Suami Aku Mengaku Ustaz. Aku Sedih Sering Diftnah Suami Masa Dia Bg Ceramah. Baru2 Ini Suami Aku Tertidur. Handphone Dia Berbunyi. Bila Aku Jwb Terbongkar Sesuatu

Foto sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Aku ustazah sekolah menengah Kerajaan. Sudah berkahwin dan ada beberapa orang anak. Suami aku, aku namakan Ustaz ASY (bukan nama sebenar) dahulu bekerja sebagai ustaz KAFA, kemudian berhenti kerja untuk berniaga tetapi perniagaan lingkup dan sekarang suami tidak bekerja.

Suami mengaku dia Ustaz. Aku bukan nak meluah perasaan tentang suami Biawak Hidup. Aku cuma nak ceritakan yang aku sedih penulisan aku diplagiat suami sendiri.

Kalau aku sebut nama suami aku, mesti ramai yang kenal. Friends facebooknya sudah 5 ribu orang. Suami aku ada berpuluh ribu followers. Modal suami aku adalah kononnya dia penulis Kitab Tafsir Sekian Sekian. Itu sebenarnya penulisan aku.

Suami aku tidak bekerja, 24 jam dengan handphone dan sering memaksa aku menulis cerita-cerita keagamaan untuk status facebooknya

Suami aku sanggup order Food Panda tapi guna duit aku, agar aku siapkan penulisan berkaitan isu-isu semasa yang suami aku mahu sentuh di facebooknya.

Semua penulisan aku, suami aku buat seperti dia yang menulis. Selepas wabak covid melanda, aku mengajar PdPR dari rumah. Jadi aku mula nampak banyak perkara yang menyedihkan dan mengecewakan aku.

Suami aku pandai bercakap. Dia suka buat perbincangan online. Dia sering dijemput memberi ceramah agama.

Tapi aku kena tulis teks ceramah untuknya dan terangkan pada dia dulu supaya dia faham dan tak salah cakap. Yang aku sedih, aku terdengar beberapa kali suami aku bergurau di ceramah online-nya tentang aku.

“Jangan jadi macam orang rumah ustaz (aku la tu), masak nasi pun hangit. Nak buat macamana orang perempuan ni lemah. Hadap je la. HarHarHar.”

Aku sedih difitnah suami sendiri hanya sebab dia nak tarik followers. Aku pandai masak. Aku tegur dengan lembut jika suami aku tak mandi berhari-hari kerana sibuk dengan facebook.

Baru-Baru ini suami aku tertidur. Handphone berbunyi. Tertera nama “Tiza B”.

Aku jawab dan suara perempuan bertanya manja “ustazzzz.. bila nak jumpaa lagiiii. rindu.” Nak luruh jantung aku. Sejak bila suami aku jumpa perempuan lain?

Kemudian aku lihat banyak nombor telefon perempuan “Shakila J”, Salmi J, Raihana B, Johana B.. Laila B..

Mula-mula aku tak faham sehinggalah aku call setiap nombor bertanya. “B” maksudnya Bini Orang. “J” maksudnya Janda.

Semua mengaku suami aku si Ustaz Facebook itu gatal dan selalu call mereka malam-malam. Suami aku selalu duduk di luar hisap rokok malam-malam.

Kemudian aku lihat nombor disimpan dengan nama “sombong”. “berlagak”, “tete kempis”, aku hubungi juga guna handphone aku sebab nombor itu semua block nombor handphone suami aku.. semua itu adalah perempuan yang reject suami aku.

Mereka kata suami aku gatal, paksa kahwin sebab aku suruh poligami dan apabila mereka tolak, suami aku akan komen mengutuk apa sahaja yang mereka upload di facebook hingga mereka terpaksa remove suami aku atau block suami aku.

Aku tak pernah terdetik nak suruh suami aku poligami. Aku yang tanggung dia sekarang. Sekarang aku benar-benar rasa sakit hati. Aku menyampah tengok muka suami aku.

Aku lambat-lambatkan siap Kitab Tafsir Sekian Sekian dan aku terus berpura-pura tidur jika suami aku suruh aku tulis status untuk fb dia berkaitan agama, sampai suami aku terpaksa copypaste penulisan ustaz lain untuk kekalkan followers-nya.

Aku bertambah kecewa apabila aku menyedari rakan-rakan penulis dari dalam kalangan guru sudah berjaya dalam penulisan atas nama mereka sendiri. Ada sampai terima anugerah dari kementerian.

Aku sepatutnya di situ. Aku sudah tulis banyak tetapi semuanya suami aku tukar kepada namanya.

Hari ini aku sangat-sangat sedih apabila seorang penulis wanita guru sekolah aku kongsi gambar dalam group panitia kami cek bayaran penulisannya dan berniat nak sedekah pada tabung surau sekolah,

Dan dia cerita ada penulis wanita yang popular punya pendapatan lebih banyak berpuluh ribu sebulan hasil jualan buku dan selalu ke luar negara.

Kawan aku bakal ikut penulis wanita tu ke luar negara untuk bawa buku dia. Aku?? Paling jauh suami aku bawa aku ke kampung dia. Duit penulisan aku atas nama dia. Bila dapat bayaran, suami aku belanja kawan-kawan dia. Aku sangat kecewa.

Aku nak bertanya kalian, perlukah aku letak nama aku pada penulisan Kitab Tafsir Sekian Sekian?? Perlukah aku minta fasakh??

Aku benci tengok muka suami aku si Ustaz Facebook. Aku nak tengok bolehkah dia menulis lagi tentang agama jika kami bercerai?? Aku dah tak mahu suami aku lagi si Ustaz Facebook.

Aku dah jemu diperbodohkan suami aku sendiri. Aku mahu menulis untuk diri aku sendiri. Aku mahu menulis buku yang ada nama aku.

Aku nak bercerai dengan si Ustaz Facebook. Dia boleh kahwin dengan mana-mana perempuan yang dia simpan nombor telefon.

Soalan terakhir aku, perlukah aku delete akaun facebook suami aku sebelum aku mohon fasakh??

Tolong aku. Tolong Jawab semua soalan aku. Aku perlu kekuatan untuk keluar dari perkahwinan toksik ini. Aku tak mahu suami Ustaz Facebook. Aku penat. – Isteri Terabai (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Jenny: Daripada dulu sy mmg skeptical dengan org2 yg menggelarkan diri ustaz especially kat media sosial. Some of them ade split personality dan hipokrit. Mereka akan portray diri mereka ni baik mcm malaikat tp hakikatnya isteri yg tidur sebantal je tau perangai sebenar mereka ni. Tinggalkan lelaki mcm ni, kita ade kerjaya dan pendidikan..jgn seksakan diri hidup dengan lelaki taguna.

Izzue: Dah la biawak hidup, tak kasi nafkah, gataiii bini orang pun nak mengayat, fitnah & tak hormat isteri, tak mandi berhari2 & tak membantu langsung dlm kehidupan tt, lagi nak tanya perlu angkat kaki ke tak???? Senang kata, dia ada ke takde dalam hidup tt, memang tak bagi kesan apa2, takde fungsi. So carilah kehidupan & kebahagiaan tt dulu tak payah fikir banyak, semoga dipermudahkan.

Aisyah: Assalam puan, Tinggalkan dia sebelum biawak hidup ini memakan segala yg awak ada. Buat apa ada suami kalau untuk menambah dosa. Dia berdosa sebab abai tanggungjawab. Awak berdosa sebab membenci dia. Angkat kaki. Move on. Moga awak bahagia … Moga Allah permudahkan urusan awak.

Missarah: Baca mcm cerita rekaan kan? Tp bukan ye, sbb mmg ada ustaz mcm ni, bukan semua la, ada la sesetengah tu kot la perangai mata keranjang tak hilang lg.. bila sy tanya, siapa call kau 3 4 pagi ni? Dia kata tu la ustaz tuutttt, dia kata baru lepas tahajud.. dlm hati sis, ntah2 baru lepas bersama dgn bini lepas tu nak call skandel.. eeee… meremang bulu roma….

Bella: PM kami so kami boleh report fb dia dan. biar FB yg banned account dia sbb report kami beramai2. Pada saya dia dah menggunakan fb account utk ke arah maksiat di mana dia guna nama dan kemahsyuran fb branding tu as means utk dia bermaks1at ganggu isteri org dan lain2. Dan berkenaan dgn hak kepada penulisan tu.

Saya rasa ustazah perlu rujuk publishers mcm mana nk dpt rights over penulisan tu dan kalau siapa republished penulisan tu boleh disaman.. jgn bg dia claim benda tu sepencarian. Waklu sgt. Semoga urusan ustazah dipermudahkan. Kalau perlu bantuan boleh PM

Sumber IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*