Penggambaran Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Akan Disambung, Tapi Lana Nordin Belum Vaksin, Ini Jawapan Lana

Nama pelakon Lana Nodin kini menjadi sebutan apabila ada yang mengatakan penggambaran drama Kekasih Hati Mr Bodyguard akan disambung, namun pelakon berkenaan belum lagi mengambil suntikan vaksin.

Ramai yang tertanya, adakah Lana akan dibenarkan untuk kembali ke set penggambaran walau belum ada suntikan. Melalui laporan Kosmo, Lana Nodin akhirnya menjawab persoalan ini.

Katanya, buat masa sekarang, dia memang tak akan masuk ke set penggambaran kerana bakal mengikuti suaminya pulang ke negara asal, Amerika Syarikat.

Vaksin atau pun tak vaksin, saya tetap tak boleh nak berlakon sebabnya saya akan berlepas ke Amerika Syarikat pada hari Sabtu ini.

“Pihak produksi drama kata nak sambung lagi sebanyak 13 episod untuk musim baru setelah mereka menerima kebenaran untuk beroperasi semula.”

“Akan tetapi, saya awal-awal lagi dah bagitau. Mereka pun sudah tanya dan bincang dengan saya tentang hal ini, dan saya memang tak dapat nak turut serta sebab akan ikut suami untuk balik ke negaranya.”

“Ini bukan kerana saya belum ambil vaksin. Saya memang terpaksa tolak tawaran berkenaan dan mereka pun tengah cari pelakon lain untuk ganti watak antagonis yang saya bawakan sebelum ini.”

Tentang pertanyaa, adakah dia akan mengambil suntikan vaksin, ini jawapan dari Lana Nodin.

“Saya ni bukannya tak nak ambil, namun, anak saya ada masalah kesihatan, dia sakit jantung sejak lahir. Saya pula masih lagi beri susu badan kepadanya sampai November nanti.”

“Surat pun dah ada dari doktor dan bukannya saya suka-suka tak mahu suntikkan vaksin. Nyawa anak saya lebih penting dan menjadi priority saya.”

Jelas Lana lagi, kemungkinan, dia akan mengambil suntikan vaksin di Amerika Syarikat.

“Saya akan ambil di Amerika nanti bersama suami saya, mungkin pada awal tahun depan. Bukannya saya tak nak ambil langsung.”

“Benda nak masuk dalam badan saya oleh itu kenalah pastikan betul-betul. Adakah ianya selamat serta dah lepas ujian klinikal.”

“Saya ada sebab saya yang tersendiri mengapa tak ambil vaksin buat masa sekarang ini. Itu hak peribadi dan hak asasi saya, tak ada siapa yang boleh paksa.”

Itulah penjelasan dari Lana Nodin tentang hal ini.

Saya cuma prosafe, bukan antivaksin – Lana Nodin

SEJAK hujung minggu lalu, nama pelakon yang popular dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia, Lana Nodin hangat diperkatakan, dek kelantangannya mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor

Hisham Abdullah dengan menggesa individu yang turut dibahasakan DG itu berundur daripada mengepalai institusi kesihatan negara.

Kelantangan yang disuarakan Lana dengan menyifatkan selama ini rakyat Malaysia telah terpedaya dengan karakter murung, kesedihan dan kepenatan yang terpamer setiap kali muncul dengan pengumuman angka Covid-19 pantas membakar emosi banyak pihak, bahkan mengundang kecaman hebat masyarakat. Pelakon dengan pencapaian suam-suam kuku itu juga dianggap sudah melampau.

Bukan itu sahaja, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu turut dituduh sebagai antivaksin dan cuba menghasut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan vaksin.

Bahkan, disebabkan isu vaksin juga, timbul pertelingkahan antara dirinya dengan pengarah popular, Michael Ang apabila masing-masing saling menyindir dan ‘mengutuk’ menerusi Instagram.

Tidak mengalah, pemilik nama sebenar Mazlina Hasan Nordin, 41, itu sebaliknya berpegang pada alasan yang kukuh. Bahkan menafikan dirinya termasuk dalam golongan individu antivaksin Covid-19.

VAKSINASI sudah, kuarantin juga sudah tetapi angka positif Covid-19 masih tenat. Itu yang mencetuskan kemarahan Lana Nodin.

POSE: Bagaimana respons Lana apabila dituduh sebagai antivaksin dan menolak sepenuhnya vaksin Covid-19?
LANA: Jangan salah faham. Saya tidak pernah kata bahawa saya seorang antivaksin, tetapi saya lebih kepada prosafe (ambil langkah berjaga-jaga). Prosafe ialah orang yang menunggu vaksin itu betul-betul selamat untuk digunakan. Masyarakat belum terbiasa dengar gelaran itu (prosafe), berbanding antivaksin. Kalau saya antivaksin, saya tidak ambil vaksin untuk anak-anak saya. Individu antivaksin langsung tidak percayakan vaksin. Terang-terang vaksin Covid-19 yang disuntik sekarang masih lagi dalam proses ujian klinikal.

Apa yang membuatkan anda tidak yakin untuk mendapatkan suntikan vaksin buat masa ini?
Suami saya seorang atlet dan dia lebih arif tentang ubat-ubatan termasuk penggunaan vaksin. Kalau ikutkan, kelulusan sesuatu vaksin mengambil masa sehingga 10 tahun untuk jaminan betul-betul selamat digunakan. Itu fakta.
Tetapi netizen tidak faham. Apa yang mereka tahu, lepas suntik vaksin dapat bebas pergi pusat beli-belah, dapat rentas negeri dan dapat jalan-jalan. Lagi pun anak bongsu saya masih menyusu badan. Jadi saya kena berhati-hati kerana apa yang saya ambil, anak saya pun akan dapat. Jadi tidak perlulah untuk melabelkan saya sebagai antivaksin kerana tuduhan itu tidak benar.

SEBAGAI rakyat Malaysia, Lana menyifatkan gesaannya agar Noor Hisham letak jawatan tidak salah.
Kecaman anda disifatkan biadab dan netizen menyuruh anda yang balik ke negara suami, apa komen anda?
Itu hak saya sebagai rakyat Malaysia. Sesiapa pun layak letak jawatan. Saya pertikaikan sebab sudah berapa lama kita ‘dikurung’? Tapi kes tidak juga turun. Netizen pula kecoh tentang isu kata saya hentam petugas barisan hadapan (frontliner).
Saya bukan hentam, cuma pertikaikan prosedur operasi standard (SOP) berdasarkan video yang dikongsi dalam InstaStory. Begitu juga dengan gambar Noor Hisham yang tidak memakai pelitup muka ketika di pejabat (tempat awam). Bila saya bersuara, saya disuruh pulang ke negara suami ke Amerika Syarikat (AS).
Apa hak mereka mahu suruh saya ‘berambus’ balik AS? Saya rakyat Malaysia, dilahirkan di negara ini. Saya ada hak untuk bersuara. Kalau saya tidak terikat dengan kerja, bulan Februari lalu saya dah balik AS. Silap-silap suami saya pun boleh sertai Olimpik di Jepun.

Selain gesa Noor Hisham letak jawatan, apa lagi yang anda mahu suarakan?
Saya mahu kerajaan ditukar termasuk semua menteri letak jawatan. Dengan apa yang berlaku hari ini, jelas menunjukkan kerajaan gagal. Ada sesetengah negara sudah kembali normal dan masyarakat sudah bebas untuk melakukan aktiviti ekonomi.

Bagaimana pula isu ‘perang’ mulut dengan Michael Ang, kenapa sehingga bangkitkan statusnya sebagai seorang mualaf.
Sebab saya geram. Kalau Islam, dia tidak akan mengaibkan dan mengata orang lain. Tentang isu lantang saya menegur frontliner, dia pula mengapi-apikan orang, kata saya kutuk fronliner sehingga netizen hentam saya balik. Semua isu dia nak kupas sedangkan dia tidak faham pun maksud yang hendak saya sampaikan. Suami saya pun seorang mualaf, ada ke dia mengata orang lain? Melabel saya sebagai ‘bimbo’ (bodoh) dan kata saya tidur dengan ‘mat salih’ sedangkan itu suami saya.

Sumber News Tel/Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Penggambaran Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Akan Disambung, Tapi Lana Nordin Belum Vaksin, Ini Jawapan Lana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*