
SYUKUR… itu luahan pelawak Shuib Sepahtu apabila anak pramatangnya iaitu Ayash Affan yang lebih sebulan dipantau di hospital akhirnya dibenarkan pulang ke rumah pada Selasa.
Kata Shuib atau Shahmira Muhamad, jika arwah Siti Sarah masih ada ia tentunya menjadi hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran Allahyarham yang ke-36 pada Rabu.
Selain berita gembira tentang kepulangan Ayash, pelawak berusia 37 tahun itu turut berkongsi foto bahagian tangan bayi berusia satu bulan lapan hari itu.
Shuib sudah sediakan katil untuk anak bongsunya.
“Syukur Ya Allah, esok hari lahir ibu (15 September). Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini. Insya-Allah sekejap lagi dah boleh balik dah.
“Allahuakbar… tangan, jari sebiji tangan ibu. Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini.
“Terima kasih semua. Syukur Ya Allah di atas rahmatMu,” katanya menerusi Instagram pada Selasa.
Menerusi perkongsian itu juga, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa syukur serta teruja.
“Alhamdulillah. Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Semenjak dari hospital, Uwais, Talita & m4tin hari2 tanya pasal Ayash. Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tggu daddy bwk balik Ayash. Terima kasih kepada smua yg mendoakan Ayash, terima kasih kepada smua yg mendoakan daddy, Uwais, Talita & m4tin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah. Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arw4h. Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah..”
Kita sebagai manusia, hanya mampu merancang. Oleh itu, sentiasa muhasabah diri dan buat baik sentiasa. Dalam memerangi wab4k yang melanda negara, min harapkan semua dapat jaga SOP yang ditetapkan.
Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini.
Pada Isnin, Shuib diberi peluang buat pertama kali bertemu dengan anaknya yang berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Shuib berkata, berat badan anaknya itu sudah mencecah 2.6 kilogram dan kuat menyusu.
Shuib sendiri ada meninggalkan komen dalam IG isteri tercinta nya dengan menulis ‘Ibu’.
“Semoga kuat baby ayash in sha Allah.. ramai mendoakan kamu nak..”
“Ayash sihat berat sudah 2.6 kilogram, menyusu kuat dan comel sangat. Muka macam daddy la ibu. Memang istimewa sangat hadiah daripada ibu. Allahuakbar.
“I wish you are here sayang… I love you” tulis Shuib.
Shuib bersama anak-anak.
Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat Covid-19.
Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.
Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.
Komen Netizen:
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment