
Pelawak Shahrol Shiro memohon agar semua mendoakan urusan pembedahan buah pinggang anak keduanya, Ismail Rifqi.
Shahrol ketika dihubungi Gempak berkata, prosedur pembed4han akan bermula pada jam 9.30 pagi ini di Pusat Perubatan Sunway, ]ohor Bahru.
“Saya cuma berharap urusan pembed4han Ismail dipermudahkan. Tiada apa yang saya harapkan, cuma doa yang baik-baik daripada anda semua,” katanya.
Shahrol berkata, tarikh pembedahan ini juga sudah dijadual lebih awal sejak Ismail dimasukkan ke hospital tempoh hari.
“Selepas berbincang dengan doktor dan mengambil kira beberapa faktor saya dan isteri bersetuju untuk melakukan pembedahan demi menyelamatkan buah pinggang Ismail.
“Ismail hanya memiliki satu buah pinggang dan ia membengkak kerana 80 peratus salurannya tersumbat.
“Pembedahan perlu dilakukan untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk,” katanya.
Ditanya mengenai kos pembedahan, Shahrol berkata is dianggarkan sekitar RM30,000 hingga RM40,000 bergantung kepada keadaan Ismail.
Dalam pada itu Shahrol berkata dia redo dengan ujian dari Allah SWT ini.
“Saya reda. Saya bersyukur kerana isteri saya seorang ibu dan wanita yang kuat. Kalau tdak kerana semangat daripada dia, saya juga tdak mungkin sekuat ini.
“Kepada yang mendoakan Ismail daripada awal, terima kasih daripada saya dan isteri. Hanya Allah dapat membalas jasa balk kalian semua,” katanya.
Ismail Rifqi, 8 bulan dimasukkan ke hospital pada awal September lalu kerana tidak sihat.
Bagaimanapun selepas itu doktor mengesahkan Ismail hanya memiliki satu buah pinggang sejak dilahirkan.
Sumber : Gempak
Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment