Tengku Jamidah Tunjuk Sokongan Kepada Syed Saddiq, Guna Ganja Dalam Perubatan, Tak Sangka Ini Sebab Dia Sokong

Isu penggunaan ganja dalam perubatan yang di bahas Syed Saddiq di Parlimen baru-baru ini, mendapat perhatian Tengku Chanela Jamidah.

Di Instagram beliau, Tengku Jamidah berkongsi pandangannya mengenai penggunaan ganja dalam perubatan bagi merawat penyakit kronik.

Sokong Penanaman Pokok Ganja Jenis Hemp

Berdasarkan perkongsian di Instagram beliau, Tengku Jamidah menyuarakan rasa berterima kasih kepada Ahli Parlimen Muar kerana membahas soal penanaman pokok ganja jenis hemp di Parlimen. Menurut Tengku Jamidah berjuta pesakit memerlukan perubatan ganja sebenarnya.

“Berjuta orang memerlukan perubatan ganja. Kanak-kanak epilepsi kita, ibu bapa kita yang menghidap barah, datuk dan nenek alzheimer kita.

Dan manfaat ekonomi untuk semua. Tidak mengira fahaman politik anda, SEMUA ORANG dapat manfaat. Ketepikan sebentar dan sediakan keperluan kesihatan untuk orang kita. Ini adalah hak asas manusia!”

Sudah Tiba Masa Untuk Berubah – Tengku Jamidah

Dipetik dari Instagram beliau, Tengku Jamidah menggalakkan penanaman pokok ganja jenis hemp untuk perubatan dan perubahan ini harus dilakukan bagi menyelamatkan berjuta nyawa.

Menurut Tengku Jamidah lagi rancangan ini harus dipantau dan dikawal selia oleh satu pertubuhan profesional, dan bincangkan langkah seterusnya bagi merealisasikan program tersebut.

Seperti yang saya katakan bertahun-tahun. Cipta satu badan dari golongan profesional dan bincangkan langkah yang perlu diambil untuk melaksakan program ini. MOH boleh beri kelulusan pengimportan dan pengagihan tanpa meminda akta dadah berbahaya 1952 (DDA).”

Selain itu, Tengku Jamidah juga menekankan dengan penanaman pokok ganja jenis hemp ini ia bukan saja dapat menyelamatkan ramai nyawa malah banyak keuntungan boleh diperolehi hasil penanam pokok hemp ini.

Siapa yang akan menjayakan ini dan siapa yang akan menyokong agenda ini?

Semua rakyat Malaysia perlu menyuarakan sokongan sekarang. MP perlukan anda! Kanak-kanak perlukan anda! Tiba masanya unruk BERUBAH. Halalkan hemp dan perubatan ganja! Anda tidak rugi apa-apa, malah banyak manfaat dapat!”

Walaupun besar manfaatnya baik dari segi perubatan dan sumber ekonomi, tapi bolehkah kerajaan dan sektor kesihatan gunakan pokok ganja jenis hemp ini dengan telus. Dan jika penggunaan ganja dalam perubatan dibenarkan, banyak perkara harus di teliti.

Apa pandangan anda tentang isu perubatan ganja ini.

Sumber Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*