“Nak bagi makan aiskrim,” Ibu Bangga Suap Makanan Pejal Pada Bayi Baru Lahir Buat Netizen Tak Senang Duduk




Detik indah kelahiran bayi pertama bagi setiap pasangan merupakan momen indah. Akan tetapi ia juga merupakan satu tugasan yang agak mencabar apabila bergelar ibu bapa.

Walaupun tidak berpengalaman, namun ramai  ibu bapa yang mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu mengenai bayi mereka dan bersedia untuk menjalankan tanggungjawab.

Pastinya setiap pasangan yang baru bergelar ibu bapa mahu memberikan yang terbaik buat bayi sulung mereka.

Bayi yang baru lahir perlu penjagaan yang rapi termasuk keperluan susu

Namun begitu, ada banyak perkara yang perlu dititik beratkan dalam menjaga bayi yang baru lahir seperti susu dan pemakanan yang diperlukan oleh bayi.

Ibu bapa tidak boleh sesuka hati memberikan makanan yang tidak sesuai kepada bayi mereka.

Ini kerana bayi yang baru lahir mempunyai badan yang kecil, kulit sensitif dan tidak sesuai menerima sebarang makanan selain susu ibu.

Ibu suap bayinya makanan undang reaksi netizen

Walau bagaimanapun, lain pula dengan situasi yang kecoh di media sosial apabila seorang ibu dengan bangganya memuat naik satu video yang mengundang reaksi netizen.

Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok itu memperlihatkan seorang ibu sedang menyuap makanan bayi yang baru berusia beberapa hari itu.

Kulit bayi tersebut masih kemerah-merahan

Jelas kelihatan dalam video tersebut, kulit bayi masih lagi kemerah-merahan tetapi terpaksa menerima makanan daripada ibunya itu.

Hal tersebut membuatkan netizen meluahkan pendapat masing-masing dengan tindakan ibu tersebut.

Kapsyen mahu beri bayinya aiskrim pula

Selain itu, si ibu memuat naik video tersebut beserta kapsyen mahu memberi aiskrim pula kepada bayinya dan meminta agar tiada kecaman daripada orang luar.

Difahamkan, video tersebut meraih hampir 20,000 tontonan dan kesemua komen memberikan pendapat mengenai tindakan ibu itu.

“Nanti mummy bagi makan aiskrim pulak”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa kasihan melihat keadaan bayi itu.

Tolong siapa kenal fatimazahra ni bwk ke hospital mungkin ada tekanan perasaan atau meroyan sbb ibu yang normal takkan lakukan perkara begini ya 

Allahu , kalau taknak jaga pon jangan laa seksa baby tu macam tu , bagi je dekat orang . ramai je yang nak jaga

Jangan sebab sis marahkan org lain, sis buat mcm tu..dah dikira mendera, usus baby sgt kecik, saya ni 5 tahun menunggu nak dapat baby..

bende dh viral merata, fb ig tweeter sume dh viral, esok2 ade la tu jkm dtg dgn polis ketuk pintu amik baby tu, dh kira kes pnderaan gak ni

emak dia perlu emosi support ker ni? takut juga emosi mak dia terganggu sebab tu bertindak tak rasional. Kena bantu kalau dia ada masalah

Baby 6 bulan pun start dgn bubur kosonh yg cair. Ini mcm nestum, pekat pulak tu ya Allah, lindung dan pelihara baby ni ya Allah.

kenapa dari dalam perut tak bagi solid food?? masa tau pregnant tu patutnya dah bagi dah. sian dia lapaq dok 9bulan dalam perut takdak makanan

Puan, baby perlu makan ikut umur mereka. Puan kena buat selidik sikit tentang pemakanan bayi sebelum bagi sebarang makanan kepada mereka

semoga baby nie dapat diselamatkan..klu ini ibunya kemungkinan Ada tekanan tu atau meroyan ..Yaallah Lundungi baby nie Yaallah..

Please….. Ya Allah. Selamat kan lah bayi ini Ya Allah. Panjang kan usia dia Ya Allah. Moga dapat diselamatkan oleh orang yang mengenali. Aamiin.


Malah mereka menasihati semua ibu-ibu supaya mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan sebelum memberikan sesuatu kepada bayi mereka.

Video tular di Tiktok

Kredit: YOY Network/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*