Wanita Tak Sangka Bertemu Jodoh Di Paris, “Sebelum Jumpa Killian, Saya Tidak Pernah Terfikir Untuk Berkahwin Dengan Orang Luar, Tetapi..“

Siapa sangka dalam sibuk menuntut ilmu di luar negara, seorang wanita Nur Afariza Hanim Abdul Halim bertemu jodoh dengan warga Perancis, Killian Castillon du Perron selepas lima tahun berkenalan.

Menurut laporan Harian Metro, wanita berusia 25 tahun itu kagum dengan kesungguhan suaminya bagi mendalami Islam tanpa paksaan sehingga mengambil keputusan untuk mengucap syahadah pada 2018.

“Sebelum jumpa Killian, saya tidak pernah terfikir untuk berkahwin dengan orang luar. Tetapi perwatakannya yang sangat baik membuatkan saya jatuh hati.
“Dia juga suka budaya dan makanan negara kita dan tak kekok makan pakai tangan, makan durian atau nasi lemak.
“Bukan itu saja, dia usaha sendiri untuk belajar tentang Islam, beli buku dan jumpa ustaz sendiri tanpa disuruh,” katanya yang selamat bernikah pada 21 September lalu selepas setahun bertunang.

Bercerita mengenai proses mengenali hati budi, dia berkata suaminya yang berusia 23 tahun itu tinggal di rumah keluarganya di Pulau Pinang selama dua bulan sebelum memeluk Islam.

“Saya bawa dia jalan-jalan mengunjungi lokasi tumpuan seperti Bukit Bendera dan Persiaran Gurney, Georgetown, Kuala Lumpur, Cameron Highlands dan Melaka.
“Di Melaka, kami sempat melawat Masjid Selat Melaka dan waktu itulah Killian ambil masa melihat sendiri seni bina Islam dan budayanya,” ujarnya.

Nur Afariza berkata, mereka sepatutnya mengadakan majlis perkahwinan di Malaysia bersama ahli keluarga namun sempadan negara masih belum dibuka berikutan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, dia bersyukur ditemani rakan-rakan ketika proses pernikahannya di Masjid As-Salam di Toulouse, Perancis.

Tambah Nur Afariza, dia dan suaminya merancang untuk tinggal di Perancis apatah lagi baru selesai pengajian peringkat Sarjana dalam bidang kejuruteraan.

“Untuk perancangan selepas ini, kami akan pindah ke Nice, Perancis untuk Killian sambung pengajian dalam Doktor Falsafah selama tiga tahun.

“Saya pula akan cari kerja disini dahulu. Lepas Killian habis belajar, mungkin kami akan cari peluang baru,” kongsinya.

Sumber: Harian Metro (Murnaena Muhammad Nasir) , Instagram Afariza Hanim

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*