Shuib Akhirnya Dedah Wajah Ayash Affan, Ada Satu K0men Buat Ramai Sebak




Syukur, itu luahan pelawak Shuib Sepahtu apabila anak pramatangnya iaitu Ayash Affan yang lebih sebulan dipantau di h.ospital akhirnya dibenarkan pulang ke rumah pada Selasa.

Kata Shuib atau Shahmira Muhamad, jika arwah Siti Sarah masih ada ia tentunya menjadi hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran Allahyarham yang ke-36 pada Rabu.

Selain berita gembira tentang kepulangan Ayash, pelawak berusia 37 tahun itu turut berkongsi foto bahagian tangan bayi berusia satu bulan lapan hari itu.

“Syukur Ya Allah, esok hari lahir ibu (15 September). Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini. Insya-Allah sekejap lagi dah boleh balik dah. Allahuakbar… tangan, jari sebiji tangan ibu. Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini.

“Terima kasih semua. Syukur Ya Allah di atas rahmatMu,” katanya menerusi Instagram pada Selasa. Menerusi perkongsian itu juga, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa syukur serta teruja.

Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini

Pada Isnin, Shuib diberi peluang buat pertama kali bertemu dengan anaknya yang berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Shuib berkata, berat badan anaknya itu sudah mencecah 2.6 kilogram dan kuat menyusu.

“Ayash sihat berat sudah 2.6 kilogram, menyusu kuat dan comel sangat. Muka macam daddy la ibu. Memang istimewa sangat hadiah daripada ibu. Allahuakbar. I wish you are here sayang… I love you” tulis Shuib.

Shuib bersama anak-anak.Sementara itu, menerusi laman Instagram Siti Sarah, kelihatan tiga adik-beradik Ayash teruja menyambut ketibaan adik bongsu mereka.

“Alhamdulillah… Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Uwais, Talita dan Matin hari-hari tanya fasal Ayash. Mereka nampak gembira sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tunggu daddy bawa balik Ayash.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Ayash, terima kasih kepada semua yang mendoakan daddy, Uwais, Talita dan Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah.

“Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah. Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah” ujar pengendali instagram berkenaan.

Shuib Kongsi Wajah Ayash Affan

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur a.kibat C0vid 19. Allahyarham menjalani pemb.edahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6. Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Ada Satu Komen Buat Ramai Sebak

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*