Akhirnya Cik B Buka Mulut Kenapa Dia Tidak Setuju Ibunya Ds Vida Kahwin Dengan Iqbal, Memang Mengejutkan

Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida telah mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu peribadinya iaitu Iqbal Zulkefli. Pendedahan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Vida juga mengakui tidak ‘berani’ memberitahu anak perempuannya iaitu Cik B mengenai perkara tersebut.

Cik B tak setuju Vida kahwin

Menerusi temubual bersama Melodi, Cik B mengakui tidak bersetuju dengan keputusan Vida untuk mendirikan rumah tangga selain niatnya yang ingin memiliki anak lagi. Jelas Cik B, jarak usia antara ibunya dengan Iqbal sangat jauh berbeza menjadikan salah satu faktor dia tidak merestui perkahwinan tersebut.

Saya deep down saya sangat kurang setuju. Ye lah, mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25. Macam mana abang Iqbal ni umur 25 ni suka orang tua. Mesti ada sebab tau. Macam saya memang sangat tak setuju mama dia nak anak lagi. Cukup lah saya dengan Kacak sahaja. Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta buta.

Ya betul disebabkan faktor usia saya tidak merestui. Dan kalau mama dijodohkan dengan orang yang tua, sepadan umur, tak kisah what gonna be happen sebab mama tak suka orang tua. Mama memang suka orang muda juga.

Dedah selalu gaduh dengan Iqbal

Biodata Ahmad Iqbal Zulkefli, Kekasih Dato Seri Vida? | Iluminasi

Tidak terhenti di situ, Cik B turut mendedahkan bahawa dia dan Iqbal tidak mempunyai hubungan yang baik malah mereka seringkali bergaduh.

Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa biasa. Saya gaduh dengan dia memang luar biasa. Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi saya biarlah pada diri saya sendiri.

Menurut Cik B, pada awalnya dia menyangka kontroversi perkahwinan Vida dan Iqbal hanyalah marketing semata-mata namun lama kelamaan isu itu dilihat semakin serius. Namun, sekiranya benar mereka berjodoh, Cik B berharap agar ibunya akan mengecapi kebahagiaan.

Sebenarnya saya ingatkan marketing tapi nampak macam betul betul pulak. Ya Allah takutnya tapi harap-harapnya memang marketing lah. Saya pun macam tak nak lah ada ayah baru. Saya pun dah cukup dah ada 5 ayah.

Kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy, ikutlah mama nak buat apa. Saya memang taknak mama kahwin dengan abang Iqbal.

Dalam kesempatan itu, Cik B sempat memberi pesanan kepada Vida supaya dapat berfikir dan menilai niat seseorang yang ingin mendekati dirinya adakah orang tersebut benar-benar mencintainya atau sebaliknya.

Nak Nikah Disember Ini, DSV Belum Berani Beritahu Cik B

Bakal menamatkan zaman janda dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal, jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkata dia serius untuk berkahwin dan mungkin jodohnya sudah sampai.

Menurut Vida, jika Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditamatkan pada Disember, dia mahuk mengadakan majlis besar-besaran serta sebuah perkahwinan yang gilang-gemilang.

“Memang betul nak kahwin. Bukan main-main atau publisiti kerana saya rasa memang jodoh dah sampai. Benar dan saya mahukan majlis ‘wedding of the year’. Perkahwinan adalah perkara yang bukan kita selalu buat.

“Kalau PPN dah tamat, saya memang akan adakan majlis besar-besaran tapi semua yang hadir kena lengkap dua dos dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Tarikhnya saya akan beritahu nanti,” katanya.

Kata Vida lagi, dia sudah memohon petunjuk daripada Allah agar dipermudahkan urusan jodoh dan nekad untuk berkahwin dengan Iqbal meskipun jarak usia 22 tahun.

“Saya sudah berdoa, dah buat solat Istikharah dan saya pasti, Iqbal adalah jodoh saya. Dia seorang lelaki yang jujur dan bertanggungjawab.

“Saya dah lama berkawan dengannya (Iqbal). Saya tak minta banyak cuma doa yang baik-baik daripada orang ramai agar ikatan perkahwinan kali ini berkekalan hingga hujung nyawa,” ujarnya.

Ditanya mengenai penerimaan anak-anak, Vida berkata dia belum mempunyai keberanian untuk berbincang mengenai perkara itu terutamanya dengan Cik B.

“Kacak tiada masalah rasanya. Cuma Cik B dia agak protektif dengan saya. Saya belum berani untuk beritahu kepada mereka tentang hasrat saya (untuk berkahwin).

“Biarlah mereka dengar dahulu daripada media bukan daripada bibir saya sendiri. Cik B perlu masa untuk menghadapi semua ini. Perlahan-lahan saya akan beritahu dirinya,” katanya.

Sumber AS/RK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Akhirnya Cik B Buka Mulut Kenapa Dia Tidak Setuju Ibunya Ds Vida Kahwin Dengan Iqbal, Memang Mengejutkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*