‘Ya Tuhan Cantiknya Puan’ – Penampilan Terkini Sofea Jane Mngejutkan Ramai, Suami Pula Kekal Tampan




Nama Sofia Jane dalam industri seni Tanah Air rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Meskipun sudah berusia 48 tahun pada tahun ini, kejelitaan dramatis berdarah kacukan Inggeris ini tidak dapat disangkal lagi.

Pada tahun 1995, Sofia Jane telah memilih untuk mendirikan rumah tangga dengan Dato’ Meor Azman Mohamed dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sejak itu, peminat jarang kita mendengar khabar mahu pun perjalanan seni pelakon sensasi 90-an Sofia Jane di dada akhbar atau media sosial.

Mungkin mahu kekal hidup sederhana dan enggan terlalu mendedahkan sisi peribadi di internet, perkongsiannya hari ini bagaimanapun mengejutkan warga maya.

Kembali tular

Bagaimanapun, Sofia Jane dilihat berkongsikan kembali gambar majlis perkahwinannya yang berlangsung 25 tahun lalu melalui satu ciapan yang dibuat melalui akaun Twitternya pada September 2020.

” Jubli perak,” tulisnya ringkas sambil berkongsikan beberapa keping gambar majlis perkahwinan dan juga gambar terkini mereka.

Ciapan itu bagaimanapun kembali tular selepas beberapa portal hiburan membuat artikel mengenai penampilan terkini Sofia Jane.

Perkongsian tersebut yang sehingga artikel ini ditulis sudah pun mencatat lebih 3,000 retweet membuatkan netizen teruja terutama dengan hampir tiada perubahan ketara yang dilalui bekas pemenang anugerah Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH) 1993 dan juga Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) 1994.

Sofia Jane berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Meor Zain Azman pada 1995 dan dikurniakan tiga cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.

Beliau ketika itu berusia 23 tahun ketika membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Tidak dimamah usia

Sofia Jane Menanti 'Kehidupan Baru' - Hiburan | mStar

Melihat kembali gambar-gambar yang dikongsikan Sofia Jane itu, rata-rata netizen berpendapat pelakon popular itu tidak dimamah usia walaupun perkahwinannya sudah berusia 25 tahun.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di kiriman tersebut memuji pelakon tersebut yang mampu mengekalkan kejelitaannya dan tidak kurang juga yang bertanya rahsia awet muda beliau.

Sofia Jane suatu ketika dahulu pernah popular dan mula dikenali ramai dengan penampilannya dalam filem Mira Edora.

Dalam pada itu, rata-rata warganet memberi respon dengan memuji kecantikan pelakon filem terkenal Malaysia suatu ketika dahulu itu.

Melihat foto-foto itu, warga maya kagum dengan kejelitaan wajah wanita kacukan Inggeris-Melayu kelahiran London yang kelihatan seperti tidak dimamah usia.

” Suami anda berubah. Anda kekal muda. Saya mahu belajar bagaimana cara suami anda menjaga anda hingga ke tahap ini. Saya juga mahu buat begitu kepada isteri saya,” catat Naz Amin di ruangan komen.

Suami umur hampir 60 tahun, masih kelihatan hebat

” Suami saya umurnya hampir 60 tahun (dan masih kelihatan hebat). Saya 11 tahun lebih muda. Harap ini dapat menjawab soalan anda,” balas Sofia.

” Selamat ulang tahun perkahwinan madam! Ya Tuhan cantiknya puan, wajah sama walau masa berlalu,” catat fazaraptor.

” Bagaimana anda boleh kekal muda? Tidak adil bagi kami makhluk fana. Tahniah, tak sabar nak lihat hantaran anda sempena jubli emas,” catat TKohHock.

Hantarannya sejak pagi tadi disukai lebih 16,000 dan dikongsi lebih 4,500 pengguna Twitter.

Sofia Jane berkahwin pada 1995 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Masalah Jadual Punca Sofia Jane Tarik Diri Pementasan Teater - Hiburan | mStar

Artis paling popular 1993 itu turut terkenal dengan beberapa buah filem seperti Harry Boy, Kekasih Awal dan Akhir, Perempuan, Isteri dan… serta Sayang Salmah.

Filem terkini lakonanya adalah Hanyut pada 2016 dan Bu, Kasih Suci (2019).

Adakah anda sebahagian daripada generasi yang membersar dengan filem dan lakonan antara artis wanita popular suatu ketika dahulu ini?

Apa pun, semoga Sofea Jane dan suami akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Sama-sama kita doakan.

Image of Sofia Jane

Sumber: ohmymedia dan thevovket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*