Lakukan Sesi Bergambar Ibu Hamil, Perut Lesti Jadi Perbualan: “Padahal Baru 1 Bulan Nikah”




Dunia seni Indonesia saat ini bakal menerima kelahiran anak anak bintang popular mereka.

Saat ini diketahui pelakon dan penyanyi Nagita Slavina sedang hamil anak keduanya. Model dan pelakon yang juga merupakan isteri Baim Wong, Paula Verhoeven juga hamil anak kedua.

Kemudian anak diva Krisdayanti, Aurel Hermansyah yang juga seorang penyanyi hamil anak sulung hasil perkongsian hidup bersama YouTuber Atta Halilintar.

Dan terakhir sekali, penyanyi dangdut Lesti Kejora juga hamil selepas menikah dengan pelakon Rizky Billar pada tahun ini.

Meraikan fasa kehamilan mereka, Nagita yang merupakan isteri Raffi Ahmad menganjak tiga temannya itu untuk melakukan sesi pemotretan ibu hamil bersama. Dia pun memberi jolokan The Bumils (ibu hamil) kepada ‘kumpulan’ ini.

Menurut Aurel, Nagita adalah mastermine terhadap sesi pemotretan tersebut dan menyediakan semua dari pakaian sehingga props buat mereka.

“Nagita hubungi saya, bertanya mahu tak ikut serta dalam sesi pemotretan The Bumils. Selepas saya dengar ada Paula dan Lesti, saya tak sabar dan teruja untuk melakukannya. Nagita menyiapkan semua untuk kami,” kata Aurel seperti dilaporkan media tempatan.

Foto yang menyaksikan keempat empat ibu hamil itu mengayakan beberapa pose telah mencuri perhatian warga maya, malah dua keping hasil pemotretan yang dikemas kini dalam akaun Instagram Nagita telah mendapat lebih 2.3 juta tanda suka daripada kalangan pengikutnya.

Selain memuji dan mendoakan kesihatan serta kelancaran kelahiran, ramai warga maya yang ‘salah fokus’ sekaligus berdebat mengenai usia kehamilan dan perut besar Lesti.

Namun menerusi laporan Viva.co, pada pandangan segelintir warga maya, perut Lesti kelihatan sangat besar dan memboyot dan seperti tidak selari dengan tanggal pernikahan mereka.

Malah beberapa hari lalu warga maya juga berdebat dan terkejut melihat foto imbasan bayi yang dikongsikan oleh Rizky menerusi Insta Storynya yang dikatakan sudah kelihatan besar dan dikatakan seperti bayi berusia enam bulan.

“Padahal baru 1 bulan Lesty nikahnya, tapi perut nya sudah seperti kak Gigi (Nagita)…,” komen seorang netizen.

“Cepat amat perutnya Lesty besar,” komen yang lain pula.

“Yang satu perasaan baru acara, perutnya sudah sama aja dengan yang sudah lama acaraan,” ujar seorang lagi netizen.

Lesti dan Billar menikah pada 29 September 2021 lalu, namun selepas gosip mengatakan penyanyi itu seperti sudah hamil semasa acara berlangsung telah membuat pasangan ini mengaku telah menikah secara ‘rahsia’ pada awal tahun ini.

Pengakuan tersebut kemudian menjadi lebih hangat apabila ada individu yang melaporkan mereka kepada polis atas dakwaan berbohong sehingga diancam penjara empat tahun.

Sementara itu, selain Lesti, Nagita dan Paula kini sudah memasuki trimester ketiga kehamilan manakala Aurel pula sedang hamil empat bulan.

Siapa Lesti Kejora

Lestiani, atau lebih dikenali sebagai Lesti Kejora atau Lesti DA (lahir di Bandung, Jawa Barat, 5 Ogos 1999; umur 22 tahun) merupakan seorang penyanyi asal Indonesia. Dia merupakan juara ajang pencarian bakat D’Academy musim pertama yang ditayangkan di Indosiar. Ia juga dikenali memiliki cengkok vokal yang khas dan suara yang menggelegar dalam setiap penampilannya. Selepas menjuarai ajang tersebut, Lesti mengeluarkan debut single Kejora yang diciptakan oleh Nur Bayan dan diterbitkan pada tahun 2014 sebagai lagu kemenangannya di ajang pencarian bakat tersebut.

Minat Tudung Bawal & Kumpul Banyak Harta, Wajah Melayu Lesti Kejora Pernah Tawan Dunia! - Nona

 

Lesti Kejora Hamil Berapa Minggu? Pada Bulan Februari 2022 Leslar Junior Bakal Lahir ke Dunia - Media Blitar

 

Lesti Kejora Diisukan Hamil, Ayah Rizky Billar: Setahu Saya Kami Tahu Agama, Taat Agama - Tribunnews.com Mobile

Instagram: @raffinagita1717, @aurel.hermansyah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*