
SUDAH suratan takdir, penyanyi Azmi Saat hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari selepas bayi sulungnya yang dilahirkan Isnin lalu meninggal dunia pada Khamis.
Berita sedih itu dikongsikan pengurusnya, Syah Rahman yang memaklumkan bayi yang diberi nama Khairul Afnan itu menghembuskan nafas terakhir dalam pangkuan ibunya, Nazira Muhamad di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
“Selepas alat bantuan pernafasan dibuka, Azmi dan isteri diberi peluang meriba anak mereka sehingga nafas terakhir,”
“Afnan sah meninggal dunia beberapa minit kemudiannya… kita doakan semoga pasangan ini diberikan kekuatan melalui ujian cukup mencabar ini,” kata Syah ketika dihubungi mStar.
Bagaimanapun sehingga kini masih tidak dapat dipastikan punca sebenar zuriat yang ditunggu-tunggu sejak 10 tahun itu meninggal dunia.
Pada pagi Khamis, Azmi yang juga merupakan vokalis kumpulan Caliph Buskers memaklumkan bayi lelakinya itu berdepan masalah kesihatan sehingga perlu menerima bantuan pernafasan.
Azmi dan isteri teruja timang anak sulung pada Isnin lalu.
Reda menerima ujian itu, Azmi, 34, memohon orang ramai mendoakan kesihatan anaknya yang berada di hospital sejak hari pertama kelahiran.
“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami.
Malam tadi Azmi ada beritahu Afnan tak sihat. Kata Azmi, Afnan bernafas dengan bantuan alat pernafasan!
“Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami.
“Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya. Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya.
“Apa pun yang berlaku, kami reda dengan ketentuan takdir-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya menerusi laman Instagram.
Sementara itu, Syah turut memaklumkan masih belum mengetahui penyakit yang dihidapi oleh bayi itu kerana perlu menjalani pemeriksaan pakar terlebih dahulu.
Perkongsian Azmi di Instagram mengenai keadaan kesihatan anaknya.
“Saya pun belum dapat hubungi Azmi lagi… cuma terakhir malam tadi dia ada beritahu Afnan tak sihat. Kata Azmi, Afnan bernafas dengan bantuan alat pernafasan.
“Doktor syak bahagian otak Afnan ada masalah sebab dia tak bergerak, jadi perlu buat ujian MRI untuk semak status otak dan punca sebenar,” kata Syah.
Pada Isnin lalu, Azmi dan isteri iaitu Nazira Muhammad, 35, meluahkan saya syukur dikurniakan cahaya mata pertama selepas penantian selama 10 tahun.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment