Pengantin Nampak Berseri-Seri Lepas Disolek Terima Pujian Ramai, Tapi Tak Sangka Bila Ditanya Umurnya Ramai Terkejut

Setiap wanita pasti mahu tampil cantik di hari bahagia mereka. Tidak kiralah usia tua ataupun muda, penampilan tetap harus dijaga lebih-lebih lagi untuk keyakinan diri sendiri.

Jadi, menerusi perkongsian seorang jurusolek atau mak andam perkahwinan dikenali sebagai Erma Tahir, dia telah berkongsi satu video seorang pengantin yang didandannya sewaktu majlis perkahwinan.

Pengantin nak nampak berseri2

Apa yang menarik perhatian ramai adalah kepakaran Erma Tahir menyolek mempelai wanita sehingga terlihat seri seorang pengantin. Sekali pandang pasti tidak ada yang menyedari bahawa mempelai sudah pun berusia 60 tahun.

Dalam kapsyen yang disertakan di video tersebut, pada awalnya pengantin perempuan sempat bertanya sama ada bolehkah Erma Tahir mendandankannya supaya terlihat bersri-seri di hari bahagia memandangkan sudah berusia 60 tahun.

Namun, Erma menyakinkan mempelai dengan berjanji untuk melakukan yang terbaik. Ternyata hasilnya sangat memukau.

Power skill jurusolek

Perkara tersebut telah menjadi bualan warganet yang rata-rata memuji penampilan pengantin perempuan yang terlihat sangat cantik.

Pastinya siapa yang tidak mengenali akan menganggap mempelai baru berusia 20 atau 30an.

Tak makeup pun memang dah cantik

Dah berumur tetap nampak muda

Nampak macam umur 20an

Mesti auntie ni masa muda memang dah cantik

Kalau tak tengok ‘before’ tak tahu yang dah umur 60 tahun

Sumber: TikTok @ermatahir

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*