih baik sakit sekejap daripada sakit berpanjangan seperti kanser dan sebagainya.

“Saya buat prosedur pap smear (proses untuk kesan ketumbuhan dan kanser pada serviks) setiap tahun. Alhamdulillah ketumbuhan dikesan awal.

“Kes saya, ovari tidak dibuang. Jadi saya tidak perlukan sebarang hormon. Jangan sedih kalau kena buang rahim. Bersyukurlah kerana Allah selamatkan nyawa anda. Bagi peluang hidup dan pengajaran. Buka fikiran anda, dan ubahlah cara anda melihat kehidupan,” katanya.

Terdahulu,

Nourul Depp pilih berhijrah ke Bali, Indonesia

Teka-teki lokasi yang dipilih oleh penyanyi Nourul Wahab Depp untuk memulakan kehidupan baharunya bersama keluarga akhirnya terjawab apabila mendedahkan bakal berhijrah ke Bali, Indonesia pada pertengahan Julai depan.

Pendedahan yang dibuat ketika menjadi tetamu undangan dalam program Punchline DAC baru-baru ini itu sekali gus menepis spekulasi yang mengatakan bahawa dia bakal berpindah ke negara asal suaminya, Perancis.

Menurut pelantun lagu Kerana Terluka itu, penghijrahan tersebut awalnya dirancang pada tahun lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan negara, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan seketika.

“Penghijrahan ini untuk pendidikan dan masa depan anak-anak.

“Kami berhasrat untuk masukkan mereka ke sebuah sekolah di sana yang sangat bagus dan berkonsepkan kemahiran,” katanya.

Kata penyanyi berusia 44 tahun itu lagi, memang impian suaminya untuk berhijrah ke Bali kerana sebelum ini dia pernah menetap selama dua tahun di sana.

Walaupun bakal menetap di sana dalam tempoh yang lama, Nourul berkata, dia tidak akan meninggalkan kerjaya seni di tanah air dan akan sentiasa berulang-alik antara Bali ke Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan.

“Saya tetap akan balik ke sini (Kuala Lumpur) kerana bisnes ada sini termasuk untuk memenuhi undangan persembahan. Bukan jauh pun.

“InsyaAllah saya masih dan tetap orang yang sama. Terima kasih untuk semua yang mendoakan saya dan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Nourul mengakui berasa sedikit beremosi dan sedih apabila menerima hantaran mesej daripada peminatnya.

“Jangan bimbang, tiada apa pun yang berubah. Peminat dan pengikut di media sosial saya tetap di hati. Ada umur panjang, kita tetap berjumpa,” ujarnya.

Untuk rekod, Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab, 44, mendirikan rumah tangga dengan komposer dan penyanyi Ajai atau Mohd Faizal Maas pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.

Hasil perkahwinan pertama, Nourul dan Ajai dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ayu Nazirah, 23.

Kemudian, Ajai mendirikan rumah tangga bersama Norliza Ilias pada 15 Ogos 2009 manakala Nourul pula bernikah dengan Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012.
Nourul dan Eric kemudiannya dikurniakan tiga anak iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella, 2.

Sumber Gempak/Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Nourul Depp Terpaksa Buang Rahim, Rupanya Berpunca Daripada Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*