Dedah kehidupan di AS, Lana Nodin tunjuk pula bagaimana suami solat jumaat dan tiada SOP kena ikut

Acap kali berkongsi video kehidupan di Amerika Syarikat (AS), pelakon Lana Nordin mendedahkan kepada umum bahawa solat jumaat di Amerika Syarikat boleh dilakukan secara berjemaah tanpa penjarakan saf.

Menurut Lana, suaminya iaitu David McKienzie dapat menunaikan solat tersebut di Masjid Hazmah di Clearwater, semalam.

Tiada jaraf saf disini

Alhamdullilah. Thank you Allah swt. Hari ni saya dan suami @david_mckienzie dapat menunaikan solat Jumaat berjemaah dekat Masjid Hamzah di Clearwater. Alhamdullilah, dengan izinNya, masjid ini hanya beberapa minit sahaja dari tempat tinggal kami.

Menurut Lana, dia dan suami bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk menunaikan solat Jumaat secara berjemaah di sebuah masjid berhampiran kediaman mereka.

Ujar Lana, solat Jumaat di sana tidak perlu penjarakan saf. Bahkan, semua jemaah digalakkan untuk merapatkan saf antara satu sama lain dan tiada sebarang diskriminasi yang dikenakan kepada mana-mana individu sebelum masuk ke masjid.

Surprisingly ramai umat islam menunaikan solat jumaat dan semasa kami solat jumaat, saf di sini tidak ada penjarakan sama seperti saf sebelum wujudnya covid dan tiada diskriminasi yang dikenakan untuk memasuki masjid ini. MasyAllah.

Semoga Malaysia pulih

” Thank you Allah kerana permudahkan semuanya untuk kami sekeluarga. Insyallah, semoga Allah akan permudahkan keluargaku, saudaraku dan sahabatku di Malaysia dan semoga Malaysia pulih semula.

” Semoga Allah lindungi umat umatNya walau dimana kita berada. Thank you Allah for this opportunity.

Di akhir posting tersebut, Lana mendoakan yang terbaik buat seluruh ahli keluarganya dan sahabat yang berada di Malaysia. Jelas Lana, dia berdoa semoga Malaysia kembali pulih seperti biasa.

VIDEO:

 

Lana Nodin Tiba Di AS Tanpa Vaksin, Tak Perlu ‘Scan’ Masuk Restoran, Macam2 Benda Boleh Buat

Kebelakangan ini, nama pelakon Lana Nodin sering menjadi perbualan hangat di media sosial gara-gara pertikaikan prosedur operasi standard (SOP) petugas barisan hadapan selain menggesa Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.

Terbaru, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkongsi sebuah video di laman Instagram memaklumkan dia sudah tiba di negara suaminya, David McKienzie di Amerika Syarikat (AS).

Menerusi posting dengan status panjang lebar, pelakon berusia 41 tahun itu mahu ‘membuka mata’ individu yang mengecam dirinya sebelum ini kononnya dia akan sukar menjalani kehidupan tanpa vaksin di luar negara.

“Ni video khas aku buat untuk yang selalu menghina dan masih mencaci dan suka buat spekulasi sendiri tanpa tanya saya, tanpa selidik tanpa mengkaji kenapa dan apa yang saya buat!
“Ada yang kata oh dia tak lepas airport apa lagi berjaya ke nak balik AS.. kat AS sana lagi teruk semua tak boleh, dine-in ke, riadah ke masuk mall ke atau masjid ke..ok selama ni aku diam sebab orang kat portal ramai yang mengutuk, menghina bahkan ada yang lebih tau pasal AS dari negara yang selalu aku keluar masuk dan negara asal suami aku sendiri…
“Jangan mesej aku tanya itu ini, just tengok dan nilai sendiri! korang yang di FB dan portal2 yang sibuk mengata aku, sibuk suruh aku balik AS siap halau aku dari negara aku sendiri..ok ni aku balik, aku buktikan apa yang korang cakap tu lebih tau dan teror pada aku!!!,” tulisnya.

Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu berkata, dia bersyukur proses dan perjalanan untuk pulang ke negara berkenaan dipermudahkan tanpa menggunakan ‘orang dalam’.

Dari aku apply MTP, buat DOKUMEN YG SAH mengikut UNDANG-UNDANG MALAYSIA dan bertolak ke airport KLIA sampai ke AS, alhamdullilah perjalanan aku sangat2 dipermudahkan.
“Tiada sebarang diskriminasi atau apa2 masalah! Tiada sebarang cable, ni semua cable ALLAH SWT dan bila ALLAH kata kun fa yakun,  jadi lah ia…siapa kita nak pertikaikan rezeki, ajal dan apa2 pun dari DIA???,” luahnya.

Selain itu, dia juga berterima kasih kepada kenalan dan pengikutnya yang selalu menyokongnya dengan memberikan kata-kata semangat serta tidak lupa mendoakan supaya kita semua dilindungi Allah SWT.

Sumber: OH BULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Tak usah nak promosikan fasal suami solat berjemaah di masjid dekat rumah bolih rapatkan sh
    saf. Nak tanya kenapa umat Islam solat mesti rapatkan saf? Kedua diperhatikan suami Lana pakai T-Shirt dan jean je solat Jumaat. Kita nak mengadap Allah mesti berpakaian kemas bukan pakaian santai macam nak pergi ke supermarket je.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*