Kantoi Rakam Video Dalam Tandas Lelaki, Perakam Cuak Kena Cekup.. Siap ‘Offer’ Nak Bagi Duit




Tindakan seorang lelaki yang bertindak merakam video di dalam tandas lelaki di sebuah stesen minyak mengundang padah apabila dia dicekup oleh orang awam. Curiga dengan aksi lelaki tersebut, orang bertindak menahan sebelum meminta untuk melihat telefon bimbit suspek.

‘Orang tengah buang air besar pun kau rakam’

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh abg.botakk di TikTok, memaparkan seorang pemuda yang dicekup selepas kantoi merakam orang yang berada di dalam tandas lelaki.

Kantoi buat kerja tak clear rakam orang dalam tandas. Dia ni gayboy.

Lelaki berkenaan kelihatan berada dalam ketakutan dan pada mulanya enggan memberi telefonnya kepada orang awam yang berada di situ. Namun setelah ‘digertak’ oleh beberapa individu, pemuda berkenaan akhirnya menyerahkan telefonnya.

Dia bagaimanapun sempat memadam kesemua video tersebut sebelum dijumpai semula di dalam satu folder. Ratusan video menjijikkan dipercayai dirakam di tandas stesen minyak itu akhirnya ditemui di dalam folder telefon bimbit miliknya.

Orang nak tengok yang kau rakam tu. Kau buat macam ni tak guna. Masa kau buat tu ada kau fikir? Kau nak settle macam mana? Habis tu orang punya aib yang kau rakam tu macam mana?

Berebut nak dapatkan telefon semula

Dalam pada itu, pemuda berkenaan turut memberi alasan bahawa dirinya tidak sihat kerana demam dan baru lepas menerima suntikan vaksin.

Asal? kau cucuk vaksin kena tengok orang buang air kecil lah? Orang buang air besar pun kau rakam.

Takut dibawa ke balai polis, pemuda berkenaan cuba mendapatkan telefon bimbitnya semula, namun orang awam yang berada di situ menangani situasi tersebut dengan baik tanpa menggunakan kekerasan.

Tidak lama selepas itu, pihak polis datang ke tempat kejadian dan menggarinya sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Video,

Komen-komen netizen,

jadi laki pun tak selamat dah sekarang

he was like.. masuk lokap..?! masuk pnjara..?! sume laki..?! mandi same..?! is it heaven..??

Ini laa penyebab aku kalau guna tandas awam sikit sikit pandang atas

kepada perempuan diluar sana jangan la reject lelaki tengok benda dah urgent single lama sangat

Aku pernah kene masa bulan puasa dia rekod aku kencing berak pastu aku sempat tendang pintu dia amik tepon dia..report polis semua nangis2 dia

Sumber : botakk.haa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*