Tak Dapat Masuk Masjid Tiada Masalah, Bekas MB Elok Je Solat Jumaat Luar Masjid

Semalam merupakan hari di mana kaum lelaki beragama Islam menunaikan solat Jumaat. Pastinya dalam tempoh pendemik ini, jumlah pengunjung yang ingin menunaikan kewajiban solat Jumaat terpaksa dihadkan demi mengelakkan sebarang penul.ran.

Oleh itu, disesetengah masjid, merek4 yang hadir lewat terp4ksa solat di luar pag.ar kerana pihak pengurusan leb1h mengutamakan mereka y4ng sudah tiba lebi.h awal disana.

Solat luar pagar

Jadi, menerusi satu perkongsian di laman media sosial, gambar b3kas menteri besar Nege.ri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan s0lat diluar pintu pag.ar masjid kerana tidak dap4t m4suk ke dalam bagi menun4ikan solat Jumaat telah tular.


Bergambar den.gan AJK masjid lepas s0lat

Dalam muat naik tersebut, jelas kelihatan Tok Mat hanya duduk beralaskan sejadah yang dibawa dan dibentang di tar jalan betul-betul dihadapan pintu pagar masjid.

Walau bagaimanapun, seusai daripada menvnaikan solat, Tok Mat sempat bergambar dengan pihak pengurusan masj1d yang menyedari k3hadiran bekas menteri besar itu.

Terbaik Tok Mat

Sehubungan dengan perkongsian yang dibvat, rata-rata warg4net telah meninggalkan pelbagai komen diruangan F4cebok sumber. Kebanyakkan daripada mereka memuji sikap yang ditunjukkan Tok Mat kepada masyarakat kerana tetap merendah diri.

Solat luar pagar pun boleh

Terdahulu semalam kecoh VVIP masuk Masjid untuk solat Jumaat walaupun pintu sudah ditutup.

Ini penjelasan pihak Masjid.

Pengurusan Masjid Putra tampil memberi penjelasan berhubung penularan satu video di laman sosial kononnya mendakwa mereka memberi layanan berbeza kepada jemaah yang hadir bagi mengikuti solat Jumaat.

Pengurusan Masjid Putra dalam satu kenyataan berkata, kehadiran jemaah untuk menunaikan solat fardu dan Jumaat di masjid itu adalah masih mengikut garis panduan dan ketetapan dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu dengan kapasiti 300 orang.

Menurut kenyataan itu, daripada jumlah itu, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota buat jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dengan turut memaklumkan jangkaan waktu ketibaan mereka.

“Ini adalah bagi memudahkan pihak pengurusan masjid memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan kuota ditetapkan,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

Satu video tular di laman sosial sejak Jumaat memaparkan ketidakpuasan hati sebilangan jemaah terhadap pengurusan masjid itu yang dilihat memberi layanan berbeza kepada mereka sewaktu ingin menunaikan solat Jumaat.

Menerusi perkongsian video berdurasi 51 saat itu, pengurusan masjid dilihat menutup pintu pagar dan hanya membenarkan jemaah tertentu memasuki ruang rumah ibadah terbabit.

Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, saban minggu Masjid Putra sememangnya menerima kehadiran jemaah melebihi kapasiti ditetapkan sejak jam 11 pagi lagi bagi menunaikan solat Jumaat.

“Apabila kapasiti jemaah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu pagar utama masjid dan menyebabkan ada jemaah yang hadir tidak dapat memasuki masjid. Pihak masjid memaklum dan menasihatkan para jemaah secara baik mengenai perkara tersebut.

“Bagi memelihara nama baik institusi masjid, pihak pentadbiran masjid akan berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan

“Justeru, kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan pelanggan setia kami gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang diberi,” katanya.

“Pihak Masjid Putra memohon kemaafan atas kekhilafan yang berlaku dalam hal ini,” katanya lagi.

VIDEO:

 

Sumber: Sinar Harian

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*