Azri Iskandar Senyap-Senyap Cucuk Vaksin, Tak Sangka Ini Reaksi Isteri Ellie Suriaty




UMUM mengetahui pasangan pelakon Azri Iskandar dan Ellie Suriaty Omar enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas faktor keselamatan.

Namun demi tuntutan kerja, Azri, 53, rupa-rupanya sudah lengkap vaksinasi tanpa pengetahuan Ellie yang juga seorang pengarah terkenal.

Bercerita tentang hal itu kepada mStar, Ellie, 51, yang lantang menolak vaksin buat masa ini berkata dia terpaksa akur dengan tindakan suaminya itu.

“Azri dah vaksin, dah dua dos. Dia buat tu pun tak cakap dengan saya.

“Pada saya… saya pun tak nak bergaduh kerana itu pilihan dia. Tak apa la, tak ada bergaduh kat rumah,” katanya ketika dihubungi mStar.

AZRI1

Azri Iskandar terkpaksa menerima vaksin demi tuntutan kerja.

Sebelum ini mStar melaporkan selain Ellie dan Azri, dua anak mereka yang berusia 17 dan 12 tahun turut enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan.

Mengulas lanjut tentang tindakan Azri, Ellie berkata dia rasional berkaitan hal itu kerana suaminya perlu keluar bekerja mencari nafkah untuk mereka sekeluarga.

Tambahan pula sebagai pelakon, mereka perlu memenuhi syarat lengkap dua dos vaksin sebelum dibenarkan terlibat dalam mana-mana produksi.

“Dia tak happy dengan perkara ni (vaksin). Tapi sebab dia ketua keluarga, kena cari nafkah.

Jika dia jatuh sakit saya akan jaga dia sebab dia suami saya dan teruskan makan makanan sunnah. Saya tak mahu keluarga jadi berpecah sebab keputusan ni,

“Sebab itu dia buat ni diam-diam tanpa beritahu saya… tahu-tahu je dah dua vaksin.

“Jika dia jatuh sakit saya akan jaga dia sebab dia suami saya dan teruskan makan makanan sunnah. Saya tak mahu keluarga jadi berpecah sebab keputusan ni,” katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya tentang keputusan kerajaan yang belum berhasrat melarang pelajar enggan divaksin daripada masuk ke sekolah untuk belajar secara bersemuka, Ellie berkata dia masih skeptikal tentang hal berkenaan.

“Mula-mula mereka kata memang tak ada paksaan untuk ambil vaksin, tapi akan kaunseling ibu bapa.

“Jadi ini persepsi kerajaan mengatakan ibu bapa yang memberi tekanan kepada anak-anak untuk tidak divaksin.

“Seolah-olah kita dituduh tidak menjaga kesihatan anak-anak. Anak-anak belong to their parents not belong to the government. Pada saya itu statement yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

ellie 2

Ellie akan buat keputusan untuk berhentikan anak-anak dari sekolah sekiranya masih dipaksa terima vaksin.

Katanya lagi, sekiranya kerajaan masih enggan menghormati keputusan mereka, dia tidak teragak-agak untuk berhenti menghantar anak-anaknya ke sekolah.

“Walaupun dipanggil untuk kaunseling I would still say no. Harap kerajaan hormati keputusan ibu bapa.

“Anak-anak mengadu kawan-kawan pulaukan mereka, tapi tak apa la kena pulau… tak ada la sampai nak bermusuh, its ok.

“Tapi I have to choose berhentikan anak sekolah, not going to school. Diskriminasi ni sangat buruk untuk mental,” ujarnya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*